Saturday, September 16, 2017

Diet atkins part 1


Kan kita kata nak diet kan... meh kita tampal gambar menu dan cerita kita

Day 1

breakfast makan telur dadar 2 biji, tiada langsung stok sayur di rumah


Marinate ayam. Cuma letak garam, lada hitam kasar dan serbuk cayenne.


Lunch : Bakar ayam guna pemanggang ajaib aja.


Dinner : bunga kobis dihiris halus. Letak dalam pemanggang ajaib n letak sekeping keju cheesedale.


Ni la gambar mealnya. Bunga kobis berkeju dan ayam bakar. Nyum nyum.




Day 2

Breakfast n lunch
Bawa bekal ke sekolah. 2 biji telur rebus guna noxxa hp 1min, bunga kobis semalam dan ayam bakar.

Memamg beli tipuware kecik dan nipis ni untuk bawa bekal. Sebabnya saya tak suka tengok bekas yang dah kotor bila kita nak makan portion berikutnya.

Tapi alahai, sebab sibuk edar jadual waktu baru dan ligan gambar untuk video ee challenge tu sambil kelas 7 waktu dan 1 tambahan relif, pukul 12 baru sempat makan satu portion. Lagi 1 portion makan pukul 2.15pm. 2.30 kami ada meeting. Pukul 4 baru sampai rumah dan sangat lapar. Makan satu tipuware yg satu lagi la.

Dinner
Makan sayur lobak dan telur aja. Sama menu dgn famili. Lupa nak ambil gambar.

Day 3.
Kursus penyebaran dskp tingkatan 2 psv di ppd. Alamak, minum pagi depa boh keowteow goreng dan cok badak.. punah xdiet.

Lunch
Sebab dah punah diet, ambil sikit aja nasi, ada gulai ikan, kobis goreng, telur masin..

Dinner
X makan, sebab frust. Tapi sebab dok buat keja lewat malam (esoknya cuti umum negeri Kedah sebab sultan mangkat), tetiba lapar. X tahan. Jadi telur dadar 2 biji pada pukul 12 tengah malam.
Day 4

Breakfast and lunch sama aja. Telur rebus 2 biji, ayam bakar makan dengan mayonis kewpie merah (kononnya x lulus dah skrg sebab ada gula) tapi saya makan juga sebab kalau x tak boleh nak telan rasanya.

Dinner
Telur dadar 2 biji separuh aja sebab kongsi ngan nurin dan naufal dan ikan bilis goreng.

Berat day 0 : 56kg
Berat day 3 : 55kg

Kelemahan saya air tak cukup. Sepatutnya 1liter utk 25 kg. Jadi saya kena minum lebih daripada 2 liter sehari. Sampai day 4 gagal penuh lagi ni.

Malah, belum sempat bersenam. Asyik dok ngadap laptop aja.. huuu. Selagi tak habis buat video nih...

Day 4
cuti kerana kemangkatan  sultan kedah. resolusi tergugat sebab kelmarin dah cheat.

breakfast menu sama aja.


Lunch : ikan merah 2 ekor dan salad.

Day 5 :
Kembali berkursus di SK Tunku Malik. 

Pagi mee goreng dan bengkang tepung. 

Lunch nasi tomato ayam masak merah dan dalca.. huahua... 

Malam suami ajak makan luar sempena nak kena tinggal 3 hari sebab dia nak ke A.setar, jadi penyelaras peserta kem badminton yang Misbun Sidek pun mai. Jadi dinner makan nasi suku, kerang pedas berapi dan kaki ayam goreng kunyit. nahh.. pukul 10.30 tau baru makan...




day 6 : di sekolah
breakfast : ayam goreng 2 ketul, sayur peria goreng, sup ayam 1 mangkuk
lunch : sebab lapar sangat dan boring. pegi kantin,, tengok kawan order keowtwow bandung.. teroder juga.. haha.. kemudian balik sekolah pergi shopping. tujuan utama ke MrDIY nak beli penimbang..

Then, bila timbang guna penimbang baru tu, berat dah jadi 58kg.. haha.. bila timbang penimbang lama tu berat 57. yang baru tu la betul sebab dia eletronik kan.. jadi berat sebelum2 ni jadi tak betul ka.. frust.. ni sebab makan malam kat luar ngan makan nasi 2 hari lah tu... actuaally frust sebab bila 58 tu dah nak dekat 60.. frust frust

day 7 - 8
weekend, sebab frust , tak makan nasi, tapi makan meramu.  lagi best sebab buat donut, maka kita rasa donut tu. 2 hari ni kita makan 7 biji donut saiz kecik. lepas tu makan keropok goreng juga.

Kesimpulannya...

fail nak istiqamah dalam berdiet atkins, kena pula penimbang tak betul. positifnya ni persediaan yang baik untuk menyediakan badan nak embrace atkins sepenuhnya.

lets try it again!!


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...