Main kutu? Dulu waktu kecik-kecik aku cukup takut nak tido dengan sedara atau kawan-kawan sebab mak kata takut dapat kutu.. Tapi ni aku nak cerita kutu lain.
Main kutu ataupun orang kampung aku (kat Kedah nun) panggil main kut. (alahai, tak sebut satu 'u' kat belakang tu aja). Main kutu ni adalah bila kita membentuk satu kumpulan dan setiap ahlinya akan menyumbang sejumlah wang setiap bulan. Bila tiba giliran kita untuk mendapat kutu, kita akan mendapat semula semua jumlah wang yang kita dah sumbangkan. Giliran mendapat kutu ini ditentukan atas persetujuan bersama. Antaranya mengikut tarikh membayar road tax ataupun bila nak pergi bercuti. Contoh main kutu adalah mudah, andaikan kumpulan kutu kita ada 10 orang dan setiap orang menyumbang sebanyak RM 100, jadi jumlah kutu yang kita akan dapat adalah sebanyak RM 1000.00.
Main kutu juga secara tak langsung mendidik kita untuk menyimpan secara teratur setiap bulan. Tapi kita kena pastikan ahli kumpulan kutu kita boleh menyumbang setiap bulan. Ada kes yang bila seseorang tu dah dapat duit kutu awal, lepas tu dia tak nak main lagi. Mana boleh macam tu!!
Aku cerita tentang main kutu ni sebab aku baru saja join main kutu. Baru bayar kali pertama dan aku memilih nak dapat kutu akhir sekali iaitu pada bulan Oktober sebab nak bayar road tax kereta.
Aku juga dapat tahu yang pelajar kelas aku Tingkatan 3 pun main kutu. Depa main sehari RM 1.00 dan dibuat 2 minggu sekali. Bagus betul budak-budak ni. Kecik-kecik lagi dah pandai menabung.