Thursday, July 27, 2017

Batik resis Tingkatan 3

Objektif hari ini ialah murid dapat menghasilkan batik melalui teknik resis.
Teknik resis ialah menggunakan bahan yang tidak bercampur air seperti krayon atau lilin dengan warna air/warna poster.

Bahan/alat:
Warna air/poster
Berus lukisan
Palette warna
Bekas air
Krayon/lilin
Kertas lukisan

Aktiviti:
1. Murid melakar gambar yang dikehendaki di atas kertas lukisan.
2. Murid mengikut garis lakaran dengan menggunakan lilin/krayon.
3. Murid mewarnakan dengan warna air/poster.

Ini aktiviti murid saya di kelas 3 waja.


Sunday, July 23, 2017

PSV : Logo, Pengiklanan, Pembungkusan


Bidang : komunikasi visual
Tingkatan : 3
Topik 
1. Logo
2. Pengiklanan (poster)
3. Pembungkusan.

Ini adalah sebahagian daripada hasil ketiga-tiga topik ini yang saya buat dengan murid-murid kelas saya. 

Pada minggu pertama mereka harus memilih satu produk dan menggunakan logo produk tersebut secara berterusan untuk mingu-minggu seterusnya.



Sunday, July 16, 2017

PSV : Menghasilkan komik


Topik : Komik
Kelas : 3 Waja
Objektif :
1. menghasilkan komik ringkas bertemakan alam persekolahan.


Guru menayangkan nota dan tugasan yang perlu dilaksanakan

Saturday, July 8, 2017

Clearance Sale Nagoya


Selesai daripada ujian kemasukan Darjah 1 Nurin, saya mengajak suami ke Nagoya Seberang Jaya. di Aeon (carefur lama) kerana terbaca status facebook akwan yang Nagoya tu bakal ditutup dan kainnya dijual separuh harga.

Harga kain memang separuh harga, tapi dah tak banyak pilihan. kain yang biasanya RM8-11 tu dijual dengan harga RM3. Kain satin RM8-12 tu dijual dengan RM3 juga, tapi kena pandai pilih, sebab ada yang jenis nipis tu.

Apapun ,saya seperti biasa sempat merembat beberapa kain yang sesuai. Termasuklah kain langsir.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...