Thursday, March 3, 2011

3 Idiots (2009). Thumbs Up!

Sumber gambar : allvideofiles.blogspot.com

Aku baru aja menonton cerita ni. VCD Pinjam. Thanks Kak Pia. Memang menarik dan menghiburkan. Nampaknya cerita hidustan makin beralih arah daripada adegan menyanyi dalam hujan mahupun kisah cinta terhalang.

Filem ni mengisahkan 3 orang kawan yang belajar kejuruteraan. Hero Aamir sbg Rancho, pelajar genius yang belajar dengan caranya yang tersendiri. Jadi sering menimbulkan masalah kerana tidak sesuai belajar secara kaedah menghafal atau mengikut saja apa2 maklumat yang disampaikan oleh cikgunya.

Kisah angkasawan dan pensel yang menjadi sebahagian daripada cerita ni pernah aku baca. Selain tu, banyak adegan menarik dan bukan tipikal Hindi dapat dilihat. Kecuali adegan terakhir di mana girlfriend lama Rancho, Pia yang dilakonkan oleh Kareena Kapoor melarikan diri daripada perkahwinannya.


Thumbs Up utk filem ni.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...