Sebelum ni aku hanya mendengar cerita dan melihat berita orang yang menjadi mangsa ragut. Aku tak menyangka akhirnya aku juga akan mendapat nasib yang sama.
Hari Isnin (2/2/10), seperti biasa pukul 7.15 aku bersiap sedia nak pergi ke sekolah. Suami aku dah ke pejabat pukul 6.45 pagi. Mula-mula aku keluar untuk menyiram pokok bunga di depan rumah. Aku dah nampak kelibat 2 lelaki atas motosikal lalu dua kali. Aku tak menyangka apa-apa.
Kemudian aku masuk ke rumah untuk angkat laptop dan fail-fail ke kereta. Kali kedua aku angkat beg dan beg tangan. Kemudian aku nampak motor tadi berhenti tepi rumah jiran aku dan datang salah seorang lelaki tu datang menghampiri aku. Aku nampak jelas muka dia dan dia pakai helmet biasa saja. Waktu tu aku dah tak sedap hati bila nampak dia bawak satu dawai yang dah dipilinkan.
Dia tanya, " Kak, pasar malam..." . Terus dia buka pintu kereta dan ambik beg tangan aku yang ada di tempat duduk penumpang depan. Aku hanya terpaku waktu tu, cuma seingat aku aku kata "JANGAN!" bila dia dah melarikan beg aku tu. Lelaki tu terus lompat naik atas motor dan kawan dia terus pecut. Aku sempat ambik no plat motor dan cam jenis motor. Tapi aku hanya boleh memandang.
Waktu tu aku dah jadi blur. Aku pandang kiri kanan, semua jiran tak ada kat luar. Senyap sunyi. Akhirnya aku nampak jiran depan rumah aku tu pintunya terbuka. Aku pun ceritalah kat jiran aku dan pinjam telefon dia. Waktu tu aku masih gementar tapi belum menangis.
Aku call suami. Dia tergopoh gapah balik. Waktu berdepan dengan dia aku menangis. Dalam beg tangan aku ada duit RM 200 ++, beg duit yang ada IC, lesen, kad ATM dan handphone. Dia temankan aku buat laporan polis dan pergi bank untuk matikan kat ATM semua, pergi JPN dan JPJ dan pergi CELCOM centre ambik sim kad baru.
Sampai sekarang, aku masih trauma lagi. Aku dah jadi takut bila nampak motor melintas depan rumah mahupun waktu kat jalan raya. Aku juga dah jadi takut bila duduk seorang kat rumah. Namun, aku bersyukur, aku selamat dan tak diapa-apakan.
salam zue,
ReplyDeleteisnin lpas jiran ibu. ibu pun takut smpai sekarang. rmah sendiri pun rasa x slamat
Itulah, kat mana-mana pun pun boleh berlaku.. Harapnya kita seua berhati-hati..
ReplyDeletesalam
ReplyDeleteYa Allah.. kesiannya adik aku ni.. zu.. saya memang selalu berprasangka perkara ini akan berlaku.. namun saya tak sangka ia terjadi kepada zu. Dan selama ini pun saya tidak pernah lebih berhati-hati sekadar berprasangka.
Terutama apabila saya terpaksa turun semula dari kereta untuk menutup pagar.. selalu tinggal beg dalam kereta untuk tujuan itu. InsyaAllah saya akan lebih berhati-hati.