Saturday, October 31, 2015

Konstar review - part 1

Hari tu kan aku beli Master chopper konstar ni dari goshop. First time hari tu try kusar bawang, jadi kasar2 macam kita cincang bawang tu pakai pisau la, bukan halus sagat macam kita blend tu. Yang baiknya tangan x bau bawang dan pastinya tiada adegan air mata lah ya.

Mata blade yg guna utk slice tu pon best, saya try carrot n bawang. Sangat tajam dan hasilnya terus masuk dalam mangkuk, takpa bersepah. Tapi kalau buat sikit2 cam tak berbaloi la nak guna ni. Penat membasuh dan membilas part dia aja nanti... Saya kan malas sikit.

Sedih nya mata pisau utk kisar ais jadi ais kepal tu Memang tipu semata2 mata. Ais x hancurkan langsunh. Bila saya ulang tayang beberapa kali demo konstar ni Memang tengok warna ais yang dia demo tu pon lain dari warna ais kita yang biasanya jernih. Warna dalam demo tu macam ais dah dimesin dan dibekukan semula. Huhu taktik aja.



Ni rajin minggu lepas snap gambar bila wat stok bawang putih.



Ni pula hari ni bila nak buat cokodok, x yah ramas lagi pisang tu..cepat pon cepat.
posted from Bloggeroid

Hobi kiddie

Akan lebih banyak upload gambar anak2 sebagai kenangan untuk tunjuk pada depa bila depa besar nanti.

Reading time





Nurin tulis abc n suka lukis gambar kartun.


Adik pula baca buku n koyak buku... Hurmmm...
posted from Bloggeroid

Saturday, October 24, 2015

My kids

Love them to bits











Nak cap macam Abah selalu pakai
posted from Bloggeroid

Nurin's drawing

Saja upload lam blog. Sebagai kenangan bila nurin dah besar nanti. Nurin sekarang berumur 3 tahun 8 bulan.

posted from Bloggeroid

Thursday, October 22, 2015

Nurin and haze mask

Hari ni sepatutnya sek cuti sebab bacaan jerebu yang tunggu. Tapi pengetua arahkan kami datang juga untuk buat sambutan juga majlis anugerah hem dan koko yang sepatutnya berlangsung hari ni. Mula mula dia bagi alasan makanan dah ditempah, kemudian bila diberitahu ajk makanan dah cancel selepas dengar pengumuman cuti, alasan dia yang seterusnya ialah jemputan telah dijemput. Malah beberapa wakil pelajar juga mendapat WhatsApp meminta pelajar ke sekolah. Rupanya pada hari kejadian tiada pelajar hadir dan jemputan yang hadir tu hanya dua orang daripada 32 orang yang patut hadir. Ada juga Cikgu baru ni drive dari a.sense sebab nak mai juga sek yang cuma berlangsung sejam setengah. Dah la pregnant. Cikgu lelaki lagi la buat donno saja.

Aku Memang x boleh hadir sebab suami pengasuh masuk hospital, jadi kalau tak cuti jerebu Memang nak kena ambil cuti. Tapi lupa pulak nak bawa balik kertas pt3 untuk ditanda. Jadinya aku angkut anak2 ke sek dan kemudian kami ke giant beli mask n nuwen minta nak makan kfc. Layan la sebab gaji baru masuk.








posted from Bloggeroid

Tuesday, October 20, 2015

Azanil Fitri di sekolah dan pameran buku


18 Oktober 2015, adakan bengkel dengan penulis muda, Encik Azanil Fitri, dia ni anak didik Ain Maisara, penulis novel remaja yang cover novel dia kartun comel-comel tu.

Program ni anjuran Syarikat Blink Trading, percuma saja, depa bawa penulis, bagi buku free dan buat jualan buku semuanya percuma. Best!!!

penuh library juga 

Student perempuan join bengkel penulisan ni sebab kata dia hensem. haha



dapat buku free lagi.

bergambar beramai-ramai

minta en Azanil autographkan banner yang aku buat ni


pameran buku berlangsung di kantin selama 2 hari


posted from Bloggeroid

Banner design sendiri


Banner ni saya design sendiri sempena program PSS dan kerjasama BLINK. Guna microsoft publisher.Saja design sendiri sebab nak cepat, ptg hantar esok dah boleh ambil.

Buat bunting 2x5 kaki dicaj rm34. Rupanya pengiraan mereka 2x5 = 10 x rm3 perkaki. Extra rm4 utk batang paip.
posted from Bloggeroid

Saturday, October 17, 2015

Penandaan PT3

biarlah gambar yang serabut ini menceritakan segalanya. diriku yang sibuk dan serabut menanda PT3.. huuu



posted from Bloggeroid

Resepi kek minyak noxxa

Ni saya dapat resepi dari fb.



Dan ini pula cara nak dapat belang2 yang cantik tu.



Ni pulak hasil kek saya...




Review : Memang moist sebab saya guna cara kukus iaitu letak air sampai paras tungku, tekan button stir fry sampai air mendidih baru masukkan Loyang dan steam 22minit.

Rasanya manis buah sahaja. I loikee..
posted from Bloggeroid

Sunday, October 4, 2015

My garden


Ni la paket benih sunflower yg aku tanam. Dr kedai Eco 2ringgit. Drp 10 biji benih edible sunflower tu 8 tumbuh. Yg cut flowers tu aku semai sebelum raya lagi. Cuti raya balik kg 5 hari, mai dah kecut, nasib baik bila disiram dah segar kembali.

Baju raya haji 2015

inilah baju raya haji saya dan anak


posted from Bloggeroid

i Think Form2 Food For Thought


Form  : 2
Topic : Food For Thought
Language content: Vocabulary
I-think : circle map
Material : textbook, picture cards

textbook page
word cards

circle maps
posted from Bloggeroid

I-think Form2 Activities Equipments

Just sharing an idea on textbook page using i-think brace map. This is for Form 2.




posted from Bloggeroid

Friday, October 2, 2015

Tutorial jahit bantal peluk


Saya belum pernah menjahit bantal peluk. Setelah mengoogle, tutorial ini yang terbaik. Kredit di sini. Ukuran saya adjust sikit sebab nak buat bantal peluk untuk anak, jadi tak perlulah besar sangat kan.
<!--more--


perlu view large



ni untuk dapatkan bulatan di tengah bantal peluk. disebabkan bantal peluk saya kecik, jadi saya cuma gunakan diameter15cm sahaja.

jahit kedut disekeliling mulut bantal dan adjustkan ikut saiz bulatan. nak senang memang kena pinkan.

inilah rupa kekabu yang saya beli. dulu beli tahun 2014 harganya sekilo rm16, sekarang tak tahulah. kekabunya bersih dan tiada biji. bantal saya ni , elok2 mengunnakan kekabu sebanyak 1 kilo.
last sekali jahit. siap!!!

mommy gumbiraaa....
posted from Bloggeroid

Tutorial jahit sarung bantal peluk/guling

Dengan ini, saya dengan berbesar hati berkongsi tutorial membuat bantal guling atau bantal peluk. Kena la buat supaya kita lebih sedap tidur.. hehe...



inilah hasilnya..



1. dapatkan ukuran bantal peluk yang hendak dipakaikan sarung. Pastikan lebihan kain/basi sekurang-kurangnya 2 inci untuk dijahit nanti. Ukuran bantal saya 33cm lebar(dilipat 2) dan 125cm panjang.  Bantal saya slim saja sebab ini untuk bantal anak.

2. membuat lubang tali, ukur 13 cm dari atas dan tandakan.

3. Kemudian gunting selebar 1.5cm di atas tanda 13 cm tadi.


4. Lipat ke dalam, dan kemudian lipat sekali lagi seperti kita mahu kelimkan jahitan.
5. Pinkan.
6. Jahit sepanjang lipatan kelim tadi. Kemudian, tandakan 10 cm secara horizontal . Lupa pulak snap gambar. Gambar no 6, pembaris tu menegak, horizontal maksudnya melintang.


7. lipatkan kain ke sisi, hingga bertemu dengan garisan horizontal 10 cm tadi.
8. lipatkan sekali lagi ke dalam, selebar lipatan di no 7.
9. tandakan 1.75cm dari lipatan sebelah dalam dan jahit di atas garisan 1.75cm itu tadi.


10. alihkan kain tadi, supaya lubang yang dijahit 1.75cm tadi berada di bahagian atas, temukan sisi dan jahit di sisi.
11. masukkan tali di tempat lubang itu. saya guna tali bulat beg sahaja. lebih cepat dan mudah.
12. jahit tepi di jahitan di dalam sarung.


dah siap.. anak saya sungguh teruja sebab dapat bantal peluk frozen ni. Selamat menjahit!!!


tutorial asal dirujuk dari laman web ini. 

posted from Bloggeroid

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...