Thursday, February 25, 2016

Review printer Canon MP285

Beli printer baru sebab tahun ni memang RPH bertaip dan boleh pakai fail. Jadi memang nak kena print setiap hari. Di rumah memang dah tak buat la keja sekolah.

Lepas, beberapa hari mengoogle dengan gigihnya, antara printer pilihan hati adalah tetap canon sebab kualiti print gambarnya memang terbaik. Harga RM349 termasuk CISS kat tepi tu. beli di Neurox, Printer Specialist Seberang Jaya.

Review..
Awsome.



Perbezaan warna dan kualiti print,
Kiri : Canon mp285,  Kanan : Brother 


Saturday, February 20, 2016

Buat tulang fail yang cantik

Tahun ini berazam failing mau mantap. Dengan gigihnya survey di merata tempat nak beli rak buku yang slim dan muat untuk letak fail. Sebelum ni guna yang rak tesco yang warna warni tu aja, tak muat nak letak buku saiz A4, apatah lagi fail putih keras ni.

Namun, ada rezeki di Giant, rak buku ni dapat dibeli dengan harga RM132. Memang slim sebab tempat duduk saya di tengah, jadi memang tak boleh rak yang besar.

Dah susun fail cantik-cantik, kita buat tulang yang comey pula untuk dia.




Monday, February 1, 2016

Setting mesin jahit tepi halus Juki





Lama sudah tak menjahit tepi sejak frust jahitan sudah porak peranda akibat tombol yang dipulas oleh Naufal dan Nurin. Jadinya jahitan jahit tepi halus memang out. Konon saya godeklah mesin tu sendiri dengan harapan akan okay. Lagi frust sebab sampai ke sudah tak cantik langsung jahitannya.

Gambar tombol sebelum panggil technician datang.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...