Friday, July 29, 2016

PSV : Arca

PSV : Arca
Tingkatan : 2Waja
Bahan : plaster of paris, acuan, bekas dan camca.

Hari ni buat topik arca menggunakan acuan dan plaster of paris. First time buat ni. Memang best sebab sekejap saja dah siap. Tak sampai 5 minit selepas bancuhan dituang di dalam acuan. Pelajar pun seronok. Kelikatan bancuhan macam kita buat cucur tu. Tapi bila dah bancuh mesti cepat cepat tuang sebab nanti dia makin likat dan terus mengeras.

Ni la hasilnya.







P/s lebih baik buat di tempat terbuka dan berdekatan paip air. Budak akan tumpahkan plaster (macam tepung), takpun bila plaster mereka tak jadi, mereka akan pecahkan gitu saja. Aiyoo, satu hal nak berkemas.

Nasib baik kp seni nak bagitau hari tu. Katanya ada sekali tu cikgu tu buat di bilik seni dan basuh di sinki, terus tersumbat sinki bilik seni sebab budak tuangkan bancuhan tu dalam sinki.

Thursday, July 28, 2016

Gadget baru Pdp - beli projektor Epson dan mirascreen

Dah lama pendam hasrat nak dapatkan projektor ni. Dulu asyik tertangguh sebab kononnya boleh guna tv lcd samsung besar di bilik tayang. tapi sejak tukar laptop yang tiada point vga dan ada hdmi saja, terus usaha murni terbantut. Maka berkira-kiralah saya nak dapatkan projektor sendiri. Kebanyakan rakan-rakan saya pun masing-masing dah ada yang sendiri.

Maka, dengan rezeki tunggakan kenaikan ke DG44 hari tu, memang saya niatkan nak beli projektor ni. Mulanya nak beli di kedai tapi memandangkan sukar nak pergi survey di kedai dan Lazada menawarkan harga yang lebih murah, saya beli di Lazada saja. Pernah tengok web Harvey Norman harganya RM1399 dan di Lazada untuk model yang sama harganya cuma RM1188 sahaja. dapat juga diskaun RM20. penjimatan yang berganda iaitu RM211 ! dan semuanya di hujung jari sahaja.


Pada masa yang sama, saya juga beli alat Mirascreen. Alat ni berfungsi sebagai wireless yang menyambungkan laptop / handphone / tablet kita ke projektor/tv tanpa wayar. Jadi seorang cikgu tu dapat bergerak bebas di dalam kelas dengan membawa tablet sahaja. Selain tu, cikgu juga boleh snap gambar buku / latihan yang nak ditayangkan dengan menggunakan camera handphone dan terus ditayangkan. Walla... Alat ni ada dijual di Lazada, tapi boleh didapatkan dengan harga yang lebih murah di Lelong. 

Perkongsian Template RPH / Tapak RPH Automatik

Selepas peristiwa external drive rosak hari tu, terpaksa membuat semula RPH automatik yang baru.
Selama 2 minggu tak dapat hantar RPH kepada pentadbir disebabkan kesibukan menguruskan pelbagai program. Nasib baik pentadbir faham dan sekolah tak dilawati oleh sesiapa.

Jadi, hari ini sebagai langkah membackup dan mengsharing, saya kongsikan RPH versi 2. RPH saya cume untuk mata pelajaran Bahasa Inggeris dan PSV sahaja. Telah diperbaiki dengan menambah unsur KBKK, i Think dan PBS. Silakan untuk mendownload ya.


Template-RPH-Automatik


Jika mahu costumize sendiri, boleh lihat di page saya ini tentang cara menukar item tersebut. 
http://bintangzue.blogspot.my/2015/12/perkongsian-rph-template-tapak-rph.html bersumber asalkan daripada laman blog Cikgu Raihan 

Ni pula, template log aktiviti GPM.



Penyelesaian external drive rosak




Di kala kesibukan membuat video untuk gimik bulan galakan membaca 2016, saya dikejutkan dengan kerosakan external hardisc saya. HUU.. Tanpa BACKUP di tempat lain.

External hardisk tu la yang mengandungi segala gambar dan dokumen dan software yang pelbagai dek kerana laptop sekarang ruangan storagenya yang sangat terhad.

Tuesday, July 19, 2016

PSV : Kaligrafi

Tingkatan :3
Topik: Komunikasi visual - kaligrafi
Alatan : pen kaligrafi, kertas a4

Aktiviti:
Memberi penerangan tentang kaligrafi.
Guru meminta pelajar menulis pantun/sajak menggunakan kaligrafi.









Pen kaligrafi. Dibekalkan oleh panitia sek. Kalau di kedai buku pon ada. Range harga dalam rm5.++.

Aktiviti psv ni saya upload sebagai panduan saya dan guru psv baru lain. Saya bukanlah major/minor dalam subjek seni visual. Jadi dari semasa ke semasa saya mencari topik dan idea untuk pdp di dalam kelas. Tak banyak weblog atau fb yang berkongsi pdp psv. Jadi saya berharap perkongsian yang tak seberapa ni, dapat membantu guru yang memerlukan.

Thursday, July 14, 2016

22 Resepi Menggunakan Periuk Noxxa


Resepi ni semua di save dari fb Noxxa -periuk ajaib. Senang simpan sini untuk rujukan di masa akan datang.


Monday, July 11, 2016

Arnab - pet baru

Suami pergi beraya di rumah kawan dia dan belikan arnab yang sangat comel ni. Sepasang rm40.

Kami dah namakan yang coklat tu HAZELNUT dan yang putih tu QU PUTEH. Badan rabbit ni sangat gebus, mungkin baka angora.

Entahlah saya tak pernah membela rabbit. Rabbit ni kata husband dah berusia 2 bulan. Yang putih tu aktif dan asyik meneroka persekitaran. Yang coklat tu pasif sikit. Sekarang depa just duduk dalam sangkar kucing tu dulu. Makan dengan lahapnya pallet yang diberi terutamanya qu puteh.


Monday, July 4, 2016

Biskut raya tahun ini

Seperti biasa. Biskut yang wajib ada adalah samperit. Baru buat satu adunan, dah habis sebekas. Dihabiskan oleh sang suami dan anak anak. Terpaksa buat dua adunan lagi huhu..











Sambil tu tahun ni first time buat popia nestum. Simpan sini resepi ni. Tahun depan boleh buat lagi.

Ketupat raya siap


Pejam celik dah dekat nak raya. Sehari aja lagi bulan ramadhan. Sangat cepat masa berlalu tahun ni.

Apapun, ketupat dah dibalut pagi ni.

Ketupat pulut daun palas versi jantan.. hee

Saturday, July 2, 2016

Testing baju raya nurin n naufal




Ni baju testing aja.. first time wat kurta utk naufal memang terbesar leher dan papan bahu terbesar.

Baju nurin pula ukuran bahu besar n kain singkat. Mulanya kain pakai ketat. Tp lepas tu yang tambah godet. Jadi kembang skirt la.. kena alter la baju2 depa nih.





Ni testing baju raya. Tema kali ni emerald green, dipadankan dengan pink belacan.Baju lom gosok lagi. Alhamdulillah, sebab ada baju testing, jadi tak perlu banyak alteration kena buat utk baju nurin. Baju naufal sebab first time wat leher cekak musang, dua tiga kali juga buat.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...