Sunday, August 26, 2018

Tukang jahit / tailor baju bendera / baju sambutan kemerdekaan

Menghampiri bulan Ogos, pasti entry saya yang terdahulu tentang idea baju sambutan kemerdekaan menjadi popular.

Malah ada pembaca yang meninggalkan komen mencari baju untuk disewa atau mencari tailor untuk menjahit baju ni.

Pada pandangan saya mana mana tukang jahit pon boleh menjahit baju ni. Tetapi untuk pembaca saya dah screenshot beberapa fb tukang jahit n rekaan baju merdekanya. Kalau nak tempah, sila buat carian nama mereka di fb ya.
















posted from Bloggeroid

Monday, July 30, 2018

Mesyuarat pibg



Hari ni mesyuarat pibg kali ke 21. Alhamdulillah setelah berbincang dgn pentadbir, depa bagi aku tugasan lain pada kali ni. Selama 5 tahun dah aku kejanya buat buku program pibg. Paling tension tahun lepas, masa yang diberi hanya 3 hari.

Tahun ni buat backdrop. Demi menjimatkan kos, guna backdrop lcd aja.

Ni gambar di dalam dewan. Naper ekk berselfie sekali ni aja..

Reading this



I didn't even know the novel exist or knew the author. Until I ve finished the story, I don't come across the movie on the Astro. Well, I want to watch it
posted from Bloggeroid

Resepi Coklat Mufin dengan Nutella dan coklat chip yang paling best


RESEPI 

KREDIT RESEPI  : Azlina Ina Fans

1.   Cairkan butter 125g biar sejuk 
2.   Ayak kan 1 cawan setengah tepung gandum
       (ina guna 1 cawan tepung hongkong dan 1/2 cawan tepung gandum)
3.   Masukkan Sedikit garam
4..  1/4 cawan serbuk koko(kalau nak sedap 1/4 cawan serbuk koko dan 3sb milo)
5.   2sb susu tepung
6.   1sk baking powder
7.   Satukan 3bijik telur gred b kalau gred A 2 je
8.    1 +1/4 cawan gula halus nak 1+1/2 cawan pon ok manis sket
9.    Sedikit esen vanila
10.  1sk emolco coklat
11.  Whisk kan smpai berbuih kecik je 
12.  Masukkn 1/2 cawan butter cair yg dah sejuk tuang dan whisk kan
13.  Masukkn 1/4 cawan susu cair dan whisk kan 
14.  Masukkn tepung. Smbil whisk dan adunan siap mmg sedikit likat.
15.  tuang setengah dalam cup dan paip kan nutellla
16. Tabur coklat chips
17.  Panas kan oven dan bakar suhu 180 masa 25 hngga 30 mnt atau smpai masak







Review

Resepi ni memang kaya dengan rasa coklat. Anak anak sangat suka. Kejap aja dah licin.

Cara guna oven rubine



Ada pertanyaan daripada seorang pembaca tentang cara nak guna oven rubine ni. apa yang saya buat senang aja.

Setalah on kan suis, saya cuma laraskan suhu yang kita nak. mode baking pula saya setkan macam dalam gambar. kemudian tekan butang yang saya tandakan anak panah tu. bila lampu berterusan menyala tu tandanya, betul la tu oven ni sedang berfungsi.

ni pula link manual dari rubine website

http://www.rubine.com.my/product_manual/RBO-IA8X-70SS.pdf

Thursday, July 26, 2018

Jahit knit tshirt

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Minggu ni dihabiskan masa dengan menjahit baju tshirt.. material yang digunakan ialah kain knit. Dua tiga tahun lepas kain knit ni mahal harganya sebab tak ramai seller yang jual. Sekarang dah banyak seller yang jual dengan harga mampu milik.

Kain knit yang saya beli biasanya pada waktu sale aja. Jadi range harga untuk kain2 macam yang saya jahit ni dalam rm20-rm25 aja. Biasanya kalau kain design baru boleh mencecah rm30. Jadi nampak kan penjimatan yang ketara di situ.

Lagipun kalau nak buat tshirt paras bawah punggung macam ni guna 1meter pon dah cukup. Kalau nak mix dengan plain pon cantik.

Ni antara hasil tshirt yang saya jahit. Saya x buat nursing pon sebab baju ni pendek saja. Walaupun ada pola beli, saya just guna pola baju kurung moden saja.



Tuesday, July 24, 2018

Review air fryer morgan digital

Dah lama dok termimpi mimpi nak beli air fryer ni.. baru hari ni ada rezeki.

Ini adalah sebahagian daripada makanan yang dihasilkan oleh air fryer saya. Paling kerap bakar ayam, goreng nugget n fries la dalam tu.







Ini lah rupanya air fryer morgan saya tu. Memang nampak sleek kan. Tambahan pula dia digital. Jadi beberapa menu utama memang dia dah set suhu n masa secara automatik.


Memang sekarang saya tak goreng ayam, nugget n fries guna minyak dah. Walaupun nugget n fries still considered as a fast food, tapi pada saya lebih sihat kerana saya mengurangkan penggunaan minyak. (Cover guilty)

Verdict
Bagi 5 bintang sebab

1. memudahkan kerja memasak. Letak aja dalam tray tu dan kita boleh p buat kerja lain.

2. Mengurangkan penggunaan minyak, jadi makanan menjadi lebih menyihatkan

3. Tray dia senang cuci dan tak melekat.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...