Saturday, June 12, 2010

Filem kegemaran aku




Confession of Shopaholic
DITAYANGKAN :
Mac 2009
SINOPSIS :
Filem ini mengisahkan tentang Rebecca Bloomwood seorang shopaholic - seorang yang gila membeli belah. Dia berhadapan dengan masalah hutang yang amat teruk disebabkan sikapnya yang terlalu kerap membeli barang berjenama menggunakan kad kredit. Masalahnya bertambah serius selepas syarikat penerbitan dia bekerja, Gardening Today gulung tikar. Lalu memulakan kerja baru di syarikat penerbitan Succesful Saving dan berkenalan dengan Luke Brandon yang akhirnya menjadi buah hatinya. Masalah mula timbul bila, Derek Smeath, seorang pengutip hutang yang bekerja keras untuk mengutip hutang Rebecca. Banyak perkara terjadi namun akhir berjaya diselesaikan oleh Rabecca dan berakhir dengan kesudahan yang bahagia di antara Luke dan Rebecca.
KOMEN :
Filem ini mampu membuatkan aku senyum malah ketika babak Luke dan Rebecca menari aku ketawa. Filem ini jenis komedi romantik ringan yang tidak memerlukan penonton banyak berfikir. Selain itu, lagu iringan filem juga amat menarik antaranya Don't Forget Me - Macy Gray dan Girl Just Wanna Have Fun - Greg Laswell.

Filem ini mendapat banyak kritikan kerana ia ditayangkan semasa berlakunya krisis ekonomi di Amerika Syarikat. Selain itu, peminat novel Sophie Kinsella ramai yang tidak berpuas hati kerana filem ini cuba memadatkan 3 buah novel di dalam satu filem yang durasinya hanya 1 jam 45 minit.

Nanti aku sambung...


Madagascar 2 : Escape to Africa
Lord of the Rings trilogy
Slumdog Millionaire
Avatar
Home Alone 3
Baby's Day Out
2 fast 2 Furious
Up
Shrek
13 Going 30
Twillight














No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...