Saturday, May 29, 2010

Twillight Saga - sinopsis novel Twilight, New Moon, Eclipse dan Breaking Dawn



Twilight Saga - novel tulisan Stephanie Meyer sangat best. Disyorkan kepada semua.. Ia mengenai hubungan cinta seorang remaja perempuan, Bella Swan dengan seorang vampire, Edward.

Keempat-empat novel tersebut - Twilight, New Moon, Eclipse dan Breaking Dawn amat menarik.

Twillight -
Bella pelajar yang baru berpindah ke Forks dan menjadi perhatian semua pelajar lelaki di sekolah baru. Edward yang menunjukan rasa benci pada Bella pada mulanya merupakan seorang vampire yang mau hirup darah Bella.. Sayang punya pasal Edward hirup darah haiwan ajer. Bila Edward dengan powernya selamatkan Bella, Bella menyiasat dan buat kesimpulan Edward adalah seorang vampire. Hensem punya pasal, vampire pun vampirelah.. Akhirnya dua-dua jatuh cinta. Muncullah Jacob Black (lom hensem dan macho lagi, lau lam filem) yang mengesahkan kesimpulan Bella. Konflik timbul bila gang vampire lain , Laurent, James dan Victoria yang lalu di Fork dan cuba untuk membunuh Bella. Nak jadi cerita, Bella sendiri yang pergi menyerahkan tengkuknya kepada James, si vampire jahat. Akhirnya hero, Edward datang menyelamat. Bella buat keputusan nak jadi vampire, tapi Edward tak benarkan. Huh..

New Moon -
boring baca sebab Edward hanya muncul di pertengahan cerita. Novel ni mula dengan sambutan hari lahir Bella yang ke 18. Tangan Bella berdarah dan si Jasper pulak yang nak hirup darah Bella. Edward buat keputusan nak pindah siap sebab tak nak bahayakan Bella, ngan satu keluarga ikut dia. Penderitaan Bella yang ditinggalkan Edward terlalu meleret-leret. Waktu ni la, Jacob cuba masuk jarum.. Jacob rupanya boleh bertukar jadi serigala besar. Berlaku salah faham - Edward ingatkan Bella dah mati, jadi dia pon nak mati jugak. Bila Edward muncul menerusi cubaan membunuh diri dengan cuba mendedahkan diri kepada orang awam di Itali barulah novel ini menjadi menarik. Bella pula yang jadi penyelamat Edward, gang Volturi yang pada mulanya nak hukum Edward atas cubaan mendedahkan keturunan vampire, buat keputusan nak hukum Bella pula sebab dia dah tau keturunan vampire atau Bella kena jadi vampire. Bella dah buat keputusan jadi vampire, malah dapat sokongan ahli keluarga Cullen yang lain. Cuma Edward saja tak setuju, sebab dia nak trick Bella kawen ngan dia.. hehe..

Eclipse -
Victoria yang berdendam dengan Bella sebab pakwe dia, si James dah dibunuh oleh Cullen dan sekumpulan vampire yang baru dilahirkan mengganas di Seattle. Walaupun Edward merasakan Jacob sebagai serigala boleh membahayakan Bella, namun Bella tetap melawati dan berkawan dengan Jacob dan kumpulannya. Edward jeleslah tu.. Jadi, sewaktu Victoria dan tentera vampirenya menyerang, Bella dilindungi oleh vampire dan serigala..bestnya bila semua orang sayang.. Namun, pada waktu ni, Bella keliru untuk memilih di antara Edward dan Jacob kerana dia mencintai kedua-duanya. Paling best bila Bella menerima lamaran perkahwinan Edward dan memilih untuk menjadi seorang vampire. Jacob yang kecewa pilih untuk kekal dalam bentuk serigala dan bawa diri.

Breaking Dawn -
Buku keempat dan terakhir yang dibahagikan kepada 3 bahagian. Bahagian pertama dari perspektif Bella di mana menceritakan semasa Bella dan Edward berbulan madu di Brazil. Selepas 2 minggu mereka mendapati Bella mengandung dan usia kandungan yang bertambah dengan kadar yang sangat cepat menyebabkan Bella menjadi lemah dan keluarga Cullen memilih untuk menggugurkan kandungan namun ditentang habis-habisan oleh Bella. Keputusan mengenai kandungan Bella tergantung di sini... Tension betul aku...Hemm..

Bahagian kedua disambung melalui perspektif Jacob Black dan menceritakan mengenai kandungan Bella yang menjadi isu kepada kawanan serigala lain. Mereka ingin membunuh Bella dan kandungan, lalu Jacob sebagai hero telah menghalang dan akhirnya membentuk kawanan serigala sendiri. Bella akhirnya menjadi vampire semasa melahirkan Renesmee. Paling tidak ku sangka rupanya Renesmee ni lah jodoh Jacob. (Magic serigala ni iaitu depa boleh jatuh cinta pandang pertama dengan jodoh depa walaupun budak tu masih bayi?)

Bahagian ketiga dari perspektif Bella melalui kehidupan barunya sebagai vampire. Konflik terjadi bila Irina, juga seorang vampire menyangka Renesmee merupakan 'immortal child' dan melaporkan kepada Volturi. Keluarga Cullen mengumpulkan semua vampire dari serata dunia untuk menjadi saksi yang Renesmee tidak merbahaya. (Aku tertanya-tanya, takde vampire dari Asia, jadi Pontianak Harum Suldal Malam tak menerima jemputan ni). Pada masa ini, Bella menunjukkan skil barunya iaitu membuat aura perlindungan. Alice dan Jasper menyelamatkan keadaan dengan membawa Nahuel, seorang vampire + manusia yang mendemostrasikan bahawa makhluk campuran macam dia dan Renesmee tak berbahaya. Malah, aku tak puas hati sebab Nahuel kata dia berhenti membesar pada umur 17 tahun dan kekal macam tu selama-lamanya.. Mana aci, lau tak tua.

Kesimpulannya, aku menyukai cerita ni. Namun aku belum cukup duit untuk buat koleksi. Aku tengok di Popular harga 1 set iaitu 4 buah ialah RM 188.00. Hari tu baca, pinjam kawan punye.. Thanks Anah..


Hari sukan dari perspektif Ketua Rumah Sukan

Hari sukan sekolah...

Di sekolah aku , ada 4 rumah sukan semuanya - Wira (Biru), Saga (Merah), Putra (Kuning) dan Satria (Hijau) (berdasarkan kereta nasional kah?)

Menjadi tradisi sekolah aku untuk melantik guru-guru baru menjadi Ketua Rumah Sukan. Jadi tahun ni semuanya cikgu-cikgu baru yang memegang tampuk pemerintahan rumah sukan termasuklah aku. Pening juga kepala nak menguruskan rumah sukan. Antara perkara yang perlu diuruskan ialah latihan sukan, pemilihan peserta, perbarisan rumah, dan lain-lain.

Sukan sekolah bermula dengan latihan rumah sukan, sukan tara, merentas desa, acara sukan akhir dan akhir sekali adalah kejohanan sukan sekolah. Sekolah aku merancang mengadakan kejohanan pada bulan Februari, sebelum pekeliling baru dikeluarkan. Akhirnya sukan sekolah dibuat pada bulan Mei.

Cabaran pertama adalah untuk memastikan pelajar datang ke latihan sukan yang dilakukan pada waktu petang. Kehadiran memang tidak mencapai 100%. Pelajar menengah atas terutamanya memang memandang enteng latihan-latihan ni walaupun pelbagai amaran dan 'ugutan' diberikan. Antara amaran ialah Ketua Rumah sukan tidak akan tandatangan buku ko-kurikulum dan 'ugutan' akan rotan jika tidak hadir. Hemm.. budak-budak ni memang tak makan saman..

Cabaran kedua adalah memastikan pelajar datang untuk sukan tara. Sukan tara adalah penting kerana semua pelajar boleh menyumbangkan mata untuk rumah sukan masing-masing jika melepasi tahap kelayakan untuk setiap acara. Kedatangan pelajar adalah penting kerana jika semakin banyak pelajar datang, makin cerah peluang rumah tu nak mendapat mata.

Cabaran ketiga ialah mendapatkan mata semasa merentas desa. Mata merentas desa hanya diberikan kepada 10 perserta pertama untuk setiap kategori. Biasanya hanya pelajar yang boleh berlari jarak jauh yang mengungguli acara ni. Pelajar lain cuma sekadar berlari anak atau berjalan hingga ke garisan penamat. Mata untuk rumah turut disumbangkan melalui acara ini.

Pada waktu ni, aku dah mula sibuk untuk memastikan segala nombor peserta (ditulis dengan marker di atas kain yang digunting ) telah dibuat. Biasanya nombor aku berikan pada hari mereka bertanding kerana jika tidak , mesti pelajar ni lupa nak bawak semasa acara mereka.

Cabaran keempat ialah memilih peserta yang sesuai dan berkelayakan untuk mewakili rumah. Pemilihan ini boleh dibuat dengan melihat keputusan acara tahun sebelumnya, memilih pelajar yang telah mewakili pada tahun sebelum ini dan melihat kepada sukan tara dan acara merentas desa yang telah dijalankan.

Aku juga mengeluarkan senarai acara bagi setiap peseta sebelum acara-acara berlangsung kerana biasanya tidak ingat apa acara yang mereka sertai.

Cabaran kelima ialah mengutip duit rumah daripada pelajar. Kebanyakan pelajar amat liat untuk membayar. Bayaran duit ini adalah digunakan untuk persiapan maskot, perbarisan dan juga makanan para pelajar di hari kejohanan.

Cabaran keenam ialah menyediakan pasukan perbarisan rumah sukan. Kerjasama dengan guru-guru lain amatlah diperlukan terutamanya guru yang kreatif. Adalah menjadi kebiasaan sekiranya tiap ketua rumah sukan mempunyai tempat rahsianya yang tersendiri untuk menyiapkan kelengkapan perbarisan dan maskot ni. Selain itu, latihan untuk pasukan perbarisan juga perlu diadakan untuk melatih mereka dengan segala props yang ada dan aksi-aksi yang dikehendaki.

Cabaran ketujuh adalah semasa kejohanan sukan tu sendiri. Aku amat bertuah kerana sekolah kami saban tahun mengadakan kejohanan di stadium. jadi tak perlu nak hias khemah. Semasa kejohanan dan juga semasa acara berlangsung, ketua rumah menjadi orang yang paling sibuk kerana terpaksa mengelola peserta = ke hulu ke hilir mencari peserta , memaklumkan hakim jika peserta turut menyertai acara lain dan juga menyediakan nombor peserta sekali lagi jika mereka tak bawa. Semasa kejohanan juga, ketua rumah perlu menyiapkan pasukan perbarisan di samping memastikan makanan dan minuman yang disediakan mencukupi dan dituntut oleh pelajar.

Apapun, menjadi ketua rumah sukan pastinya meninggalkan kenangan yang manis. Di samping itu, aku juga turut mengenali cikgu mana yang ringan tulang membantu dan ada juga yang buat tak tahu saja walaupun mereka di rumah sukan yang sama. Selain itu, banyak pengalaman dapat dikutip serta dapat mendekarkan diri dengan pelajar dan acara sukan itu sendiri.

Alhamdulillah, segalanya telah selesai...



Rileks

Lama tak buka blog.. Azam aku nak menulis secara aktif di sini tak terlaksana sepenuhnya. Banyak aktiviti di sekolah akhir-akhir ni dan lega semuanya dah berlalu.

Aku bercadang nak buat post.. nanti tengok la kalau ada kelapangan dan datang mood untuk menulis.

Friday, May 7, 2010

PS2 - Sim 2 : Castaway





Minggu lepas baru beli PS2. Walaupun zaman PS2 dah berlalu dan sekarang ni ada macam PS lain, aku dan suami tetap enjoy main. Yelah, dia balik pejabat aja, terus main game bola.. Aku pulak layan main game Sim 2 : Castaway.

Dulu-dulu, masa study di Universiti, ada seorang kawan aku yang perkenalkan Sim 1, Sim 2. Main sungguh-sungguh. Pagi petang siang malam.. Kepada Kak p.. Terima kasih... Sekarang ni boleh main masa betul-betul free saja. Sebab memang ralit kalau dah main dan payah nak berhenti. Kena pulak game jenis story cam Sim ni..

Mula-mula main Castaway memang best.. Tapi dah lama-lama, jadi bosan dan frust.. Asyik kena buat benda yang sama - kena makan, cari buah, bahan, etc (eh, tiap2 hari aku wat benda yang sama gak..).

Jadi, aku wat keputusan nak Cheat. Dengan adanya Cheat ni kehidupan Sim aku jadi sempurna dan aku cuma perlu main untuk complete goal saja. benda basic tak perlu buat. Tapi, kalau benda senang sangat pun tak seronok jugak sebab tak ada cabaran...

Cheat ni memang berkesan.. Boleh lawati di alamat http://www.neoseeker.com/Games/cheats/PS2/the_sims_2_castaway.html

Selain itu, kalau nak panduan lengkap cara nak main boleh lawati..


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...