Monday, November 30, 2009

Al Kisahnya Lamb Chop




Lepas gaji hari tu aku ajak la hubby pergi makan malam.. Teringin makan western lak.. Biasanya kitaorang makan chicken chop ajer. Malam tu saja nak ubah selera, kononnya nak makan lamb chop.. Nampak lamb chop to macam sedap waktu dihidangkan.. Dah la makan di bawah sinaran lampu malap.. Romantik lah kononnya.. Gigitan pertama...


Spoilt... herm... aku dan hubby tak termakan pun.. Tak lalu kerana bau daging kambingnya yang kuat.. Melayanglah RM 25.00.. plus fresh orange 2 gelas..


Selain tu, aku menyedut petikan artikel yang menarik mengenai PERBEZAAN ANTARA KAMBING DAN BIRI-BIRI untuk pengetahuan aku dan dikongsi bersama semua.

Kambing (goat) dan biri-biri atau bebiri (sheep) pada dasarnya adalah haiwan ternakan yang berbeza. Kambing adalah kambing dan biri-biri adalah dari jenis kibas. Bentuk fizikal dan genetik (DNA) kedua-dua haiwan ini juga berbeza walaupun rupanya hampir sama.

Justeru, kalau makan nasi beriani di kedai mamak jangan sampai kita tertipu. Pada kebiasaannya di kedai mamak "nasi beriani kambing" adalah sebenarnya "nasi beriani bebiri" daripada daging bebiri yang ternyata harganya lebih murah dan banyak lemak serta mempunyai kadar kolesterol yang sangat tinggi berbanding dengan daging kambing seperti Boer yang mempunyai kadar kolesterol yang lebih rendah dari bebiri dan juga ayam.

Tetapi harga "nasi beriani kononnya beriani daging kambing" ini harganya sangat mahal sepinggan (mengikut harga daging kambing di pasaran). Bagaimana pula dengan "lamb chop", pernah tak kita memeriksa daging apa yang digunakan oleh restoran-restoran yang menjual makanan barat (western food) ini. Daging kambing atau bebiri yang digunakan.? Kalau "lamb" tentulah ia daging bebiri tetapi kalau daging kambing yang digunakan untuk membuat "lamb chop" tentulah pelanggan bertuah.

Di Barat, pengusaha restoran tidak suka menipu bahan yang digunakan di dalam masakan mereka dengan menggunakan istilah yang betul berbeza dengan di Malaysia.

Berikut merupakan perbezaan fizikal dan tabii kedua-dua haiwan ini secara kasar (sebahagian) dan cara untuk mengenal pasti keduanya:

1. Bebiri suka berkumpulan manakala kambing suka pecah dari kumpulan (bersendirian).

Para nabi dan rasul diuji oleh Allah (sebahagian dari ujianNya) menjadi penternak kambing yang sifat semula jadinya suka berpecah dari kumpulannya (seekor dua). Jika lulus ujian Allah ini ternyata ia tidak menjadi masalah kepada para nabi dan rasul untuk memimpin umat manusia yang sikapnya tidak ubah seperti kambing (perumpamaan). Oleh itu, untuk kita menjadi penternak kambing memerlukan tahap kesabaran yang tinggi seperti yang ditunjukan oleh para nabi dan rasul.

2. Bebiri meragut rumput yang berada di bawah (tanah) manakala kambing suka makan pucuk-pucuk pepohon dan dedaun. Walau bagaimanapun kambing juga meragut rumput.

3. Ekor bebiri ke bawah manakala kambing menegak ke atas.

4. Kadar kematangan bebiri lebih cepat berbanding kambing, kambing hanya boleh di buat korban atau akikah setelah umurnya mencapai 2 tahun atau lebih manakala bebiri setahun telah boleh dikorbankan (bebiri jantan).

5. Bulu tidak boleh dijadikan ukuran perbezaan kerana terdapat juga kambing yang mempunyai bulu yang lebat seperti kambing Pygmy atau African Dwarf dan terdapat juga bebiri yang tidak mempunyai bulu yang lebat. Bebiri boleh dikategorikan kepada dua, "Woolsheep" (berbulu panjang) seperti bebiri Dorset dan "Hairsheep" (rerambut) seperti bebiri Barbados, Damara dan sebagainya. Walau bagaimanapun, bulu bebiri keriting dan kusam manakala bulu kambing agak lurus.

6. Komposisi daging kedua-duanya juga berbeza dimana kadar karkas (daging) kambing lebih tinggi berbanding dengan bebiri (lemak lebih banyak). Daging kambing juga mempunyai kandungan protein dan vitamin yang tinggi.

7. Ada beberapa tumbuhan yang menjadi racun (mudharat) kepada bebiri tetapi boleh dimakan oleh kambing dan sebaliknya.

8. Bebiri dan kambing tidak boleh bersatu (mengawan) kerana mereka adalah spesis yang tidak sama seperti bezanya itik dengan ayam.

9. Dari segi pengurusan, ianya hampir sama tetapi menternak kambing adalah lebih rumit kerana kambing lebih sensitif kepada persekitaran, makanan dan cuaca. Oleh itu kambing mempunyai nilai komersial yang lebih tinggi.


10. Istilah dalam Bahasa Inggeris yang digunakan untuk daging haiwan ini berbeza:

- Daging kambing dewasa dikenali sebagai chevon.
- Daging anak kambing dikenali sebagai cabrito (~Spanish) atau capretto.
- Daging bebiri dewasa dikenali sebagai mutton.
- Daging anak bebiri dikenali sebagai lamb.

11. Apabila bebiri betina sampai masa untuk mengawan, sekeliling matanya menjadi cantik disebabkan hormon yang keluar manakala kambing betina mengeluarkan bau di punggungnya (alat pembiakan betina) untuk menarik perhatian pejantan.

12. Di Indonesia, kambing dipanggil sebagai kambing manakala bebiri dipanggil sebagai domba. Istilah "bodoh domba" adalah digunakan untuk memaki orang yang bodoh yang disamakan seperti bebiri tetapi tidak seperti kambing yang dianggap haiwan yang cerdik, manja dan sebagainya.



Petikan daripada http://usrahagrofarm.blogspot.com/2009/07/kambing-biri-biri.html

Monday, November 23, 2009

Error HTML

Sekadar berkongsi..


Your HTML cannot be accepted: Tag is not allowed: META
Stop showing HTML errors for the body of this post


Aku dapat mesej macam di atas selepas cuba nak letak post baru. Lepas tu aku pun cuba cari penyelesaian dengan search Q&A blog dan aku dapat tau ia terjadi disebabkan....


i) Artikel tu aku taip dalam Microsoft Word 2007, lepas tu copy and paste ke new post dalam blog.
ii) guna Mozila Firefox.


Tapi selepas aku cuba nak edit post guna Internet Explorer, masalah ni tak terjadi lagi..

Sunday, November 22, 2009

Jalan TAR

Hujung minggu lepas, aku ikut suami dan adik pergi KL. Saja jalan-jalan.. Adik aku yang tangah belajar kat KL tu ajak pergi Jalan TAR. Aku ikut ajalah.

Memandangkan waktu tu belum dapat gaji tapi kat situ tetap penuh dengan orang. Aku pun hairan. Ada mak cik tu dengan anak-anak perempuan dia sarat dengan beg-beg plastik yang dibeli sampai tak cukup tangan nak pegang. Begitulah makmurnya bumi Malaysia ni.

Waktu tu kan akhir bulan, gaji pun belum dapat.. Hasrat nak window shopping tu berkubur aja bila nampak banyak kain sut dan tudung yang cantik-cantik..

Aku sempat juga la membeli 4 pasang kain. Ada Chiffon Matching dan Thai Silk. Belum buat keputusan nak buat baju apa. Untuk pakai raya haji ni memang tak sempat.

Tapi yang paling aku tak tahan sekali adalah kain tudung kat situ.. MURAHNYA! Masa raya puasa ari tu aku beli tudung yang berbatu Matahari tu RM40 kat tempat aku.. Tapi kat Jalan TAR tu hanya RM 15 aja.. Kualiti kain yang sama..

Lepas ni leh la aku pesan kat adik lau nak beli tudung..

Tapi aku nak ingatkan, kawasan tu banyak pencopet, jadi kena berhati-hati membawa beg tangan.

Thursday, November 12, 2009

Templete baru

Ari ni aku tukar template lagi.. buat sekian kalinya.. aku suka sangat yang sekarang nihh.. Penat juga nak survey template yang memenuhi citarasa..

Kalau korang nak template yang cantik, boleh la survey kat sini.. Template ni dari sini

http://www.scrappinblogs.blogspot.com


Selain tu, boleh juga ambil dari sini..

http://muncet.blogspot.com
http://blogger-templates.blogspot.com
http://www.thecutestblogontheblock.com

Saturday, November 7, 2009

Books! Books!

I read at the age of five when my first batch of reading materials available at home were Utusan Malaysia and I love to look at the pictures. Somehow they didn’t fit in my world so my brother simply feeding me with Doremon, lots and lots of it. I read from the first episode until 100++, I didn’t remember the exact copies that I have. But I have regrets – for letting my friends borrowed them (they never have the manners to return the books to me) and allow my nephews to read it as they always came back with torn pages, markers doodling and sometimes with the greases and the food stains all over the pages.


Then I have Kawan too, a good comic with a lot of educational information. I also grew up with Gila-Gila which is very popular in the 90’s. I loved all the comics in there such as Tiga Dara Pingitan by Cabai, Atuk by Nud’s, Budak U byDe’ Usop 5050, Shah Shawati, Jaki Jipang and all of them! I also learning English through Once Upon a Time, 80’s Something and 2’s Company..



I still remember during my 10th birthday, abang once again gave me a book for present. This time he gave me Atlas Kajian Tempatan which I found very interesting as they answered quite a few of my questions about the geography. I knew my brother was relief too caused I didn’t badger him about the countries nor the continents or the seas, for the time being.


As I grew older, in secondary school, I started to love Malay novel. Abang bought me some – Diari Seorang Guru by S. Hawa, Buih-Buih by Azizi Hj Abdullah and many more. But at one point he did say he felt it just a waste cause I would finish the novel in 3 hours and less. Then I discovered that my neighbor, a tailor who also like to read, so I just borrowed from her.


I didn’t borrow from the school library because it only has 80’s collections, with yellowing paper, molding cover and an inch of dust. I didn’t sure anybody who will be tempted by those. Hermm, historians maybe. I also borrowed many novels from my sister who lived in other town whenever I went to her house. She has amazing collection of Alaf 21’s novels. Here, I read all of them. And I discovered myself transformed..


I grew weary of the plot, a handsome man meet with a beautiful woman, fell in love, have crisis, reconcile and everyone live happily ever after. Yes, I prefer the happy ending, but I want to read about normal people, the ugly, the commoners etc. Though I was lucky to read one. It was in Gila-gila, one of the humorous novel series but I can’t remember the title but I sure it was from Zuraidah Othman. It was a pity, I didn’t follow until the end, because my brother has stop buying the magazine.


Then in university, I had a much better equipped library though they only provided 6 shelves of fictions out of 5 floors of building. And the shelves were near the toilet. I wonder what they think. But I didn’t stop me to go there once in every three days so that I could peruse any new novel that back on the rack. I learned to fall in love with modern English fictions and got enthralled. I loved Paulo Colhoe, Jude Deveruyx, John Grisham and many more. I thought I read more novel than my textbooks and my course books added together (hey, I still got above 3 pointers, mind you!).





In my third year at campus, my college roommate, Aishah, introduced me to a new world. HARRY POTTER.. Harry Potter and The Order of Pheonix just hot from the rack and she bought it. I was wondering why she laughed most of the time while reading it and close the book with satisfied smile. I cannot resisted and after I started reading it, I can’t put it down until I finish. (which were 3 days later cause I did stop just to fulfill the basic human needs and pray - lucky it was during the holiday). Then I realized that I already missed four of the previous book. My library let me down, they didn’t have any of the Harry Potter novel, could you believe it? Hey, it could be a text book you know. I would like to propose to KPM. So I started to save some money and I proudly present that I’ve completed the series.. I think I have memorize all of them as I have read them over and over again.


Right now, with a job, I found another interest. I found Sophie Kinsella and quickly fell in love.. Kinsella’s review ? Next time…

Friday, November 6, 2009

Entri Pertama

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Akhirnya wujud juga blog aku nih. Dah lama aku berangan nak ada blog sendiri tapi sebelum ni leh akses internet kat sekolah aje, jadi tak ada masa nak bina blog ni.

Sebelum ada entri pertama ni pun, rasanya dah berkali-kali aku tukar template dia.. haha..

Aku rasa inilah masa yang menyeronokkan sebabnya aku masih belajar nak uruskan blog aku nih.. Sapa kata belajar tu membosankan?? Mungkin aku pernah kata waktu aku Tingkatan 5 dulu kot.. Heheh..

Apa pun.. Aku ucapkan tahniah kepada diri aku sebab dah ada blog sendiri.. Eh, korang x nak ucap kat aku ke????

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...