Thursday, July 19, 2018

Gadget dapur baru : Beli Air fryer Morgan digital

Dah lama teringin nak beli air fryer ni. Harga dia pon dah makin murah. Kalau nak lagi murah dalam bawah rm200 pun ada. Brand china pon boleh berkhidmat sama aja.

Sejak dalam pantang hari tu dok ikut satu group air fryer ni. Maka daku pon tergoda.. Ni groupnya


Dalam ni macam-macam resepi dikongsi, malah boleh bincang semuanya tentang air fryer.

Pada mulanya saya bercadang nak beli go shop haier air fryer yang pak nil jual tu. Harga rm269 masa biasa dan rm242 masa promo bila dia iklan on air kat tv. Sambil konon2 dok tunggu nak beli masa on air tu, saya terbaca review tentang morgan digital ni. Lebih senang sebab dia ada preset masa dan suhu. Satu lagi sebab kapasiti dia lebih besar. Morgan 3.2L, yang haier tu cuma 2.6L.

Jadi akhirnya ambil keputusan beli kat shopee. Rm267. Penghantaran cuma ambil masa 2 hari aja selepas order.



Poslaju yang hantar. Waktu dia hantar saya pergi ambil anak2 dari sekolah. Nasib baik dia call. Saya minta dia tinggalkan dalam kawasan rumah tepi pagar tu aja. Tapi dia siap letak dalam balkoni rumah lagi. Betul2 depan pintu. Terima kasihlah pos laju.

Pos laju memang akan call saya kalau saya tak ada di rumah. Hari tu ninjavan pon call. Yang tak call ialah skynet. 2 kali delivery saya memang tak ada di rumah sebab pergi ambil anak. Malasnya rasa nak kena pergi hub dia di pekan tu sebab beli plastik sampah aja pon.

Review nak guna nantilah. Kita try tengok beberapa resepi dulu.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...