inilah hasilnya..
1. dapatkan ukuran bantal peluk yang hendak dipakaikan sarung. Pastikan lebihan kain/basi sekurang-kurangnya 2 inci untuk dijahit nanti. Ukuran bantal saya 33cm lebar(dilipat 2) dan 125cm panjang. Bantal saya slim saja sebab ini untuk bantal anak.
2. membuat lubang tali, ukur 13 cm dari atas dan tandakan.
3. Kemudian gunting selebar 1.5cm di atas tanda 13 cm tadi.
4. Lipat ke dalam, dan kemudian lipat sekali lagi seperti kita mahu kelimkan jahitan.
5. Pinkan.
6. Jahit sepanjang lipatan kelim tadi. Kemudian, tandakan 10 cm secara horizontal . Lupa pulak snap gambar. Gambar no 6, pembaris tu menegak, horizontal maksudnya melintang.
7. lipatkan kain ke sisi, hingga bertemu dengan garisan horizontal 10 cm tadi.
8. lipatkan sekali lagi ke dalam, selebar lipatan di no 7.
9. tandakan 1.75cm dari lipatan sebelah dalam dan jahit di atas garisan 1.75cm itu tadi.
10. alihkan kain tadi, supaya lubang yang dijahit 1.75cm tadi berada di bahagian atas, temukan sisi dan jahit di sisi.
11. masukkan tali di tempat lubang itu. saya guna tali bulat beg sahaja. lebih cepat dan mudah.
12. jahit tepi di jahitan di dalam sarung.
dah siap.. anak saya sungguh teruja sebab dapat bantal peluk frozen ni. Selamat menjahit!!!
tutorial asal dirujuk dari laman web ini.
posted from Bloggeroid
salam..tq puan zue bg tuto yg senang utk sy paham insyaAllah sy akan cuba
ReplyDelete