Showing posts with label Kitchen. Show all posts
Showing posts with label Kitchen. Show all posts

Monday, July 30, 2018

Cara guna oven rubine



Ada pertanyaan daripada seorang pembaca tentang cara nak guna oven rubine ni. apa yang saya buat senang aja.

Setalah on kan suis, saya cuma laraskan suhu yang kita nak. mode baking pula saya setkan macam dalam gambar. kemudian tekan butang yang saya tandakan anak panah tu. bila lampu berterusan menyala tu tandanya, betul la tu oven ni sedang berfungsi.

ni pula link manual dari rubine website

http://www.rubine.com.my/product_manual/RBO-IA8X-70SS.pdf

Tuesday, July 24, 2018

Review air fryer morgan digital

Dah lama dok termimpi mimpi nak beli air fryer ni.. baru hari ni ada rezeki.

Ini adalah sebahagian daripada makanan yang dihasilkan oleh air fryer saya. Paling kerap bakar ayam, goreng nugget n fries la dalam tu.







Ini lah rupanya air fryer morgan saya tu. Memang nampak sleek kan. Tambahan pula dia digital. Jadi beberapa menu utama memang dia dah set suhu n masa secara automatik.


Memang sekarang saya tak goreng ayam, nugget n fries guna minyak dah. Walaupun nugget n fries still considered as a fast food, tapi pada saya lebih sihat kerana saya mengurangkan penggunaan minyak. (Cover guilty)

Verdict
Bagi 5 bintang sebab

1. memudahkan kerja memasak. Letak aja dalam tray tu dan kita boleh p buat kerja lain.

2. Mengurangkan penggunaan minyak, jadi makanan menjadi lebih menyihatkan

3. Tray dia senang cuci dan tak melekat.

Thursday, July 19, 2018

Gadget dapur baru : Beli Air fryer Morgan digital

Dah lama teringin nak beli air fryer ni. Harga dia pon dah makin murah. Kalau nak lagi murah dalam bawah rm200 pun ada. Brand china pon boleh berkhidmat sama aja.

Sejak dalam pantang hari tu dok ikut satu group air fryer ni. Maka daku pon tergoda.. Ni groupnya


Dalam ni macam-macam resepi dikongsi, malah boleh bincang semuanya tentang air fryer.

Pada mulanya saya bercadang nak beli go shop haier air fryer yang pak nil jual tu. Harga rm269 masa biasa dan rm242 masa promo bila dia iklan on air kat tv. Sambil konon2 dok tunggu nak beli masa on air tu, saya terbaca review tentang morgan digital ni. Lebih senang sebab dia ada preset masa dan suhu. Satu lagi sebab kapasiti dia lebih besar. Morgan 3.2L, yang haier tu cuma 2.6L.

Jadi akhirnya ambil keputusan beli kat shopee. Rm267. Penghantaran cuma ambil masa 2 hari aja selepas order.



Poslaju yang hantar. Waktu dia hantar saya pergi ambil anak2 dari sekolah. Nasib baik dia call. Saya minta dia tinggalkan dalam kawasan rumah tepi pagar tu aja. Tapi dia siap letak dalam balkoni rumah lagi. Betul2 depan pintu. Terima kasihlah pos laju.

Pos laju memang akan call saya kalau saya tak ada di rumah. Hari tu ninjavan pon call. Yang tak call ialah skynet. 2 kali delivery saya memang tak ada di rumah sebab pergi ambil anak. Malasnya rasa nak kena pergi hub dia di pekan tu sebab beli plastik sampah aja pon.

Review nak guna nantilah. Kita try tengok beberapa resepi dulu.

Thursday, July 5, 2018

Resepi kek marble sangat sedap - cubaan pertama

Gang badminton suami ada buat potluck pula malam ni. Jadi kita pon ambil la kesempatan untuk baking. Dah lama tak buat kek, setahun jugaklah, sejak mengandung kat Izz tu memang oven tak sentuh langsung.

Resepi ni saya ambil dari sini : http://chedah.com/recipe/kek-marble-moist/


Bestnya page ni sebab ada tutorial bergambar.

Thursday, September 15, 2016

Diy rak almari kabinet

Salam sejahtera. Cuti raya aidiladha kali ni serentak dengan cuti swkolah, jadi sepankang minggu berada di kampung kecuali pada hari rabu dan khamis kerana suami kerja.

Jadi ada masa 2 hari digunakan untuk melaksanakan projek diy yang terancang sejak sekian lama. Kabinet dapur rumah kami tak ada rak tu. Entah kenapa waktu buat dulu pun tak teringat nak request rak tu, jadi sekrang ruang jadi terhad untuk aimpan barang.

Jadi kita diy sajalah. Beli batang kayu di kedai hardware, balik gergaji ikut saiz yang dikehendaki, bertukang sikit dan siap.. hee..





Kan dan boleh menggunakan ruang dengan semaksimum yang mungkin.

Saturday, August 20, 2016

Beli tefal deep pan murah




Ni harga kat giant. Rm91.30. Sama aja saiznya. Yang ni saiz 26cm.


Ni kat lazada. Cuma rm65.00

Review:

Pro
Setakat ni guna tefal memang best. Tak melekat. Dan saiz ni sesuai aja utk buat kuali goreng cucuq.

Con
Kuali ni baru guna. Tp pernah pan tefal yang terdahulu. Pemegang dia loose bila dah lelama guna. Yang ni x tau la.

Tuesday, November 10, 2015

Meroti dengan bread maker dan oven Rubine

Lama sudah tak meroti. Last meroti waktu famili mentua mai dan x sempat nak tangkap gambar pon.

Semalam meroti juga sebab malam sebelum tu jiran datang tapi cuma dihidangkan dengan air Teh saja. Biskut pon dah habis stok. Rasa sangat bersalah.

Lagipun dah lama tertunggak hasrat nak cuba oven ni. Sejak beli belum pernah guna sebab malas betui nak baca manual dan fahami functions dia. Lagipun sebelum ni manual dia hilang, baru2 ni masa kemas stor baru jumpa balik.

Apa pun, still guna resepi saya yg dahulu, roti bun manis. Kemudian kononnya nak buat sosej pintal. Tapi sebab saya potong sosej x sama besaq terus malas nak pintal yang selebihnya.



Mungkin selepas ni bakar halfway baru taruk sos n mayo kot. Kalau tak, dia dah hangus macam ni.








posted from Bloggeroid

Saturday, October 31, 2015

Konstar review - part 1

Hari tu kan aku beli Master chopper konstar ni dari goshop. First time hari tu try kusar bawang, jadi kasar2 macam kita cincang bawang tu pakai pisau la, bukan halus sagat macam kita blend tu. Yang baiknya tangan x bau bawang dan pastinya tiada adegan air mata lah ya.

Mata blade yg guna utk slice tu pon best, saya try carrot n bawang. Sangat tajam dan hasilnya terus masuk dalam mangkuk, takpa bersepah. Tapi kalau buat sikit2 cam tak berbaloi la nak guna ni. Penat membasuh dan membilas part dia aja nanti... Saya kan malas sikit.

Sedih nya mata pisau utk kisar ais jadi ais kepal tu Memang tipu semata2 mata. Ais x hancurkan langsunh. Bila saya ulang tayang beberapa kali demo konstar ni Memang tengok warna ais yang dia demo tu pon lain dari warna ais kita yang biasanya jernih. Warna dalam demo tu macam ais dah dimesin dan dibekukan semula. Huhu taktik aja.



Ni rajin minggu lepas snap gambar bila wat stok bawang putih.



Ni pula hari ni bila nak buat cokodok, x yah ramas lagi pisang tu..cepat pon cepat.
posted from Bloggeroid

Tuesday, May 19, 2015

Kabinet dapur ku Merah, Putih & Hitam

Cuma nak update gambar kabinet yang dah siap.. Sangat happy.. Tunggu cuti nak jahit langsir.


posted from Bloggeroid

Saturday, April 4, 2015

Hari pasang kitchen cabinet

Kontraktor kitchen cabinet mai hari Sabtu. Firstly dah excited sebab tgok color yang mengancam tu.. merah putih.








Then disaster strike.. firstly, depa dah silap bahagian tepi, so tepi kena koyak balik kulit dinding tu n tampal baru di bahagian tepi yang lain, oklah.

Secondly, bila depa dah pasang tall unit, saya dah perasan kenapa ruang untuk mikrowave ni kecik sangat. Sepatutnya dengan saiz mikrowave Sharp saya yg 27L tu plus extra 5 inci bahagian atas sebab bukan built in jadi ruang tu patut jadi besar juga.

Bila ditanya dan saya bawa mikrowave tu p kat depa, baru depa sedar dah salah kira. Then, pekerja tu asyik calling2 boss dia. Lps tu dok bagi cadangan supaya letak aja mikrowave atas table top. Hangin satu badan la aku. Tengah dok sembang tu aku masuk dalam rumah, protes. Then, nangis geram. Yelah, kita bayar mahal n customize ikut design kita apasal nak silap lagi. Aku dah berkira2 nak suruh depa buat semula aja. Lepas tu husband mai pujuk n bincang, still aku nak suruh depa buat semula or aku I tak mau bayar langsung.

But finally, bila bos dia dah mai. Dia cadangkan supaya aku letak mikrowave tu kat bahagian bawah oven. Depa buat compartment dan selamat juga daripada ditekan oleh anak2 sebab ada pintu. Tu aja solution yang ada. Bahagian asal mikrowave tu depa akan buat pintu juga. Aku terima la sebab mengenangkan kalau depa buat semula mesti seminggu lagi nak siap, lagipun esok org dapur dah nak mai pasang oven.

So in the end, dah siap.. lega juga walau kena hadapi pelbagai rintangan.

Wednesday, March 4, 2015

Beli hood, hob n oven Rubine
























Oven, ada 8 Functions, kaca pintu tak panas, ada button digital juga. Ni model RBO IA8 70ss. RBO1A8 56ss. (Hanya tahu ni bila p showroom kedai lain)

Ni spec yang kat dalam katalog, kalau ada sesiapa nak buat rujukan. Model oven yang saya beli ni takda dalam katalog sebab katanya model baru yang lebih besar. Jadi yang saya beli yang add on harga RM1848 tu.









Saya beli set hood ebano + hob venossa + oven 8 function 70L 56L . set F di dalam katalog kat atas. Dapat free host aluminium n cap, induction cooker + periuk dan free installation.

Pada mulanya saya sekadar nak ambil set hood yang rm1300 tu aja. Tapi bila dapat tau yang hob tu takda safety valve dan ring tungku dapur tu cam nipis aja, terus cancel.

Lagipun hood ebano tu suction power dia 1200 dan kalau nak cuci just basuh plate dia kat atas tu. Oil cup dia kat dalam.






Ni free gift induction cooker n periuk tu.. Guna elektrik. Suhu dia kita adjust dengan slide aja.. saya suka saya suka...


Updated : Kepada yang bertanya kos set ni  hood model ebano + hob venossa RM 1800, oven RBO 1A8 56ss RM 1700. Total RM 3500. Free induction cooker, stainless cap and hose & installation.
   




Tuesday, February 17, 2015

Layout plan

Ni la layout rumah kami. just extend sikit aja bahagian belakang rumah tu. tah upah pelukis pelan pon, just buat ikut mana yang suka.

bukaan extension tu, menganjur ke belakang 13 kaki, ada bilik menjahit, bilik air, sebuah bilik dan ruang makan dan dapur serta stor di luar. Bahagian dapur lama ditukarkan jadi stor dalaman dan bilik air, bilik air dan tandas dipecahkan untuk buat lorong.




Ni pula lakaran kitchen. Ni design awal, bila dan siap pasang dinding, tambah pula panjang kabinet tu.. Haha..




aksesori kabinet dapur

Hari ni pi nak p beli hood, hob dan oven. Sambil tu survey aksesori kabinet dapur sekali. Ni semua aksesori idaman yang kononnya nak diletakkan di dalam kabinet dapur nanti. Tapi memandangkan dah tahu harganya, alahai mahalnya.

Rak botol RM198.00



Laci pinggan RM299.00




Pantry Idaman - RM720.00. Harga rak saja, tak termasuk kabinet.. huhuu.. mahainya...



Ni kedainya, Heng Foong, area Hotel Grand Alora atau Tesco Mergong, Alor Setar.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...