Friday, January 20, 2017

Review laptop hp pavillion x2.

Pro
Laptop hp ni sangat ringat dan bersaiz kecil. Jadi sangat mudah nak dibawa kemana-mana. Warnanya merah juga sangat saya suka.

Detachable. Jadi boleh feeling kekonon pakai tablet. Kalau tgok movie, memang pegang ala tablet la. Usb, hdmi, audio jack semua di bahagian screen jadi kalau tak bawa keyboard tu pon takpe. Kalau dalam kelas saya bawa screen saja.

Cons:
Lubang USB satu sahaja. Jadi kalau cucuk pendrive dah x leh nak cucuk wayar printer.

Micro hdmi.jadi saya terpaksa beli cable micro hdmi baru bila nak disambungkan dengan projektor lcd.

Kekurangan paling nyata yang menyebabkan saya nak beli laptop baru adalah kerana ruang penyimpanan yang kecil. 28gb saja. Sejak external storage saya rosak dan saya hilang semua dokumen dan gambar2 pada tahun lepas, semuanya sekarang saya backup dalam google drive or google photo. Dan saya juga buat google drive offline. Maksudnya file yang disimpan di google drive juga ada di laptop untuk memudahkan kita buat kerja sekiranya tiada capaian internet. Segala perubahan file akan disync dengan serta merta. Tu yang bestnya. Yang tak best, kapasiti laptop ni tak mampu nak tampung tu.. kalau tak buat google drive offline, boleh aja letak di sd card.










No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...