Saturday, January 30, 2016

Laksa noxxa


Teringin nak makan laksa. segalanya mudah dengan Noxa. Malas betul nak taip resepi. Ni laksa utara naa.



ni hasil dari kebun sekangkang kera...
niposted from Bloggeroid

Thursday, January 28, 2016

Free sample sampai lagi


Cetaphil shower n conditioner. Botolnya setinghi batang aiskrim.


Pampers petpet. Ni sebenarnya dapat bila saya join hometester tu. Jadi dia bg sample n kita try dan bagi feedback. Minta saiz L sebab ingatkan lambat dapat lagi walaupun sekarang Naufal pakai m aja.


Ni dapat free masa p tesco kulim. Tak pernah dapat sejak saya dok p. P tesco hari tu pon sebab nak pi mr diy. Tp alang alang dah p masuk aja round tesco. Murah rezeki kam hari tu.


Self treat. Makan aiskrim ngan dua org budak ni.

Updated

3 paket susu kambing karihome

1 paket susu lactokid + carta ketinggian + kad imbas

3 paket susu enfagrow A+

Sale micasa jan/feb 2016



Sorry iklan ni blur sikit. Tarikhnya 29 jan-
1 feb 2016.

P/s happy hour di antara jam 10-11 pagi dan 3-4 petang. Harga pinggan serendah rm1-2 sahaja.

Thursday, January 21, 2016

Deko PSS - peta I think

Sekarang dah tak ada pembantu terpaksa la mendeko sendiri pss. Cute kan peta I think ni..



Print saiz poster guna 4 helai kertas A4.




Dah siap lekat atas polisterin. Lom tampal sebab nak kena balut plastik dulu supaya tahan lama.

Plannya nanti bila waktu koko kelab pss, nak suruh pengawas buat aktiviti I think tentang pss.

Saturday, January 9, 2016

Resepi pulut kuning dan gulai ayam Noxxa.

Lamanya tak makan pulut kuning. Bila suami cakap nak makan, terus google resepi dan buat. Dengan noxxa, confident aja nak masak sendiri. Ni first time buat.

Resepi

Bahan-bahan

Beras pulut
Serbuk kunyit
Asam keping
Daun pandan
Sedikit santan pekat
Sedikit garam

Cara-cara Memasak Pulut Kuning Noxxa

1. Rendam beras pulut bersama sedikit serbuk kunyit dan sekeping asam keping selama 30 minit. Selepas 30 minit, cuci lebihan serbuk kunyit pada pulut dengan air dan tuskan.

2. Masukkan beras pulut ke dalam periuk Pressure Cooker Noxxa bersama sekeping daun pandan.

3. Masukkan air ke dalam periuk tadi sehingga paras beras pulut sahaja. Jangan lebih atau kurang.
Setkan periuk pressure cooker Noxxa kepada high pressure 5  minit. Jangan lupa untuk pusingkan tombol pressure valve atas penutup periuk kepada tanda Pressure.


4. Selepas pulut masak, . Masukkan santan yang dimasukkan secubit garam, tekan butang off dan kacau pulut. Tutup tudung periuk dan putarkan tombol ke STEAM. Set kan periuk Noxxa STEAM 2 minit.




Ni pula pasangannya gulai ayam.



Alhamdulillah, dengan noxxa semuanya cepat dan sedap.
posted from Bloggeroid

Friday, January 1, 2016

Tapak RPH/ Template RPH saya

Hasil daripada perkonsian saudari Raihan itu, saya cuba menghasilkan RPH yang telah diubahsuai mengikut keperluan saya. Saya mengajar bahasa inggeris 2 kelas, psv 3 kelas  dan p. sivik 2 kelas, jadi saya dah ubahsuai contoh rph tu supaya lebih padat untuk memuatkan semua kelas dalam satu hari ke dalam satu muka surat sahaja.



Saya nanti cuma perlu klik saja di ruangan yang disediakan, dan ada drop down menu pilihan item. jadi RPh tahun ni pastinya akan disediakan dengan lebih pantas dan kemas. Saya suka!!


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...