Saturday, May 14, 2011

PC Fair - Never Again



Mak dan abah mentua datang minggu lepas. Katanya nak beli laptop. Mak aku tu dah lama dok nyebut nak beli laptop. Siap enroll kelas komputer lagi kat Kolej Komuniti dengan gang dia. Way to go Mum!
Maka aku, hubby dan diaorang angkutla depa ke PC Depot, Seberang Perai. Belek punya belek dan disesuaikan dengan budget, belilah sebiji laptop HP Pavillion. Harga RM 1899.00. Dapat 11 gifts cam headseat, mouse, mouse pad, ala benda2 biasa tu. tapi ada juga cup PC Depot yang comey.

Mak nak beli printer gak, dia nak yang 3 in 1 punya. Canggih betul mentua aku ni. Rupanya kawan dia pernah bawak p sek printer camtu. Patutla dia demand. hehe. Hubby x bagi beli lagi kat PC Depot, kononnya leh dapat yang lebih murah di PC Fair, PISA, Penang. Harga printer 3 in 1 Canon Pixma 258 di PC Depot, RM 179.00. Aku pun setuju aja, lagipun dah lama tak berjalan-jalan di Penang.

PISA - tobat dah aku tak nak pi lepas ni. Dengan orang yang ramai dan sesak, aku x larat berjalan lagi. Sebabnya, pandai betul depa atur, jalan one way saja dan mesti melalui semua pameran baru jumpa jalan keluar. Cam lam kota sesat. Pencarian kami tak berhasil sebabnya semua printer dia jual siap dah pasang tank. Jadi harga meningkat ke RM 233++. Aku rasa tak perlu nak beli sekali ngan tank sebabnya mak abah bukannya nak guna print banyak sangat pun. Last-last kami patah balik dan beli di PC Depot semula.

Malam, ajar mak basic microsoft word. Tapi yang dia paling teruja bila guna printer, siap cuba photostat black and white dan color IC dia. Abah siap suruh kami cari software tulisan jawi, katanya senang nak buat soalan peperiksaan. Betul gak, dah lama dok cari, tapi tak jumpa lagi. Online ada la.

Bila plak aku nak dapat laptop baru ni. Lappie yang guna sekarang beli masa study dulu, tahun 2006 kot, banyak jasanya pada aku dan jarang wat masalah. Cuma bateri saja x leh pakai.





No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...