Tuesday, December 21, 2010

Renew/Memperbaharui Road Tax Kereta



Bulan Disember datang lagi...

Selain daripada cuti sekolah, bulan Disember merupakan bulan untuk membayar road tax. Road tax Snowy Hedwig (panggilan kengkawan untuk keretaku yang comel tu) tu berakhir 16 Disember yang lalu.

Saya tak pernah membayar sendiri road tax kereta kerana tiap tahun diuruskan oleh Encik Suami. Lagipun jalan ke bank tu pun saya tak tahu (kerana berada di negeri lain). Tahun ini, suami saya ada perlawanan badminton di Terengganu. Jadi urusan ini harus saya bereskan sendiri.

Saya bernasib baik kerana akak penjual kereta dulu, menghantar SMS, mengingatkan tentang tarikh renew road tax dan menawarkan bantuan mempebaharui. Settle kerja. Tak perlu pergi beratur panjang-panjang dan dapat rilex kat rumah. Sehari aja dah siap dan boleh pi ambik kat akak tu.

Road tax + insurans + kos akak tu = RM 1112.00. Akak tu cuma caj RM 2.00. Terasa sayang mengeluarkan duit sebanyak tu dalam sekelip mata. Duit kut (duit kutu) yang saya perolehi dulu RM 1000.00 masih elok tersimpan dan digunakanlah. Saya telah berjanji duit kut tu hanya untuk bayar road tax.

1 comment:

  1. Salam

    Meh la.. paste gambar Snowy Hedwig tu.
    Saya yang bendul ni pun pi la search kat google.. yg banyak gambar burung hantu la.. hehe

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...