Hari pertama di sekolah memang mengujakan bagi cikgu-cikgu dan para pelajar. Yelah, sebulan setengah bercuti tentunya masing-masing membawa seribu satu macam cerita untuk dikongsi bersama rakan-rakan lain. Cikgulah yang akan pening kerana pelajar semua lebih suka nak bersembang daripada mendengar pengajaran cikgu. Walaupun begitu, biasanya hari pertama dan minggu pertama persekolahan adalah untuk sesi perkenalan di antara cikgu dan pelajar serta pelajar dengan pelajar. Jika pelajar tingkatan 1, ada pula sesi perkenalan pelajar dengan pentadbir dan sekolah. Di sini ada beberapa idea yang boleh digunakan pada hari pertama sesi persekolahan.
- Cikgu memperkenalkan diri kepada pelajar. Kita boleh membawa barangan kesukaan kita seperti koleksi buku atau gambar serta berkongsi sedikit maklumat tentang kita kepada pelajar seperti tempat pengajian, subjek yang akan diajar dan lain-lain yang difikirkan perlu.
- Pelajar memperkenalkan diri. Kalau masa aku belajar dulu, mesti kena berdiri dan memperkenalkan diri. Sebut nama penuh, nama panggilan, tempat tinggal, kegemaran dan cita-cita. Yang penting pada kita ialah untuk kita mengingati nama pelajar. Sebutlah nama mereka perlahan-lahan selepas mereka menyebutnya atau gunakan nama mereka untuk menyoal dengan lebih lanjut. Dengan mengetahui nama pelajar, urusan disiplin adalah lebih mudah.
- Walaupun terdapat banyak idea yang boleh digunakan untuk hari pertama sesi persekolahan, yang aku gunakan dan paling berkesan ialah dengan meminta pelajar menulis di atas kertas. Kita boleh minta mereka menulis harapan mereka untuk tahun ini, ciri-ciri guru yang baik, cara penganjaran yang mereka mahukan, komen terhadap sekolah (jika mereka bersekolah di sekolah yang sama pada tahun sebelumnya) atau sebagainya.
Ini kerana apabila mereka menulis, kita berpeluang untuk mengingat nama pelajar apabila kita berjalan mengelilingi dan memantau mereka menulis. Kita juga dapat menilai pemikiran mereka berdasarkan hasil penulisan tadi di samping menilai tahap penguasaan bahasa mereka. Malah, pelajar yang bermasalah seperti tidak mengusai kemahiran menulis dan pelajar yang enggan membuat kerja mudah untuk dikenalpasti.Di samping itu juga, pelajar akan lebih terbuka dalam memberikan pendapat kerana mereka tahu penulisan mereka tidak dinilai secara formal.
Penulisan mereka boleh disimpan dan diedarkan semula pada akhir tahun misalnya. Ia amat menyeronokkan kerana pelajar dapat membaca semula penulisan mereka setelah hampir setahun berlalu.
Aktiviti ini juga bagus dilakukan ketika di akhir tahun, di mana kita boleh meminta pelajar memberi komen tentang P&P, tentang guru mahu pun tentang sekolah. Pelajar tak perlu menulis nama, hanya tulis komen. Kita mungkin akan merasa terkejut dengan apa yang mereka fikirkan..
No comments:
Post a Comment