Wednesday, September 20, 2017

Dapat produk Safi Rania Gold percuma

>



Rezeki saya bila dapat jdi hometester produk Safi Rania kali ni.  Complete set pembersih, penyegar, eliksir dan krim malam dan siang. Sememangnya saya memang pengguna safi Rania namun saya tak beli eliksir tu sebab saya pakai SKii essense dan tambah krim jerawat lidah buaya yang safi rania juga.

Saya dah lama join home tester ni. dulu pernah dapat ubat gigi dan pampers juga. Best dapat barang free tapi kena complete soal selidik yang dia bagi. Kejap aja buat tu. Untuk sesiapa yang berminat, boleh try di laman web ni. https://hometesterclub.com/my/en

excited dapat parcel.. 

Ni email mengatakan saya terpilih. Lepas tu dia pos barang ke alamat yang kita daftar dalam laman web home tester tu.

Lepas 10 hari dia suruh isi survey kesan penggunaannya.

Tuesday, September 19, 2017

Puzzle book

Lama tak update tentang anak2.. biarlah catatan blog ni jadi diari dan kenangan sewaktu mereka masih kecil.

Buku ni nurin yang pilih di Hasani Bookstore tadi. Balik terus dikerjakan oleh mereka berdua.

Bagusnya ia melatih koordinasi mata dan tangan dengan penggunaan gunting dan gam.

Well, they enjot it very much..










Hasil yang dah siap

Saturday, September 16, 2017

Diet atkins part 1


Kan kita kata nak diet kan... meh kita tampal gambar menu dan cerita kita

Day 1

breakfast makan telur dadar 2 biji, tiada langsung stok sayur di rumah


Marinate ayam. Cuma letak garam, lada hitam kasar dan serbuk cayenne.


Lunch : Bakar ayam guna pemanggang ajaib aja.


Dinner : bunga kobis dihiris halus. Letak dalam pemanggang ajaib n letak sekeping keju cheesedale.


Ni la gambar mealnya. Bunga kobis berkeju dan ayam bakar. Nyum nyum.

Kursus Penyebaran DSKP Pendidikan Seni Visual Tingkatan 2 2018


saya menghadiri kursus ini di Dewan transformasi PPD minggu ini selama 2 hari. Bila dah kena p kursus ni dah sah sah la tahun depan wajib mengajar PSV tingkatan 2.

Ada banhyak perubahan yang berlaku. Antara benda baru ada seni sulaman, seni rekabentuk dan seni foto yang kontroversi sikit iaitu kena buat pinhole. Saya baru tau istilah pinhole ni, paling senang nak faham, dia kamera lubang jarum. Ada hyang mempersoalkan kenapa ia termasuk di dalam silibus seni.





Muka ngantukks

Ada presentation kumpulan di mana setiap kumpulan kena murnikan RPH dan siapkan aktiviti di dalam kelas mengikut  topik yang diberikan.


untuk mendownload dskp psv tingkatan 2 2018 klik sini.  dokumen ini dalam google drive berbentuk pdf.

Friday, September 15, 2017

Resepi donut gebus




Anak anak saya memang suka kan donut. Lama dah tak buat donut untuk depa. Jadi sempena hari rajin ni, saya pon menggogle la resepi. Seperti biasa rujukan utama saya mestilah daripada blog azie.. ni page asalnya.

Resepi ni saya tempek sini supaya saya senang nak rujuk. Kat sini resepi asal http://www.aziekitchen.com/2012/07/resepi-ii-donut-yang-gebu-gebana.html


Tuesday, September 12, 2017

Buat video EE challenge 2017


Tahun ni sekolah kami masuk lagi pertandingan EE Challenge 2017 anjuran suruhanjaya tenaga. tugas saya seperti biasa sebagai kulikang bahagian IT nih, ditugaskan buat video la.


harapnya dapat la menang video paling kreatif ka video paling tular ka.. (berangan) sebab yang masuk ni satu Malaysia. rasanya dekat 500 buah sekolah juga yang menyertai.


guna power director 14. nasib baik la dah pre install dalam laptop hp ni. kalau tak meraba juga nak buat video. sangat senang nak buat ni. tambahan lagi saya guna magic motion, siap ada transition dah. tak leh upload sini sebelum abis pertandingan. tunggulah yer.

my favourite picture


rupanya penat penat buat video, hanya ada satu nih aja gambar saya dalam video tu. sebab saya tak terlibat secara langsung dalam program ni. Lagipun kalau depa p lawatan ke mana2 asyik muka yang sama aja yang p.. haha..


Wednesday, September 6, 2017

Kemas tudung dan shawl

Gara-gara dah dua tiga hari mencari shawl kegemaran yang entah hilang kemana, saya ambil keputusan untuk mengemaskan rak gantung tudung dan shawl saya ni.

Hari tu tengok di happy home mart, rak gantung bulat ni sekarang dah berharga rm10. Dulu rasanya rm5 aja.


Penuh bila ditebarkan macam ni.


Dah gantung dan susun ikut warna.. baru perasan saya takda shawl warna coklat dan kuning.

Sekian dulu laporan susun atur kali ni.

Tuesday, September 5, 2017

My new Honda





Alhamdulillah, segala syukur kepada
Allah kerana akhirnya saya dapat kereta idaman.

My new HONDA JAZZ.

Settle semua pada 15/8/2017 hari tu. Saya dapat rebate sempena hari raya Aidilfitri sebanyak rm3000. Interest rate 2.42 drp RHB. Maybank cepat call saya dan tawarkan dapat 2.80 interest rate.

Loan 9 tahun. Installment bulanan rm824. Pheww.. agak banyak juga pada saya yang sebelum ni x ada komitmen kereta.. dah x leh online shopping.huu

Saya mmg suka kereta kompak, senang nak bawa n of course senang nak parking. Jazz ni jimat minyak dan stereng dia sangat ringan.

Paling canggih sekali, perlu tekan butang aja utk start kereta sambil tekan break. N lagi satu kunci boleh simpan dalam handbag sepanjang masa sebab dia boleh detect dan unlock kereta kurang dr 5 saat.

Anyway, I am very grateful and happy to have it...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...