Saturday, January 9, 2016

Resepi pulut kuning dan gulai ayam Noxxa.

Lamanya tak makan pulut kuning. Bila suami cakap nak makan, terus google resepi dan buat. Dengan noxxa, confident aja nak masak sendiri. Ni first time buat.

Resepi

Bahan-bahan

Beras pulut
Serbuk kunyit
Asam keping
Daun pandan
Sedikit santan pekat
Sedikit garam

Cara-cara Memasak Pulut Kuning Noxxa

1. Rendam beras pulut bersama sedikit serbuk kunyit dan sekeping asam keping selama 30 minit. Selepas 30 minit, cuci lebihan serbuk kunyit pada pulut dengan air dan tuskan.

2. Masukkan beras pulut ke dalam periuk Pressure Cooker Noxxa bersama sekeping daun pandan.

3. Masukkan air ke dalam periuk tadi sehingga paras beras pulut sahaja. Jangan lebih atau kurang.
Setkan periuk pressure cooker Noxxa kepada high pressure 5  minit. Jangan lupa untuk pusingkan tombol pressure valve atas penutup periuk kepada tanda Pressure.


4. Selepas pulut masak, . Masukkan santan yang dimasukkan secubit garam, tekan butang off dan kacau pulut. Tutup tudung periuk dan putarkan tombol ke STEAM. Set kan periuk Noxxa STEAM 2 minit.




Ni pula pasangannya gulai ayam.



Alhamdulillah, dengan noxxa semuanya cepat dan sedap.
posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...