Friday, December 26, 2014

Nurin's new dress

This is Nurin favourite fabric - ice creams!!

She really love the fabric and when I showed her the first time, she squeled with delight and later I spotted her stashing the fabric in her bag and played with it.

Let see her antics when I asked her to try the dress.









Terukkan kualiti camera kat hp ni.. nak beli hp baru.. huhuu..
















Thursday, December 25, 2014

What People Do?

Form 2 What People Do?

lesson materials




Vids

previous entry here

conversation and questions here

 debate lesson plan here

Who R u? career assessment test here

find more info http://www.mynextmove.org/

Review pressure cooker noxxa

Dah lama teringin nak beli pressure cooker ni. Sibuk aja nak post padahal dah buat entry 1st time cuba PC ni waktu masak bihun goreng dulu tu.

REVIEW :
 Memang tersangat best and memang saya recommended kepada sesapa yang berangan nak beli. Terutamanya kalau anda peminat tegar sup tulang macam suami saya.

Macam-macam masakan boleh dibuat dengan masa yang cepat. Kalau famili saya datang, saya masak nasi dalam ni saja, hanya High pressure 7 minit utk 6 pot beras . saya rasa boleh isi sampai 8 pot beras kot.

but yang penting bagi saya, kena ada buku resepi or panduan nak guna. sebab nak guna berapa minit dan menu mana yang sesuai tu yang penting.

alhamdulillah saya dapat buku resepi yang dikompail oleh chef ritz dan saya juga join 2 group Fb - Resepi Periuk Noxxa dan Geng Masak Kasih KITC yang banyak share resepi dan cara guna.

Secara kesimpulannya MEMANG TERBAIK!!!

ni masa pertama kali keluar dari kotak



latest sup tulang.. hanya 30 minit

Friday, December 12, 2014

Resepi bun/roti manis guna breadmaker.

Dah cerita tentang breadmaker di sini. Jadi hari ni kita cuba buat roti pulak.

Pertama kali sebelum guna.

pertama sekali nak guna kena bersihkan bahagian dalam breadmaker tu, kemudian basuh pan roti tu dengan air dan sabun. setelah bilas dan lap kering, guna mode bake no 12 untuk bakar kosong selama 10 minit. dia setting sejam tapi bila dah cukup 10 minit saya tutup la suis sebab dia dah berasap.. haha dalam hati piii.... dah rosak ka. bila on semula, ok aja pon.

Bila guna

Semua bahan dah tersedia. dengan lafaz Bismillahirahmanirrahim saya masukkan yis yang dah dibancuh. masukkan bahan basah dan diikuti bahan kering. dengan confidentnya masukkan ke dalam BM lepas tu on. dia bunyi teet teet dan display XXX.

oh my.. apa pulak ni,. dah panik. check manual. alamak, lupa masukkan mata uli tu. huu.. terpaksa tuang semula aduan dan masukkan blade uli tu. still bunyi dan display xxx tu. google tak ada jawapan.

last last, dah bengang sebab 10 minit dok bunyi jugak, kita ketuk dia dengan 'kasih sayang'. bila on semula terus dah ok. haha..

resepi dar sini. Resepi asal dari FB Liza Othman.

Bahan-bahan
  • 1 biji telur campurkan dngn air sejuk,jadikan jumlahnya 265ml/gm
  • 500gm tepung roti (400gm tepung roti + 100gm tpng gandum pun boleh)
  • 40gm susu tepung (guna susu Dutch Baby Naufal- haha.. sebab lupa beli)
  • 100gm gula kastor
  • 11gm yis atau sepeket yis  (saya guna jenama Mauripan)
  • 80gm marjerin@butter (pernah terbaca nak sedap guna Majerin Pelangi)
  • 1 sudu kecil bread softener
  • 1 sudu kecil bread improver (tak guna pon)

Cara-cara (Kaedah Breadmaker)
  1. Masukkan semua bahan ke dalam breadmaker mengikut urutan bahan basah kemudian bahan kering.                                                                                                                                      (saya bancuh yis dengan 1sk gula dan sedikit garam dan air suam. kalau berbuih yis hidup dan boleh meroti)
  2. Pilih setting DOUGH dan biarkan menguli sehingga siap. (Dia uli dalam 50 minit kot, lepas tu dia stop, biar doh kembang). Biarkan doh naik kembang lebih kurang 1 1/2jam atau lebih kemudian uli semula. Tumbuk2an untuk mengeluarkan angin.
  3. Bahagikan bulat2 kecil lebih kurang 50gm (sebiji saja saya timbang, yang len agak-agak) setiap satu kemudian susun ke dalam loyang yang telah digris dgn marjerin dan tepung. Biarkan naik sekali ganda lagi. Gliss roti dngn susu tepung yg di bancuh dngn sedikit air di permukaannya. (saya glis dengan telur + susu tepung yang dibancuh. guna saja telur dari resepi tadi sebab nak guna sikit saja)
  4. Jika suka taburkan gula kasar dan bakar suhu 180 selama 25-30min atau sehingga masak.(sebelum bakar, saya panaskan dulu oven dalam 10 minit. oven saya 30 minit tu cun dah masak kalau kali pertama bakar, loyang kedua lebih singkat sebab oven dah panas)
  5. Sejurus keluar dari oven, sapukan permukaan roti dengan butter@marjerin dan sejukkan di atas redai. (ya, baru nampak berkilat n rasa berkrim)


tengok Ina Garten dalam Food Network, dia kata doh yang bagus kena licin, doh saya ni x licin pon tapi abaikan.. hehe


dah siap roti. sedap dan gebus. makan esoknya pon masih lembut. tapi kena simpan dalam bekas kedap udara,.
posted from Bloggeroid

Tapak kelim.

Ada reader tanya rupa tapak kelim daripada entry http://bintangzue.blogspot.com/2014/04/tutorial-cara-jahit-cadar-fitted.html

Tapak kelim ni saya beli lama dah. Rasanya harga tak sampai RM5 kot. Selalu saya gunakan untuk kelim jahitan. Jadi tak perlu jahit tepi. Contohnya kat tepi cadar, langsir dan paling best, kelim kat bahagian muka shawl.


posted from Bloggeroid

Akhirnya beli juga breadmaker

Setelah lama berangan dan tunggu sale, akhirnya dapat juga breadmaker walaupun sekadar jenama Ezion, dari Giant. Harga RM 199.


ada 12 fungsi. 3 pilihan warna kerak. ada 13 jam delay timer.



 besaq gedabak. nak letak manapon tak tau ni. kalau simpan mau jadi tukun. ntah bila nak buka pula. jadi nak mengotimumkan penggunaan kena letak di luaq. sekarang tempatnya di atas kerusi meja makan di ruang tamu. haha..





Memang sama aja design bm ni dengan yang dijual di Tesco atau di Lazada. Cuma rebranding balik.

Bm ni saya beli dah sebulan lebih. Hanya terperap di dalam kotak. Tapi semalam dah cuba buat roti.

Naufal dah jaga pulak. Next entry ya.
posted from Bloggeroid

Bilik jahitku

Bilik jahitku dalam keadaan tunggang langgang... Hahaha...

ni masa alihkan almari, alihkan kedudukan mesin.. nanti kita updates kedudukan terbaru..



posted from Bloggeroid

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...