Thursday, April 27, 2017

Buku log aktiviti

Orang lain dah lama ada buku log aktiviti. Dulu masa pegang pss ada juga buku log. Biasanya pihak pentadbir dan staf ada buku log yang merekodkan aktiviti seharian depa.

Ada juga kawan yang buat, sebab nak naik dg. Saya belum terbuka lagi masa awal tu. Tapi sekarang macam seronok pula nak buat. Lagipon pengetua sendiri pon kata cuma letak gambar n caption sikit. Tak perlu tulis detail sangat. (Sebab dia pon buat macam tu aja).

Jadi berinspirasikan buku log pengetua, saya pon nak buat buku log. Tapi tak mau gambar yang susunan macam biasa.. sebab dah selalu sangat buat dokumentasi, tak mau la format yang sama. Jadi saya try n error la.


Ni masa mula2, lebih macam scrapbook.


Ni hasilnya utk minggu ni. Dah print bru perasaan. Minggu depan boleh letak tarikh bawah minggu tu. Baru cun.. saya puas hati juga dengan format ni.. puji diri.sendiri la.. hee.

Plan saya nak letak dalam fail plastik nipis tu aja. Seminggu sehelai aja.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...