Monday, February 14, 2011

Cermin Kereta Pecah


Kejadian ni berlaku bulan Julai tahun lepas. Tapi yang menyebabkan aku tulis hari ni adalah kerana kat luar tu tengah ada orang majlis perbandaran sedang......


Waktu tu aku masih di rumah sewa lama. Aku dan suami upah orang potong rumput di kawasan belakang rumah. Di bahagian depan rumah tu, ada rumput pendek dan kecil saja kaki lima kat luar pagar tu. Malam tu, pukul 1.10 pagi, aku dan suami baru nak masuk tidur bila terdengar letupan yang kuat. Ingatkan bunyi tayar pecah. Kami pun p la mengintai tapi kat luar tak ada kereta lalu pon.

Esoknya, waktu aku pagi-pagi nak pi sekolah. Baru sedar yang cermin belakang kereta aku dah pecah berderai. Retak seribu lagi. Mula-mula ingatkan ada orang baling batu, kot-kot la dengki. Tapi bila kami cari kat bawah tu memang tak ada apa. Jadi sahla sebab orang yang mesin rumput kelmarin. Tapi kelmarin cermin tu masih elok. Mungkin disebabkan oleh suhu panas dan sejuk barulah dia pecah kuat waktu pagi tu.

Kenalah bawa pergi kedai. Terbangla RM 280 untuk bayar cermin dan tinted. Hemm.. x pasal-pasal. Tapi, aku panas telinga jugak la bila ada kawan tu kata jadi macam tu sebab aku kedekut duit atau aku ada wat salah apa-apa. Cash tuhan bayar. Mungkin benar, tapi saat tu aku tengah tension, jadi tak perlu la dia nak bagitau aku dengan nada sinis dan senyuman yang mencemuh.

Apa nak buat, nak salahkan pemotong rumput tu pon x boleh, sebab kami yang upah dia. Nak salahkan aku dan suami pon, kami ingatkan ok. Sebab sikit dan sat sangat aja dia potong rumput kat depan tu. Tapi peristiwa tu tetap jadi pengajaran. Sebab tu tadi, bila dengar aja orang potong rumput, aku terus ubah keta. Brother yang mesin tu pun, siap angkat tangan lagi..

Gambar dan cerita ni baru keluar hari ni sebab aku baru jumpa gambar..


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...