Sunday, January 31, 2010

Lebai malang?



Ahad, 31 Januari 2010.. (baru siap update)

Dear diary..

Hari ni merupakan hari yang malang bagi aku.. Semuanya jadi serba tak kena dan nasib tak menyebelahi aku.. Antara kejadian yang berlaku..

Permintaan aku nak betulkan senarai nama pelajar untuk acara sukan rumah aku tu ditolak mentah-mentah oleh kakak yang uruskan tu tanpa sempat aku terang sepenuhnya pada dia. Padahal aku dah tersilap tanda acara tu. Peserta sepatutnya masuk 3 sahaja acara individu, tapi aku dah silap tanda sampai lima.. Ayoyo.. Nampaknya aku harus bersemuka dengan dia esok.

Sepanjang waktu sebelum rehat aku sibuk panggil pelajar untuk uruskan maskot dan nombor peserta. Siap pengumuman kelas ke kelas bagitau ada latihan perbarisan petang tadi. Tapi alih-alih, lepas rehat sekolah terima pekeliling yang menyatakan semua aktiviti sukan perlu diadakan sehingga bulan Jun atau Julai nanti..Hah?? alahai, aku baru aja berangan nak setelkan segala hal sukan ni dalam masa seminggu ni.. Nampaknya latihan kena diadakan lagi sampailah pertengahan tahun nanti.

Perancangan aku nak adakan mesyuarat pengawas PSS pada waktu rehat perlu ditangguhkan ke esok hari sebab seorang guru yang dah janji nak tolong aku jaga PSS waktu aku tengah briefing kepada semua pengawas tu tak hadir. Takkan aku nak tutup PSS pulak kan??

P&P aku mulanya kurang mendapat sambutan. Terpaksa tukar ke plan B. Akhirnya baru depa bagi tumpuan dan aktif dalam aktiviti.

Pengawas PSS aku yang sepatutnya bertugas 4 orang hanya mai seorang. Dua pergi hospital, check gigi dan ada temujanji doktor, sorang lesap ntah ke mana, tinggal seorang. Nampak gayanya tak siap juga la kerja yang aku dah rancang untuk hari ni. Semak dan wat analisa semua buku rekod PSS sebab dah habis bulan.

Balik, sampai rumah kul 3 petang. Ada cikgu kadet polis tu telefon suruh gantikan dia. Bila aku p sekolah kul 4.15 petang tu, sorang kadet pun tak ada. Ada pelajar lain bagitau yang hari ni tak ada latihan kawad pun untuk kadet. Tensionnya aku.. Mungkin cikgu tu tersilap..

Pergi kedai buku, tapi buku latihan yang dicari dah abis dalam stok.

Pergi kedai buku kedua, tapi cari tak jumpa kedai tu. Sebab tanya direction dari kawan. Give up. Terus pergi bank.

Di bank CIMB, hanya satu kaunter ATM sahaja yang boleh pakai. Saksikan ramai orang berdiri di luar, terus drive balik rumah..



Thursday, January 21, 2010

Lantikan GPM


Aku dah mendengar khabar angin yang aku akan dilantik menjadi Penyelaras PSS / GPM sejak akhir tahun lepas lagi. Sebabnya GPM sebelum ni, Kak R dilantik jadi guru cemerlang BM, jadi kena lepaskan tugas GPM tu. Bagus juga sebab aku memang minat baca buku.

Tahun ni, jadi kenyataan walaupun berlaku kesilapan jadual aku dengan cikgu A. Aku dapat jadual penuh 25 waktu sedangkan A dapat 16 waktu aja. Banyak orang selalu tersilap di antara kami berdua ni. Sebab kami berdua cikgu baru dan sama-sama kecik molek. Sekarang dah boleh beza sikit sebab A dah pakai cermin mata. Dulu orang bezakan kami dengan subjek yang diajar saja. A ajar IT dan Sejarah, manakala aku ajar English dan KH. Lawaknya, pak cik guard kata, dia bezakan kami dengan tengok saiz mata. Aku mata besar n A mata kecik. Haha..

Ni dah abis minggu keempat, dah tiga kali jadual mengajar aku bertukar. Dengar kata awal bulan Februari nanti bertukar lagi. Yang bagusnya, tiap kali bertukar, masa mengajar aku dah semakin sikit. Nanti lagi sikit. Sekolah dapat pekeliling terbaru yang mengingatkan bahawa jadual mengajar GPM hanya di antara 6-8 waktu sahaja. Tapi sebab aku mengajar English 2 kelas, jadi jadual aku 10 waktu. Aku pun tak nak lepaskan kelas BI. Sayang nak tinggalkan pelajar aku dari tahun lepas. KH terpaksa la dikorbankan.

3 minggu persekolahan, dah 4 pembekal buku datang jumpa untuk jual buku. Hari ketiga persekolahan, pembekal pertama yang datang tu aku suruh datang semula hari lain sebab waktu tu aku memang tak tahu menahu langsung cam mana urusan pembelian buku. Tambahan pula, takda sapa dari AJK PSS yang boleh temankan aku masa tu. Alhamdulillah, sekarang aku dah pandai pilih dan beli buku. Dah beli RM 2000.o0..

Pening kepala juga nak buat perancangan aktiviti bagi PSS dan semuanya nak segera. Yang penting dah buat 3 aktiviti dalam masa 4 minggu. Minggu pertama, buat sesi orientasi memperkenalkan PSS kepada pelajar Tingkatan 1. Pertama kali aku bercakap di dewan besar. Kedua, mesyuarat aka motivasi aka kursus kepada pengawas PSS pada minggu kedua persekolahan. Hari Ahad ni, insyaAllah buat aktiviti gotong-royong dan pengubahsuaian susun atur dalam PSS pula. Hari Selasa, buat mesyuarat induk AJK PSS.

Menjadi GPM ni, banyak aku belajar dan banyak pengalaman adalah pengalaman pertama. Aku bertuah sebab mendapat sokongan dan tunjuk ajar dari kawan-kawan semua.

Gotong-royong


























Rabu lepas, aku dan AJK PSS aka AJK Kelab Guru (p/s : kami bertiga ( Cikgu A n Cikgu M ) ada dalam AJK yang sama bagi kedua-dua organisasi ni) buat dua operasi pembersihan.

Di PSS, bersihkan stor lama yang penuh dengan harta karun tinggalan zaman Tok Nadok dulu. (p/s : aku pun tak kenal sapa Tok Nadok ni, tapi mak aku selalu cakap cam ni kalau nak menggambarkan zaman lama-lama dulu). Dalam stor tu ada meja-meja lama yang dah tak cukup kakinya, ada kerusi plastik yang pecah, ada surat khabar yang menggunung serta buku-buku lama yang pastinya boleh masuk arkib kalau masih elok. Tapi buku yang ada hanyalah yang dah koyak rabak. Stor ni kena dibersihkan sebab aku ada plan besar untuk renovate bilik ni bagi memaksimumkan pengunaan PSS tu.

Di bilik guru pulak, kami bersihkan 8 almari di bahagian belakang dalam bilik guru. Sesuka hati aja, cikgu-cikgi tu sumbat segala kertas dan barang dalam dan atas almari tu. Menyakitkan mata aja kalau tengok barang bersepah-sepah atas almari tu. Yang dalam almari tu, kalu tak buka takpa, kalu buka, haaa.. Entahlah.. Kertas-kertas dan barang zaman awal 2000 dulu pun ada lagi, barang cikgu yang dah pindah pun ada lagi. Aku dah bagi amaran supaya depa pindahkan atau tandakan barang yang masih mahu disimpan, ada sesetengah tu dah nampak kami buat operasi punggah-memunggah tu baru la datang nak tanda. Nasib baik belum buang. Ada pulak, bila kami dah buang, baru datang tanya mana fail-fail dia. Tak pasal-pasal pulak aku dan gang terpaksa cari dalam timbunan kertas-kertas tu. Yang mana jumpa takpelah, yang tak jumpa tu minta maaflah. Amaran dah diberi, sapa suruh tak ambil berat. Bila semua almari dah kosong dan kemas, ada la pulak yang nak ruangan almari tu depa nak guna. Cheh, masa almari tu penuh dengan segala mak neka tu, tak ada pulak yang nak tolong kemas.

Kertas dan segala barang yang boleh dijual tu, aku panggil syarikat kitar semula untuk beli. Dia amik RM 0.25 untuk setiap kilogram. Tapi aku tak puas hati gak la sebab dapat hanya RM 48 bagi timbunan tu. Aku budget leh dapat RM 70 ++. Huh.. Tapi takpelah, yang penting, dah ada space dan makin kemas PSS dan bilik guru.

Dua minggu lepas, aku dan gang ubah susunan meja dalam bilik guru. Sebabnya, sehari sebelum tu empat orang cikgu tingkatan 6, angkat meja dan segala barang depa ke bilik baru, jadi kami ambik la kesempatan nak ubahsuai. Aku bertuah la dapat kerjasama dari semua cikgu lain, walaupun ramai cikgu lelaki yang kuat mengusik dan buat lawak dari tolong buat kerja. Meriah.. Aku dan gang aku sebenarnya nak tarik diri dari jadi AJK Kelab guru tahun ni, sebab penat uruskan dari tahun lepas ditambah pula masing-masing banyak dapat tugas lain, tapi macam-macam pulak aktiviti yang dah buat. Takpelah, lepas ni bagi kat cikgu-cikgu muda pulak.

Sawah Padi


Sekarang di kawasan kampung aku memang indah.. Sebabnya padi tengah masak menguning.. Sekali tengok macam hamparan permaidani yang besar.. Angin pasti bertiup menderu-deru, sesuai untuk main wau aka layang-layang.. Waktu petang, duduk ramai-ramai atas wakaf belakang rumah sambil cicah garam belacan dengan buah mempelam atau makan rojak buah jambu.. Sedapnya..

Thursday, January 7, 2010

Memori hari sukan sekolah



Ishk.. Ishk.. Mengenang kembali hari sukan waktu sekolah dulu. Satu-satunya piala sukan yang aku ada ialah tempat kedua dalam acara MELONTAR PUNDI KACANG!!! Tu pun waktu aku darjah 2.. Ada sekali tu, waktu acara sukantara Tingkatan 1, lepas kena lari 400 meter tu, sampai aje garisan penamat, aku terus muntah tepi padang. Lagi, waktu Tingkatan 2, acara merentas desa, kami kena berlari ntah berapa km, tapi kami tau jalan shortcut n siap berhenti minum kat gerai jual air lagi dan kemudian baru berjalan balik ke sekolah.. Padahnya, aku dan gang aku kena marah dengan cikgu rumah sebab last sekali sampai. Start Tingkatan 3-5, aku dah tak kena merentas desa lagi sebab aku dah jadi senior PBSM, jadi kena bertugas menjaga check point dan sebagainya. Seronok aje naik basikal atau naik moto, sedangkan kawan-kawan lain penat berlari..

Indahnya zaman persekolahan, aku kembali ke sekolah tapi sebagai cikgu pula. Jadi aku akan mencipta kenangan terindah di sini...







Monday, January 4, 2010

Tugas Guru

Salam..

Rasanya dah lama tak update kat sini.. Banyak perkara yang berlaku sebab persekolahan dah bermula. Walaupun baru dua hari bersekolah, tapi kerja dah bersusun dan bertimbun. Tahun ni tugas dah bertambah lagi. Tugas guru sekarang bukan sekadar mengajar di kelas, tapi menjadi seorang insan yang serba boleh dan serba tau. Cikgu lah yang menjadi guru dalam kelas, menjadi coach sukan, menjadi kerani menguruskan hal kelas, menjadi PR bila berhubung dengan waris dan 1001 macam lagi.

Semua tugas tu menjadi cabaran dan pengalaman baru sebab setiap tugas baru pertama kali dipegang. Aku cuba la nak cari maklumat tentang tugas-tugas ni, tapi tak ada yang menceritakan secara terperinci.
Buat cikgu-cikgu lama, mungkin tugas-tugas yang diberi boleh dijalankan dengan cekap disebabkan dah berpengalaman, tapi bagi cikgu baru macam aku, (walaupun dah masuk tahun ke-3), masih banyak yang perlu dipelajari dan diperbaiki. Mungkin jika ada masa terluang aku akan update 'penemuan-penemuan' terbaru aku ketika menjalankan tugas-tugas yang telah diamanahkan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...