Tuesday, December 21, 2010

Pindah Rumah


Saya akan berpindah ke rumah sewa baru. Sekarang sibuk mengemas barang. Tapi hanya dilakukan apabila ada mood. Sepatutnya kami masuk hujung minggu ni, tapi tuan rumah pula minta pertolongan nak menempatkan saudaranya dari jauh yang nak tumpang duduk di situ. Sebabnya saudara dia tu nak menghadiri kenduri di kawasan ni. Nak tak nak terpaksa lah akur.

Renew/Memperbaharui Road Tax Kereta



Bulan Disember datang lagi...

Selain daripada cuti sekolah, bulan Disember merupakan bulan untuk membayar road tax. Road tax Snowy Hedwig (panggilan kengkawan untuk keretaku yang comel tu) tu berakhir 16 Disember yang lalu.

SPM 2010


Peperiksaan SPM 2010 bermula 23 November lalu dan telah berakhir pada 20 Disember 2010. Ini merupakan pengalaman pertama aku menjaga SPM. Umum mengetahui yang tidak ramai guru yang berminat untuk mengawas SPM ataupun STPM kerana terpaksa mengorbankan cuti sekolah dan masa berharga bersama keluarga.

Aku? Aku menerima sepenuh hati kerja mengawas SPM ni. Nama pengawas SPM dah lama naik, mungkin sekitar bulan Ogos (kalau tak salah). Memanglah aku tak menawarkan diri pun nak jaga SPM, tetiba aja nama naik. Dapat pulak sekolah dekat. Oklah tu.

Sekolah yang aku jaga tu ada 245 calon. Ada kelas-kelas yang dibuka menjadi sebuah dewan dan ada 5 kelas lain yang turut digunakan sebagai bilik peperiksaan. Mulanya aku lebih suka mengawas si dewan, takla boring sangat. Ada juga kawan untuk berbual. Tetapi bila ditugaskan mengawas di bilik, jem kepala aku ni sebab tak tau nak buat apa. Bila mengawas peperiksaan ni bukannya boleh membaca buku/akhbar, tak boleh buat keja lain jugak. Akhirnya terkebil-kebil la aku sorang-sorang.
Fikiran aku ni menerawang la ke bermacam topik dan perkara. Tapi seminggu pertama ada la perkara nak fikir, masuk minggu seterusnya kosong ajer otak aku ni.

Kalau jaga di dewan, dapat la kekadang berbual-bual dengan pengawas lain. Bagus juga sebabnya dapat tambah kawan baru. Lagipun 'aksi' pelajar di dalam dewan lebih pelbagai. Ada yang tidur dan buku jawapannya basah dengan air liur basi tu dah jadi perkara biasa kalau untuk kertas yang masanya panjang. Ada juga seorang pelajar yang kami perhatikan tidak menjawab langsung 2/3 kertas. Mungkin banyak lagi. T Dia akan duduk termenung, cukup 30 minit, dia keluar. Dia pelajar kelas Sains, tapi tak taula apa masalah dia. Ada sekali tu, seorang budak perempuan pengsan, tapi selepas selesai menjawab soalan la.

Keadaan paling kelam kabut ialah semasa peperiksaan Prinsip Akaun, aku yang mula menyedari kertas-kertas buku tunai, lejar dan jurnal tu tak dibekalkan bersama. Waktu tu, bila pelajar mula masuk dewan pun kertas tu masih tak ada. Mulanya kami edarkan helaian tambahan aja, tapi hampir keseluruhan pelajar bertanya kertas lain-lain tu. Ketua pengawas ambil langkah minta kertas-kertas tu dari pihak sekolah sebelum orang datang hantar. Bila orang tu hantar (aku pun x tahu siapa), kertas-kertas buku tunai, lejar dan jurnal tu hanya cukup-cukup aja. Kesian budak-budak tu, mesti tension sikit. tapi aku tengok sesetangah budak tu serabut aja kertas-kertas dia. Dulu ingat lagi, masa exam SPM aku siap bawa klip buaya tu sebab senang kertas dah tersusun. zaman tu tak ada buku jawapan lagi.

Apa pun tu la kenangan aku mengawas SPM 2010. Sekarang baru 2 hari di rumah, aku dah mati kutu nak buat apa. Kerja memang banyak, tapi malas nak buat. Lagipun, seharian duduk sensorang kat rumah amat memboringkan.

Takwim Persekolahan 2011



Cepat betul masa berlalu. Persekolahan 2011 akan bermula tidak lama lagi. Berikut merupakan takwim persekolahan sesi 2011 yang boleh didapati di laman web Kementerian Pelajaran Malaysia. Klik sini.

Untuk makluman, kalendar persekolahan kumpulan A adalah untuk negeri Kedah, Terengganu dan Kelantan dan kalendar persekolahan kumpulan B adalah untuk negeri selain daripada Kedah, Terengganu dan Kelantan.

Kalendar Persekolahan Tahun 2011

Kumpulan A
Penggal
Cuti dan Hari PersekolahanMulaAkhir
Hari
I
Hari Persekolahan02.01.201131.01.2011
22
Hari Persekolahan01.02.201128.02.2011
20
Hari Persekolahan01.03.201110.03.2011
8
Cuti Pertengahan Penggal11.03.201119.03.2011
9
Hari Persekolahan20.03.201131.03.2011
10
Hari Persekolahan01.04.201130.04.2011
20
Hari Persekolahan01.05.201126.05.2011
20
Cuti Pertengahan Tahun27.05.201111.06.2011
16
II
Hari Persekolahan12.06.201130.06.2011
15
Hari Persekolahan01.07.201131.07.2011
21
Hari Persekolahan01.08.201125.08.2011
19
Cuti Pertengahan Penggal ke II26.08.201103.09.2011
9
Hari Persekolahan04.09.201130.09.2011
20
Hari Persekolahan01.10.201131.10.2011
22
Hari Persekolahan01.11.201117.11.2011
13
Cuti Akhir Tahun18.11.201131.12.2011
44
Jumlah
288
Jumlah Hari Persekolahan Termasuk Cuti Am
210
Jumlah Hari Cuti Penggal
78

Kumpulan B
Penggal
Cuti dan Hari PersekolahanMulaAkhir
Hari
I
Hari Persekolahan03.01.201131.01.2011
21
Hari Persekolahan01.02.201128.02.2011
20
Hari Persekolahan01.03.201111.03.2011
9
Cuti Pertengahan Penggal12.03.201120.03.2011
9
Hari Persekolahan21.03.201131.03.2011
9
Hari Persekolahan01.04.201130.04.2011
21
Hari Persekolahan01.05.201127.05.2011
20
Cuti Pertengahan Tahun28.05.201112.06.2011
16
II
Hari Persekolahan13.06.201130.06.2011
14
Hari Persekolahan01.07.201131.07.2011
21
Hari Persekolahan01.08.201126.08.2011
20
Cuti Pertengahan Penggal ke II27.08.201104.09.2011
9
Hari Persekolahan05.09.201130.09.2011
20
Hari Persekolahan01.10.201131.10.2011
21
Hari Persekolahan01.11.201118.11.2011
14
Cuti Akhir Tahun19.11.201101.01.2012
44
Jumlah
288
Jumlah Hari Persekolahan Termasuk Cuti Am
210
Jumlah Hari Cuti Penggal
78

Semoga tahun 2011 membawa kejayaan dan kebahagiaan kepada diriku sebagai pendidik, semoga aku dapat menjadi seorang guru yang amanah dalam mendidik pelajar-pelajarku dan dapat melaksanakan tanggungjawab yang diberikan dengan sebaik mungkin. InsyaAllah..

Monday, December 13, 2010

Kembali

Assalamualaikum..

Dapat kembali menulis di blog kerana kesempatan masa dan broadband tetiba dapat membuka blog.. Beberapa bulan kebelakangan ni, line broadband sangat teruk. nak buka blog pon tak boleh..

Namun sebenarnya, ada banyak cerita nak dikongsi bersama, tapi tak terdaya nak menulis di samping kesibukan kerja. Harapnya tahun mendatang akan membuka lebih peluang untuk menulis.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...