Friday, October 24, 2014

Resepi Bihun Goreng Pressure Cooker Noxxa



Ni bihun yang sudah masak.. Sedap n cepat.

Bihun tak perlu direndam, just campak semuanya ke dalam periuk.
Resepi Bihun Goreng Pressure Cooker Noxxa 
Bahan-bahannya:
  • 2 tsb minyak untuk menggoreng
  • 1 Bungkus bihun (basuh dan toskan---tak perlu rendam)
  • 10 ekor udang sederhana besar (dibuang kulit) tak letak pun sebab takde stok
  • 2 camca besar cili kisar  (nak lagi pedas..sila tambah)
  • 4 tsb sos cili
  • 6 tsb kicap lemak manis (boleh diabaikan)
  • 3 biji bawang merah-dihiris halus
  • 2 ulas bawang putih-dihiris halus
  • 3 pokok sawi (cuci besih dan potong)
  • 2 cwn taugeh (cuci bersih dan buang ekornya)
  • 1 keping tauhu (goreng dan dadu)
  • 2 biji telur (dibuat telur hancur)
  • Fish ball dan fish cake- boleh ditambah...
  • Segenggam udang kering-diblender kering tak letak sebab hubby alah dengan udang kering
  • Garam dan perasa secukupnya
  • Daun bawang dihiris halus
  • Cili merah-dihiris halus
  • bawang goreng untuk hiasan


Cara-cara membuatnya:-
  1. Masukkan minyak kedalam periuk
  2. Tekan fungsi "STIR FRY" dan ON untuk memanaskan minyak
  3. Bila minyak telah panas, tumiskan bawang merah dan bawang putih hingga naik bau dan kekuningan
  4. Kemudian masukkan cili kisar, sos cili dan kicap
  5. Kacau rata dan masukkan udang kering, biar masak sekejap
  6. Masukkan udang dan kacau (juga boleh ditambah serbuk lada hitam, jika suka)
  7. Masukkan 2 cwn air kedalam periuk dan biar mendidih..perasakan dengan garam dan serbuk perasa..
  8. Kemudian masukkan bihun dan sayur , kacau rata...
  9. OFF kan fungsi "STIR FRY"
  10. Tutup periuk dengan ketat dan pastikan tombol berada dikedudukkan STEAM (tombol akan terangkat)
  11. Tekan fungsi "STEAM" selama 2 minit dan tekan ON
  12. Biarkan sehingga 0, secara automatik akan berada di fungsi WARM/PREHEAT
  13. Buka penutup periuk, sekiranya tidak boleh buka biarkan seketika sehingga semua wap keluar atau OFF terus, selepas itu baru buka penutup (sekiranya tekanan atau wap masih ada didalam periuk, penutup agak sukar dibuka)
  14. Kacau bihun sehingga rata, dan kalau inginkan bihun agak kering sedikit, tekan fungsi STIR FRY dan ON dan kacau bihun semula (seperti menggoreng bihun secara guna dapur biasa.)
  15. Bila telah betul-betul berpuas hati dengan kejadiannya, bolehlah hidangkan bihun dengan taburan tauhu, telur hancur, daun sup dan daun bawang serta bawang goreng
  16. Boleh tambah cili kicap atau sos...terpulang pada selera masing-masing

Resepi asal : honey lemon


3 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. HANYA JAUHARI MENGENAL MAKNIKAM! Rugi taw sape takde periuk ajaib. Usahakanlah dapatkan satu. Siapa yg teringin nak piuk noxxa tuh..mai beli ngan ibuyati. RM670-lengkap ngan beratus resepi noxxa dlm 4 ebook di hantar tru email. Laku keras piuk nih...Biasa ibuyati jual rm720. Katalog price RM788.65. 1 june 2017 harga baru ye...tak jadi naik june 2016 lepas. Pm 019-2494819. harga ahli rm657.20. Harga ahli baru RM614.80. Jadi ahli lah yg terbaik! Pm 019-2494819

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...