Friday, March 16, 2012

Gila Online


Sumber : pak Google

Aku mempunyai banyak kegilaan dalam beronline.


1. Awal mengandung - sibuk mencari tentang pengalaman mengandung orang lain (Mac-Sept 2011)
2. Menjahit langsir tingkap - berjaya membuat langsir tingkap dan bantal ngan jayanya. Entry pasal ni dah lama terperuk. (Mei-Julai 2011)
3. Mencari review tentang set selepas bersalin. (Sept-Nov 2011)
4. Maklumat tentang penyusuan ibu dan gadgetnya (Sept-Nov 2011)
November balik berpantang di kampung, terputus hubungan terus dengan dunia maya.

Februari balik ke rumah sendiri. Kembali berinternet. Secara berleluasa.

5. Set penambah susu (Feb 2012) - susu kurang meriah + nak wat stok susu
6. Bercloth diaper - rambang mata, akhirnya terbeli juga sebab tengah promosi. (Feb 2012). Sampai kini belum diguna. Shhhss...
7. Toys untuk Nurin - hasil blogwalking sana sini. (Feb-Mac 2012)
8. Proses tanam sendiri rumput karpet Feb-Mac 2012) - teruja sebab geram tengok gardenku dah jadi garden lalang.
9. Gadget penyusuan untuk ibu bekerja (Mac 2012) - nak pam di sekolah juga.
10. Survey gambar pintu pagar dan tembok rumah. (Mac 2012)
11. Jenis-jenis bunga dan skodeng taman-taman orang di blog- nak berkebun bunga pula. Mak aku datang dengan membawa pelbagai anak benih bunga. penat bercangkul. (Mac 2012)
12.Usha Cd lagi. - terbeli lagi 2. promosi murah giler. (Mac 2012)
13. Kebun sayur - ada 3 tayar belum diisi oleh pokok. Mak kirim beberapa pokok untuk ditanam. Cari info cara nak buat patch sayur, kompos dan penjagaan (Mac 2012)
14. join group FB - breastfeeding, Cds ngan tanaman.
15, cari rompers + leg warmers paling murah. (Mac 2012)
16. Baju menyusu (Mac 2012) - smbil tambah koleksi baju..



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...