Sempena dengan kehadiran katil single baru untuk Nurin, mamanya super excited la nak buat cadar fitted baru.Terlebih rajin pula snap gambar untuk buat tutorial. Jadi sama-sama kita kongsikan.
Mula-mula kena beli kain. Seeloknya beli kain cotton bidang 93 inci tu.
Bahan-bahan dan alat :
- 1.25 m untuk cadar single sahaja. (kalau nak bantal tidur dua biji dan sebiji bantal peluk kena beli 1.5m lagi)
- getah cadar 1.2 m/ 47' lebar 1 inci
- mesin jahit
- tali ukur
Langkah 1:
Basuh kain dan keringkan. Ini adalah kerana kebanyakkan cotton akan mengecut.
Langkah 2 :
- Ambil ukuran tilam, iaitu ukuran panjang, lebar dan tebal tilam.
- Ukuran saya panjang -74', lebar 36' dan tebal 4'.
- Potong kain panjang dan lebar di setiap sisi dengan penambahan tebal tilam + 1' . Contohnya
- panjang (74' + 5' atas + 5' bawah ) =84'
- lebar (36' + 5' kiri + 5' kanan) = 46'
Langkah 3 :
- potong 5' berbentuk kotak segiempat sama di setiap penjuru kain.
Langkah 4 :
- jahit pepenjuru kotak segiempat sama tu, kemudian jahit tepi atau kelim. Buat di semua penjuru kain.
- kelim keseluruhan kain. Saya guna tapak kelim, Ia sangat mudah dan menyeronokkan.
- potong 4 keping getah cadar berukuran 12' sekeping
Langkah 6 :
- Lipat dua getah, dan pinkan ditengah-tengah jahitan pepenjuru tadi.
- Ukur 11' di sebelah kanan dan 11' di sebelah kiri dan pinkan hujung getah.
Langkah 7 :
- menggunakan jahitan zig zag (lebar jahitan 4/5), jahit getah dengan meregangkan getah dan kain dan nanti kain akan berkerut dengan sendirinya.
- ulang di setiap penjuru.
Tips :
UPDATE :
- Kalau nak buat untuk katil queen atau king pulak, caranya adalah sama seperti di atas. Tapi kena buat ukuran dan pengiraan sendiri sebab ketebalan tilam adalah berbeza.
- ukuran lebar getah yang lebih besar boleh digunakan.
UPDATE :
Thx zue.x sabo nk cuba nih.;-)
ReplyDeleteSemudah ABC...t kasih banyak² selama ni pening kepala fikir mcmna nk cadar fitted.x sampai 1 jam siap pasang.guna cadar lama.الحمد الله.t kasih sekali lg.semoga panjang umur murah rezeki
Deletealhamdulillah.. amin...
DeleteThx zue.x sabo nk cuba nih.;-)
ReplyDeleteGud luck.. Jangan lupa post kat blog.. Boleh tgok hasilnya...
ReplyDeleteKT MNE BELI TAPAK KELIM TU?
ReplyDeleteboleh beli di kedai mesin jahit. saya selalu beli di kedai mesin brother atau singer.
Deleteterima kasih sis kongsi tutorial..boleh try buat nanti..hihi
ReplyDeleteSelamat mencuba.
DeleteKt mane sis beli kain hello kitty tu? Cantik
ReplyDeleteBeli di kedai kain di Kulim. Harga RM16 kot. Bidang 90.
DeleteSalam sis.. mcm mana rupa tapak kelim tu ye.. saya dah.beli mesin jahit brother serta pakej footers tp tak tahu guna tapak2 tu..
ReplyDeleteSaya dah post gambar tapak kelim di sini. Yumna Keyan boleh rujuk di sana ya.
Deletehttp://bintangzue.blogspot.com/2014/12/tapak-kelim.html
cantiknya cadar..
ReplyDeleteexcited nk jahit cadar sendiri...tq ilmu
sy dr grup geng minat menjahit
Terima kasih. Sekadar perkongsian. Saya pon budak baru pelajar..
ReplyDeleteTerimakasih atas perkongsian ilmu tersebut. Selama ni keliru untuk menjahit dibahagian sudut tepi penjuru. Skrng dah faham, bolehlah cuba menjahit sendiri.
ReplyDeleteThanks a lot
ReplyDeleteThanks for the tips.
ReplyDeleteIN SYAA ALLAH nak cuba buat.
Boleh tau sis guna mesin jahit apa?
ReplyDeleteSaya pakai mesin jahit portable brother. Nv30 aja
DeleteTerbaik penerangan, jelas...nak cuba buat cadar untuk tilam baby 🥰🥰🥰 moga terus mengalir pahala dan bahgia dunia akhirat
ReplyDeleteTerima kasih kerana sampaikan ilmunya.Saya pun dah berjaya jahit dengan penerangan di atas yg sangat jelas.Semoga terus murah rezeki.
ReplyDelete