Sekejap sahaja masa berlalu, anak mama, Nurin Batrisya dah berusia 6 tahun. Pada 8 Julai lalu Nurin ada ujian kemasukan ke Tahun 1, sekolah rendah Nurul Hidayah Penghulu Elang Kulim aka SRINPEK, nama glamournya.
Ada ujian kemasukan bertulis dan saingan sangat sengit. Sekolah ni menjadi pilihan kerana ia satu-satunya sekolah rendah Islam bantuan kerajaan. Murid yang hendak diambil hanya 120 orang, tapi saya difahamkan hampir 400 calon hadir untuk ujian kemasukan. Mama hanya bertawakal dan berdoa semoga Nurin diterima masuk.
Bersama bff Ahmad Danish yang turut sama meghadiri ujian. dan kakaknya Damia |
UPDATED : Minggu pertama Ogos, setelah keputusan rayuan keluar, Nurin tak diterima ke SRINPEK ni. Malah 5 orang anak-anak rakan guru saya juga turut kecundang. Dengar kata markah kemasukan kali ini sangat tinggi iaitu 95%. HuHU...
No comments:
Post a Comment