Saturday, January 29, 2011

Keras kepala?

Pagi-pagi hari ni bangun dengan penuh bersemangat.

1. Basuh baju 2 raga.. ( basuh baju rajin, lipat baju yang malas sket..)
2. Buat cucur jagung.. (dah5 hari jagung yang dibeli duduk senyap2 aja kat dalam peti ais tu)
3. Sapu sampah .. (minggu ni x sempat sapu sampah langsung)
4. Janji dengan kawan nak p rumah dia.
5. Ajak en. suami pergi shopping beg baru. (beg sekarang kecik sangat, barang banyak lagi nak disumbatkan)

Aktiviti 1-3 berjalan dengan lancar. Aktiviti 4 janji dengan kawan nak pergi rumah dia pukul 11 tapi sampai pukul 12.15 masih di rumah lagi. Akhirnya, diri sendiri merajuk. pergi atas katil, baca novel. Bila en suami sudah bersiap, saya sudah merajuk. Janji pukul berapa, sekarang dah pukul berapa..

En Suami pujuk, tapi hari ini saya amat keras kepala. x mahu pergi rumah kawan, tak mahu keluar shopping. Hati berasa sangat tidak sedap, tapi tadi emosi masih membara. Pukul 3 baru emosi tenang, setelah dipujuk suami dan dibawa makan nasi bukhari.

Selepas makan, menyuarakan hasrat mahu pergi shopping sendiri, suami menawarkan diri tapi kesian pula pada dia yang akan bergegas pergi tengok bola petang ni. Jadi tidak pergi shopping.
Rugi satu hari.. Semuanya rugi.

Setelah emosi tenang, rasa amat rugi bersikap keras kepala dan merajuk tadi. Jika tidak, pastinya sekarang dah ada beg tangan baru dan boleh menyiapkan kerja2 dengan produktif. Nasib baik en suami sangat sabar orangnya. Minta maaf ya...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...