Thursday, March 16, 2017

SPM dan adab murid



Keputusan SPM 2016 telah diumumkan kelmarin.. Sekolah kami berduka kerana prestasi kebanyakkannya jatuh. Hanya subjek sains (fizik, kimia, bio, sains), pendidikan islam, pendidikan seni dan b.tamil sahaja yang meningkat GPMnya. Saya yang tidak mengajar menengah atas turut terasa kesannya.

Hikmahnya dapat melihat gelagat masing -masing.

Ada yang menyalahkan guru, ada yang menyalahkan murid. Ada juga kawan saya yang mengatakan guru lain kurang memberi kasih sayang terhadap pelajar, itu sebab result jatuh.. sebab dia sangat sayangkan anak muridnya, mereka berjaya. Mungkin benar untuk segelintir, tapi kebanyakkan rakan guru saya amat komited dalam mengajar, cuma mungkin tiada rezeki. Saya cuma sedikit terkilan dengan kenyataan guru tersebut.

Ya, saya juga sangat setuju bahawa murid yang sayang pada gurunya akan cuba berusaha dan mendapatkan keputusan yang terbaik. Tapi untuk mencanangkan di dalam telegram rasmi sek dan di kalangan kawan-kawan yang berduka bukanlah jalan yang terbaik. Ada hati yang akan terluka. Saya yang tidak mengajar ni pon turut terasa, apatah lagi guru yang mengajar.

Satu lagi yang saya perhatikan pastinya anak murid. Ada yang berduka dan ada yang gembira. Bukan keputusan mereka yang saya rungutkan, tapi cuma terkilan dengan adab dan budi bahasa. Mereka hanya datang berjumpa dengan guru tingkatan 5 sahaja, malah sebahagiannya langsung tidak senyum kepada guru lain, tidak memandangkan guru lain walaupun guru itu berada di kelompok itu juga. Itu agak extreme. Ada juga yang sekadar memandang. Huluran tangan bersalam juga hanya untuk guru tingkatan 5 sahaja. Apatah lagi untuk bergambar bersama.

Rupanya, bukan saya seorang sahaja yang terasa. Guru menengah rendah lain yang saya jumpa juga turut memperkatakan hal yang sama.

Nampaknya, kami juga gagal untuk mendidik kesantunan dan budi bahasa..

#hariyangdownmungkinsebabitusensitif
#guruvsmurid

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...