Wednesday, August 30, 2017

weight gain

Alhamdullillah, saya dalam keadaan yang sangat happy sekarang. Famili bahagia, di sekolah bahagia, saya ada kawan-kawan yang sangat supportive dan hebat, dan sihat walafiat. Namun, bila bahagia sangat, maka berat badan pon mencanak naik.





Monday, August 28, 2017

Selasa cuti

Minggu ni cuti seminggu. Sampai hari Selasa saya masih menanda kertas..



Dalam planning banyak sungguh aktiviti yang kononnya nak buat gubah bunga la, tanam pokok la.. tapi yang paling penting nak menjahit.. huu.. langsung tak pegang mesin jahit.

Semua ni sebab banyak masa dihabiskan dengan membaca buku novel yang saya beli tu. Bila letih menanda setengah jam, p baca novel sejam 45 minit. Haha.. essey budak tak sebest novel..

Thursday, August 24, 2017

Idea baju kebangsaan/baju bendera kanak kanak : part 2

Saya suka simpan design ni untuk rujukan masa hadapan dan sebagai perkongsian.

Namun, saya amat menyokong supaya tailor di luar sana dan ibu bapa memilih untuk menggunakan bendera malaysia sebagai inspirasi sahaja. Bukannya dipotong sesuka hati untuk dijadikan pakaian.

Pilihan di tangan anda.





Friday, August 18, 2017

Gigih melakar pola baju


Pola baju terbaru.. saya buat baju memang ada pola. Supaya senang lepas lepas ni kalau nak potong kain lagi dan ada contoh.

Malam ni, saya buat pola
1. Pola tulip labuh. Sebab kain como crepe tu color peach, jadi macam jarang aja. So bila tulip kn dia silang. Jadi x yah lining. Belakang macam kurung moden aja.

2. Pola instant ruby kalau ikut nama asal pemberi pola. Tudung instant dia sambungan dia kat tepi telinga. Ada juga yang panggil tudung scallop.

3. Pola baju kurung moden. Saiz masih sama. Tapi sebab yang lama tu dah lunyai.

4. Pola awning biasa baru. Sebelum ni ukuran awning saya 13.5 x 5. Rasa cam pendek jadi saya panjangkan ke 15 tengok la nak jadi cam mana. Lama dah x berawning ni.



Ni la pola kurung moden yang lama tu. Ni merangkap la pola jubah, pola blouse. All in 1. Banyak berjasa ni. Sampai lunyai saya kerjakan. Saya buat sekeping aja untuk depan belakang.

Jahit baju - mood kelabu

Saya memang perasan yang saya beli kain untuk dijahit memang ikut mood. Sekarang mood nak color grey aja. Ni dah siap jahit 2 pasang.. ada lagi 2 pasang color kelabu juga...


Jubah kelabu ni hasil daripada kain yang beli waktu clearance sale nagoya tu. Rm3 x 3 meter. Baru rm9.00. Tambah lace tu rm 9.80 semeter x 1.5m = rm14.80. Lis leher sedia ada. Jadi kos lebih kurang rm24 aja utk sehelai jubah.

Rupanya waktu saya pergi jahitan dan jual brg hantaran w.s kat s.petani tu, lace tu boleh dapat harga rm7.90. Jauh lebih murah. Tapi jauh la pula nak p.



Ni pula jahit baju. Beli dari nagoya juga. Bila kain berkaki macam ni memang saya suka terbalikkan baju dia. Supaya yang plain tu berada di tengah. Baru tak serabut dan penuh sangat.

Banyak lagi kain pasang yang saya beli masih belum berjahit. Tapi sekarang tengah puasa kain knit.. corak2 wow, tapi berazam nak habiskan yang mana ada dulu.

Monday, August 14, 2017

PSV : Hasil arca Tingkatan 2

berikut merupakan hasil daripada aktiviti psv seni bertajuk arca yang menggunakan acuan dan plaster of paris. Pada minggu berikutnya murid mewarnakan arca meraka. Ini merupakan sebahagian daripada hasil mereka.





Friday, August 4, 2017

Ujian Kemasukan tahun 1 SRINPEK : Nurin Batrisyia


Sekejap sahaja masa berlalu, anak mama, Nurin Batrisya dah berusia 6 tahun. Pada 8 Julai lalu Nurin ada ujian kemasukan ke Tahun 1, sekolah rendah Nurul Hidayah Penghulu Elang Kulim aka SRINPEK, nama glamournya.

Ada ujian kemasukan bertulis dan saingan sangat sengit. Sekolah ni menjadi pilihan kerana ia satu-satunya sekolah  rendah Islam bantuan kerajaan. Murid yang hendak diambil hanya 120 orang, tapi saya difahamkan hampir 400 calon hadir untuk ujian kemasukan. Mama hanya bertawakal dan berdoa semoga Nurin diterima masuk.





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...