Thursday, December 27, 2018

Divider cuti 2019




Divider / Separator / Pembahagi Mingguan 2019


Awal tahun aja cikgu cikgu akan sibuk mencari bahan untuk divider / separator RPH. Maka tahun ini pon saya kongsikan bahan yang diperoleh dari FB, blog dan web.



Ini separator mingguan pilihan saya untuk tahun 2019 ini. Thanks cikgu Ayu.

Sumber : FB Cikgu Ayu dot My

Kumpulan A


*********************************************************************************
Ini pula design simple
Sumber Fb Cikgugrafik.com

Kumpulan A

Kumpulan B

*****************************************************************************


Bunga2 watercolor.. Soft aja.. I liookeee...


Sumber FB Norazlynn Ahmad

Kumpulan A

Kumpulan B

*****************************************************************************


Sumber FB Norazlynn Ahmad

Kumpulan A

Kumpulan B

*****************************************************************************

Kumpulan A

***************************************************************************


Sumber FB Mohammad Tarmizi Lut

Kumpulan A

Fail RPH 2019 JPN Kedah dan divider 2019




Untuk perkongsian semua rakan guru di negeri Kedah. berikut disertakan link bahan fail rph untuk tahun 2019.

Klik sini fail rph jpn kedah

Sunday, December 16, 2018

English PT3 new format 2019

This is the most awaited thing to know since the ministry introduced CEFR - the PT3 format!


You can download the sample instrument from the link here . 

 Surely, with the introduction of CEFR, the PT3 bound to change.  The changes in the format are as indicated in the table. There are numerous blog posts and fb post that already make some comments on this new format, so I don't want to elaborate further. 

I am too busy being a housewife.. heee

Monday, November 12, 2018

Kelebihan bank rakyat kepada koperasi



Kami mendapat jemputan perkongsian perkhidmatan bank rakyat kepada koperasi yang bertempat do Hotel Seri Malaysia lada 8 Nov.

Memang bertepatan sebab dalam mesyuarat alk dan usul dalam agm pon koperasi akan tukar dari bank muamalat ke bank rakyat. Tambahan pula memang penanda tangan perlu ditukar sebab pengerusi, su n bendahari semua dah baru.





Perkongsian hasil seminar bersama bank rakyat hr ni.

Bersesuaian dgn usul kita pd agm yg lalu utk menukar bank operasi iaitu b.muamalat kpd b.rakyat.

1. Perlu buka akaun semasa. Kita akan pilih internet banking. Tiada penggunaan cek. (Jimat kos krn sekeping cek rm0.50).

Prosedur

1. Penyediaan arahan transaksi melalui internet banking.
2. Pengesahan (boleh skip step ini)
3. Kelulusan (terdiri drp pengetua,b&su @ pgetua, b/su)

Kelulusan drp pgerusi, bdhr n su melalui token (spt TAC no) dan dikeyin dlm web.

Selain itu hibah diberi di atas purata baki akaun setiap bulan. Kadar hibah adalah lebih kurang 1.5% x purata baki.


2. Menjadikan koperasi kita ejen bank

1. Boleh ambil dan simpan duit
2. Boleh bayar bil
3. Boleh buat pindahan wang

Koperasi utg rm0.50 setiap transaksi.

Alat, khidmat bantu, servis adalah percuma dr b. Rakyat.

Di atas adalah rumusan ala minit curai yang saya kongsikan dgn alk lain. Mungkin tunggu minggu depan utk tukar bank.

posted from Bloggeroid

Wednesday, October 17, 2018

Kursus adobe ilustrator n photoshop di hotel darulaman anjuran angkasa.



Well, sejak jadi alk koperasi ni, banyak sungguh kerja yang nak kena buat. Antaranya p kursus..

Ni yang terbaru. Kursus photoshop n illustrator. Basic photoshop saya ada. Cuma illustragor x pernah guna.

Kerja utk mendesign lebih senang guna ai. Kami diajar buat logo, business card dan letterhead. Hanya 2 org aja yg pernah guna ai, lg 31 peserta x pernah guna ai..


Encik zaki, fasi kami. Katanya fee asal kursus ni rm1.2k.



Hotel yang kami memginap tu Hotel Darulaman, Jitra. Pastinya milik koperasi. Rate dia sebilik rm116 gak. Bilik Selesa.





Ni mesej dia. Tempek tentatif juga.

Assalammualaikum & selamat sejahtera.

Bahagian Teknologi Maklumat ANGKASA menjemput Tuan/Puan menghantar wakil koperasi ( *maksimum 2 orang sebuah koperasi* ) bagi mengikuti kursus teknikal (hands-on) seperti di bawah.

Isikan butiran peserta :
(1)
NAMA :
NO.KP :
KOPERASI :
EMEL :
NO.HP :

(2)
NAMA :
NO KP :
KOPERASI :
EMAIL :
NO HP :

Sila *whatsap ke 0123438335* (Cik Farah)


*Bengkel ‘Hands-on’ Teknikal Rekabentuk Grafik Untuk Sokongan Usahawan Koperasi*

TEMPAT : COOP Hotel Darulaman, Jitra Kedah

TARIKH : 13-14 Oktober 2018, Sabtu-Ahad

SYARAT :
Setiap peserta *MESTI membawa laptop sendiri* untuk gerak kerja ‘Hands-on’

FI KURSUS : *PERCUMA bernilai RM1200*


*ATURCARA adalah seperti di bawah*

Aturcara 13/10/2018
12.30-2.00pm : pendaftaran & check-in bilik penginapan
2.00-4.15pm : pengenalan, installasi perisian & setting peralatan
4.15-5.00pm : minum petang & solat asar
5.00-6.30pm : sambungan hands-on installasi & intro adobe photoshop
7.00-8.30pm : dinner & solat
8.45-10.15pm : class hands-on intro adobe ilustrator

14/10/2018
9.00-10.45am : sambungan class hands-on adobe ilustrator
10.45-11.10am : rehat
11.10am-12.45pm : class hands-on adobe photoshop
12.45-2.00pm : lunch, solat zuhur & checkout
2.10-3.50pm : peserta finalize bahan grafik utk sokongan keusahawanan koperasi
4.00pm : Majlis perasmian (jika ada)
4.35pm : minum petang & bersurai

posted from Bloggeroid

Friday, October 5, 2018

CADANGAN AKTIVITI SELEPAS PENILAIAN PT3

PT3 2018 telah melabuhkan tirainya pada minggu lepas. Ada hampir sebulan lagi sebelum cuti sekolah bermula.

Berikut cadangan aktiviti utk murid PT3

1. Pendedahan cara penyembelihan haiwan mengikut islam dan aktiviti memasak berkumpulan
2. Pendedahan cara bertayammum
3. Aktiviti kraftangan
4. Pendedahan gaya penampilan diri
5. Membuat kad kreatif
6. Panduan solat jenazah
7. Kem kerjaya
8. Kem kerohanian
9. Kem sukan
10. Melukis mural
11. Pertandingan karnival sains
12. Lawatan sambil belajar
13. Pertandingan layang layang
14. Belajar buat video
15. Buat taman
16. Keceriaan bilik khas
17. Khidmat masyarakat
18. Membaiki peralatan sekolah
19. Kem kesenian
20. Melukis mural
21. Taklimat mata pelajaran tahun depan
22. Pertandingan catur
23. Pertandingan memasak kuih tradisional
24. Pertandingan mewarna
25. Pertandingan jawi dan khat
26. Aktiviti jelajah berbasikal
27. Gotong royong
28. Bengkel asas komputer
29. Program matematik ( permainan matematik atau ujian iq )
30. Program bahasa inggeris ( jigsaw puzzle )
31. Program sains ( membuat demo atau ujikaji )
32. Program bahasa melayu ( permainan bahasa, teka teki dan silangkata )
33. Belajar mengenai solat qasar dan jamak / makmum muafik dan makmum masbuk / amali cara mandi hadas.
34. Ceramah dan pameran program anti dadah
35. Bengkel tulisan jawi dan khat (asas penulisan huruf khat nasakh )
36. Pertandingan gubahan
37. Pertandingan membuat gajet
38. Ceramah awal remaja / cara memberus gigi dengan cara yang betul
39. Ceramah motivasi persediaan ke tingkatan 4
40. Ceramah menangani jenayah dan gejala sosial
41. Menghafaz doa – doa harian / menghafaz wirid dan doa / menghafaz ayat – ayat lazim
42. Taklimat kesalahan jenayah dan kes juvana ( ceramah / tayangan )
43. Checklist fardhu ain
44. Kursus memandikan dan solat jenazah
45. Pertandingan memasak
46. Perkhemahan perdana
47. Persiapan hari anugerah kecemerlangan
48. Jamuan perpisahan
49. Ceramah bomba
50. Pameran haiwan eksotik

* Lain2 program boleh tambah lagi....


Untuk ketiga-tiga ini
25. Pertandingan jawi dan khat
32. Program bahasa melayu ( permainan bahasa, teka teki dan silangkata )
35. Bengkel tulisan jawi dan khat (asas penulisan huruf khat nasakh)
https://t.me/FonJawi

Sumber telegram.

posted from Bloggeroid

Monday, September 17, 2018

Tukar jarum mesin jahit halus juki mo2300



Semenjak saya beli mesin jahit halus juki ni pada Mac 2013, jarumnya tak pernah patah.
Ni la bulan Sept 2018, baru first time dia patah.

Kemudian menggelabah cari dia punya screwdriver, huhu dah x da la jawabnya. Jarum spare pun x da.

Bawa gambar mesin ke kedai dan beli la screwdriver, actually allenkey tu sebab kepala dia heksagon dan jarum organ size 11. Total dua ni rm11.




Ni la contoh allenkey dan jarum. Buat posting juga sebab search pak cik google x da.

posted from Bloggeroid

Sunday, September 16, 2018

Pisang percuma

Alhamdulillah, akhirnya dapat merasa pisang emas yang ditanam emak.

Sampai senget dah pokok sebab berat setandan pisang.

Review : handsfree freedom

Akhirnya terjebak juga membeli ni. Dari awal lagi dah teringin nak beli. Tapi saya tangguhkan dulu sebab nak tengok dulu sama ada saya istiqamah dalam nak pump susu ni.

Sekarang sejak kawan secubiq saya pon dah habis berpantang dan dia pon pump juga, kami pump di cubiq saja. Sebelum dia mai, saya p menumpang mengepam di bilik seni atau bilik grafik. Dulu waktu jadi gpm, senang la saya nak pump di pss saja.

Sunday, August 26, 2018

Tukang jahit / tailor baju bendera / baju sambutan kemerdekaan

Menghampiri bulan Ogos, pasti entry saya yang terdahulu tentang idea baju sambutan kemerdekaan menjadi popular.

Malah ada pembaca yang meninggalkan komen mencari baju untuk disewa atau mencari tailor untuk menjahit baju ni.

Pada pandangan saya mana mana tukang jahit pon boleh menjahit baju ni. Tetapi untuk pembaca saya dah screenshot beberapa fb tukang jahit n rekaan baju merdekanya. Kalau nak tempah, sila buat carian nama mereka di fb ya.
















posted from Bloggeroid

Monday, July 30, 2018

Mesyuarat pibg



Hari ni mesyuarat pibg kali ke 21. Alhamdulillah setelah berbincang dgn pentadbir, depa bagi aku tugasan lain pada kali ni. Selama 5 tahun dah aku kejanya buat buku program pibg. Paling tension tahun lepas, masa yang diberi hanya 3 hari.

Tahun ni buat backdrop. Demi menjimatkan kos, guna backdrop lcd aja.

Ni gambar di dalam dewan. Naper ekk berselfie sekali ni aja..

Reading this



I didn't even know the novel exist or knew the author. Until I ve finished the story, I don't come across the movie on the Astro. Well, I want to watch it
posted from Bloggeroid

Resepi Coklat Mufin dengan Nutella dan coklat chip yang paling best


RESEPI 

KREDIT RESEPI  : Azlina Ina Fans

1.   Cairkan butter 125g biar sejuk 
2.   Ayak kan 1 cawan setengah tepung gandum
       (ina guna 1 cawan tepung hongkong dan 1/2 cawan tepung gandum)
3.   Masukkan Sedikit garam
4..  1/4 cawan serbuk koko(kalau nak sedap 1/4 cawan serbuk koko dan 3sb milo)
5.   2sb susu tepung
6.   1sk baking powder
7.   Satukan 3bijik telur gred b kalau gred A 2 je
8.    1 +1/4 cawan gula halus nak 1+1/2 cawan pon ok manis sket
9.    Sedikit esen vanila
10.  1sk emolco coklat
11.  Whisk kan smpai berbuih kecik je 
12.  Masukkn 1/2 cawan butter cair yg dah sejuk tuang dan whisk kan
13.  Masukkn 1/4 cawan susu cair dan whisk kan 
14.  Masukkn tepung. Smbil whisk dan adunan siap mmg sedikit likat.
15.  tuang setengah dalam cup dan paip kan nutellla
16. Tabur coklat chips
17.  Panas kan oven dan bakar suhu 180 masa 25 hngga 30 mnt atau smpai masak







Review

Resepi ni memang kaya dengan rasa coklat. Anak anak sangat suka. Kejap aja dah licin.

Cara guna oven rubine



Ada pertanyaan daripada seorang pembaca tentang cara nak guna oven rubine ni. apa yang saya buat senang aja.

Setalah on kan suis, saya cuma laraskan suhu yang kita nak. mode baking pula saya setkan macam dalam gambar. kemudian tekan butang yang saya tandakan anak panah tu. bila lampu berterusan menyala tu tandanya, betul la tu oven ni sedang berfungsi.

ni pula link manual dari rubine website

http://www.rubine.com.my/product_manual/RBO-IA8X-70SS.pdf

Thursday, July 26, 2018

Jahit knit tshirt

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Minggu ni dihabiskan masa dengan menjahit baju tshirt.. material yang digunakan ialah kain knit. Dua tiga tahun lepas kain knit ni mahal harganya sebab tak ramai seller yang jual. Sekarang dah banyak seller yang jual dengan harga mampu milik.

Kain knit yang saya beli biasanya pada waktu sale aja. Jadi range harga untuk kain2 macam yang saya jahit ni dalam rm20-rm25 aja. Biasanya kalau kain design baru boleh mencecah rm30. Jadi nampak kan penjimatan yang ketara di situ.

Lagipun kalau nak buat tshirt paras bawah punggung macam ni guna 1meter pon dah cukup. Kalau nak mix dengan plain pon cantik.

Ni antara hasil tshirt yang saya jahit. Saya x buat nursing pon sebab baju ni pendek saja. Walaupun ada pola beli, saya just guna pola baju kurung moden saja.



Tuesday, July 24, 2018

Review air fryer morgan digital

Dah lama dok termimpi mimpi nak beli air fryer ni.. baru hari ni ada rezeki.

Ini adalah sebahagian daripada makanan yang dihasilkan oleh air fryer saya. Paling kerap bakar ayam, goreng nugget n fries la dalam tu.







Ini lah rupanya air fryer morgan saya tu. Memang nampak sleek kan. Tambahan pula dia digital. Jadi beberapa menu utama memang dia dah set suhu n masa secara automatik.


Memang sekarang saya tak goreng ayam, nugget n fries guna minyak dah. Walaupun nugget n fries still considered as a fast food, tapi pada saya lebih sihat kerana saya mengurangkan penggunaan minyak. (Cover guilty)

Verdict
Bagi 5 bintang sebab

1. memudahkan kerja memasak. Letak aja dalam tray tu dan kita boleh p buat kerja lain.

2. Mengurangkan penggunaan minyak, jadi makanan menjadi lebih menyihatkan

3. Tray dia senang cuci dan tak melekat.

Thursday, July 19, 2018

Gadget dapur baru : Beli Air fryer Morgan digital

Dah lama teringin nak beli air fryer ni. Harga dia pon dah makin murah. Kalau nak lagi murah dalam bawah rm200 pun ada. Brand china pon boleh berkhidmat sama aja.

Sejak dalam pantang hari tu dok ikut satu group air fryer ni. Maka daku pon tergoda.. Ni groupnya


Dalam ni macam-macam resepi dikongsi, malah boleh bincang semuanya tentang air fryer.

Pada mulanya saya bercadang nak beli go shop haier air fryer yang pak nil jual tu. Harga rm269 masa biasa dan rm242 masa promo bila dia iklan on air kat tv. Sambil konon2 dok tunggu nak beli masa on air tu, saya terbaca review tentang morgan digital ni. Lebih senang sebab dia ada preset masa dan suhu. Satu lagi sebab kapasiti dia lebih besar. Morgan 3.2L, yang haier tu cuma 2.6L.

Jadi akhirnya ambil keputusan beli kat shopee. Rm267. Penghantaran cuma ambil masa 2 hari aja selepas order.



Poslaju yang hantar. Waktu dia hantar saya pergi ambil anak2 dari sekolah. Nasib baik dia call. Saya minta dia tinggalkan dalam kawasan rumah tepi pagar tu aja. Tapi dia siap letak dalam balkoni rumah lagi. Betul2 depan pintu. Terima kasihlah pos laju.

Pos laju memang akan call saya kalau saya tak ada di rumah. Hari tu ninjavan pon call. Yang tak call ialah skynet. 2 kali delivery saya memang tak ada di rumah sebab pergi ambil anak. Malasnya rasa nak kena pergi hub dia di pekan tu sebab beli plastik sampah aja pon.

Review nak guna nantilah. Kita try tengok beberapa resepi dulu.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...