Ni adalah koleksi mesin jahitku.
 |
Brother Innovo-is 30 |
Mesin jahit pertama yang dibeli. Beli pada tahun 2012. Saya mula menjahit sebab geram tengok baju budak perempuan comey comey tapi mahalnya. Design simple aja. Sejak tu kuatkan hati beli gak walaupun waktu tu tak pandai menjahit. Harga masa tu RM 1200.
Review :
Amat berbaloi dibeli. Terutamanya untuk beginner macam saya. Ada 50 corak jahitan. Kalau nak jahit butang pon boleh sebab siap dengan tapak dia. Paling best sebab boh benang dalam jarum auto. Kelajuan boleh ekjas. Nak lambat macam siput or nak laju.
 |
Brother Lock 3034d |
Mesin kedua yang dibeli. Bila dah start jahit baju, mestilah asyik kena jahit tepi kan. Letih betul berulang alik ke kedai jahit tepi kat Tmn Selasih tu membuatkan saya tekad nak beli juga mesin jahit tepi. Kalau tengah tengah malam mai mood nak jahit kan terbantut bila kain tak jahit tepi lagi. Haha
. Alasan... Lagipon mesin ni boleh jahit halus dan boleh jahit tepi. Harga RM 1100. Masa tu penghujung 2012. Harga sekarang RM900.
Review :
Berbaloi baloi sebab tak perlu p kedai untuk jahit tepi. Kalau nak guna untuk jahit halus kena pandai main setting untuk dapatkan jahitan yang bulat dan kalau nak bagi rapat kena pakai 4 benang. Tapi last last dah fed up guna untuk jahit halus sebab x cantik kerana selalu ubah setting untuk jahit tepi juga. So decide nak sambar sebiji lagi mesin. Yang ini buat jahit tepi saja.
Sekarang lagi berbaloi sebab banyak jahit lycra semua jahit pakai ni aja. Pakai 4 benang.
 |
Juki MO 2300 |
Mesin ketiga yang dibeli. Jenama juki dan ambik mesin industri sebab banyak review kata best. Waktu ni menggila jahit shawl dan tudung. Sempat berbiznes jahit tudung dengan semangat nak cover harganya RM2200. Tapi ngandung pula lepas tu terus slow production n stop terus.
Review :
Jahitan sangat cun. Namun tak cunnya malas betui den nak tukaq dan pasang benang. Complicated sikit. Memang puas hati bila jahit tepi tapi still kalau pakai untuk jahit sendiri macam terover aja bila compare dengan kosnya. Apa pun janji hati senang sebab jahitan tudung sangat cun.