Wednesday, June 3, 2015

Kek aiskrim kit kat


Inilah resepi kek aiskrim kit kat. Sangat senang nak membuatnya. Saya rujuk caranya  di sini.

Kredit : http://ezstoree.blogspot.com/

Bahan-bahan dia :

Loyang 22"
Coklat KitKat 2Jari - 20pcs (saya guna loyang 20", kena guna 15 pcs  kit kat)
Kek Span biasa [untuk based & belah tengah]
Ice Cream pilihan
Marshmallow (tak guna pon)
Serbuk Oreo
Coklat taburan pilihan (saya guna M&Ms)

1. Susun coklat KitKat keliling Loyang.
2. Susun kek span untuk jadi alas, boleh potong2 utk muatkan dalam loyang
3.Ceduk ice cream+tabur marshmallow+oreo
4. Susun kek lagi untuk jadikan 2 layer
5. Lepas tu wa ceduk lagi ice cream+tabur marshmallow+oro
6. Bekukan sekurang-kurangnya 1 malam untuk pastikan ice cream betul-betul beku dan keras..!
7. Bila dah keras sepenuhnya, bolehlah tanggalkan tepi loyang tu, hiaskan ikot coklat taburan pilihan anda..:)



dah cair sikit, tapi Nyummy...



Tips :

1. mesti pakai loyang boleh tanggal dasar supaya senang nak keluarkan kek.


2. pastikan kit kat mencukupi supaya susunan keliling kek adalah rapat.
3. jangan terlampau tekan aiskrim n kek, sebab nanti dia jadi meleleh keluar di celah-celah Kit kat, dah tak cun.

Reviews :

1. Sangat senang nak buat, prep time pon singkat.
2. Sangat manis, sebab ada Kit kat n gula2 kat atas.
3. Bila simpan lebih dari 3 hari guna M&Ms tu dah turun warna, especially yang warna biru.
posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...