Hujung minggu lepas, aku ikut suami dan adik pergi KL. Saja jalan-jalan.. Adik aku yang tangah belajar kat KL tu ajak pergi Jalan TAR. Aku ikut ajalah.
Memandangkan waktu tu belum dapat gaji tapi kat situ tetap penuh dengan orang. Aku pun hairan. Ada mak cik tu dengan anak-anak perempuan dia sarat dengan beg-beg plastik yang dibeli sampai tak cukup tangan nak pegang. Begitulah makmurnya bumi Malaysia ni.
Waktu tu kan akhir bulan, gaji pun belum dapat.. Hasrat nak window shopping tu berkubur aja bila nampak banyak kain sut dan tudung yang cantik-cantik..
Aku sempat juga la membeli 4 pasang kain. Ada Chiffon Matching dan Thai Silk. Belum buat keputusan nak buat baju apa. Untuk pakai raya haji ni memang tak sempat.
Tapi yang paling aku tak tahan sekali adalah kain tudung kat situ.. MURAHNYA! Masa raya puasa ari tu aku beli tudung yang berbatu Matahari tu RM40 kat tempat aku.. Tapi kat Jalan TAR tu hanya RM 15 aja.. Kualiti kain yang sama..
Lepas ni leh la aku pesan kat adik lau nak beli tudung..
Tapi aku nak ingatkan, kawasan tu banyak pencopet, jadi kena berhati-hati membawa beg tangan.
No comments:
Post a Comment