Dah lama aku mengenali dan menggunakan Facebook. Seronoknya bila dapat berjumpa dengan ramai kawan lama terutamanya di sekolah menengah. Yang hairannya, kawan sekolah rendah ada 4 orang aja.. Mana la diorang ni menghilang.. Mestinya masih ada, tapi mungkin tak dihinggapi penyakit berFacebook ni.. Kawan di universiti dan matrik juga ramai, tapi tak ramai yang aktif. Sekadar ada, namun jarang mengupdate di status.
Sejak dari zaman dulu, sejak aku ada komputer, aku sangat suka main game. Tapi penglibatan aku dalam Pet Society, salah satu permainan melalui FB ni adalah hasil daripada kejelesan aku. Yelah, kawan2 merangkap cikgu sekolah aku tu (yang muda2 ajelah) semuanya ada Pet sendiri dan di waktu terluang main Pet dan asyik sembang tentang Pet diorang.. Aku yang tak leh join sembang diorang, akhirnya join main Pet jugak. Pet aku namanya HAHA.. sebab aku suka ketawa... hehe
Sekali dah main terus terlekat, namun ada masanya dah boring. Tapi bila mai mood nak main, permainan ni amat mengasyikkan. Macam waktu aku gila main Sim dulu. Main Pet ni pun x ada bezanya, kita kena bagi makan, mandikan, lawat kawan-kawan dan macam-macam lagi. Yang menarik dan paling best ialah tema atau minggu Pet selalu berubah. Sekarang Indiana Jones Week, hari tu ada Valentine, Chinese New Year, Arabian Night, Fairy Tales dan pelbagai lagi. Jadi setiap kali tema tu berubah, bolehlah aku SHOPPING! Shopping belikan Pet pakaian, perabot rumah, hiasan etc. Maklumla, kalau dalam dunia sebenar, saban masa nak tukar fesyen baju dan hiasan rumah, memangla tak mampu.
Untuk shopping kenalah ada duit. Duit boleh dapat automatik bila kita pergi melawat rumah kawan, berlumba lari atau bet di stadium dan pergi cari harta karun. Selain tu, boleh juga memancing dan tanam pelbagai pokok dan sayuran yang menarik.
Itulah penglibatan aku dalam Pet Society. Level aku lom mencapai tahap kawan-kawan kerana diorang dah main lagi lama. Sekarang tengah bersemangat main dan disebabkan pakai Streamyx , jadi dah x sangkut-sangkut lagi masa main.
Ni gambar-gambar dari Pet Society aku.. HAHA..
Dengan best friend aku KM
Ni plak waktu tema Fairy Tale Rapunzel
Arabian Night
Kat garden, leh tanam macam-macam pokok
Lam bilik air, sesi berendam
Kat dapur, kalau aku masak mesti hangit, sebab dia ada timing..
Kat butik pakaian - weeee
Ni la peta Pet Society - macam-macam ada
Sumber gambar : Facebook.com/petsociety
No comments:
Post a Comment