Showing posts with label Air Fryer. Show all posts
Showing posts with label Air Fryer. Show all posts

Tuesday, July 24, 2018

Review air fryer morgan digital

Dah lama dok termimpi mimpi nak beli air fryer ni.. baru hari ni ada rezeki.

Ini adalah sebahagian daripada makanan yang dihasilkan oleh air fryer saya. Paling kerap bakar ayam, goreng nugget n fries la dalam tu.







Ini lah rupanya air fryer morgan saya tu. Memang nampak sleek kan. Tambahan pula dia digital. Jadi beberapa menu utama memang dia dah set suhu n masa secara automatik.


Memang sekarang saya tak goreng ayam, nugget n fries guna minyak dah. Walaupun nugget n fries still considered as a fast food, tapi pada saya lebih sihat kerana saya mengurangkan penggunaan minyak. (Cover guilty)

Verdict
Bagi 5 bintang sebab

1. memudahkan kerja memasak. Letak aja dalam tray tu dan kita boleh p buat kerja lain.

2. Mengurangkan penggunaan minyak, jadi makanan menjadi lebih menyihatkan

3. Tray dia senang cuci dan tak melekat.

Thursday, July 19, 2018

Gadget dapur baru : Beli Air fryer Morgan digital

Dah lama teringin nak beli air fryer ni. Harga dia pon dah makin murah. Kalau nak lagi murah dalam bawah rm200 pun ada. Brand china pon boleh berkhidmat sama aja.

Sejak dalam pantang hari tu dok ikut satu group air fryer ni. Maka daku pon tergoda.. Ni groupnya


Dalam ni macam-macam resepi dikongsi, malah boleh bincang semuanya tentang air fryer.

Pada mulanya saya bercadang nak beli go shop haier air fryer yang pak nil jual tu. Harga rm269 masa biasa dan rm242 masa promo bila dia iklan on air kat tv. Sambil konon2 dok tunggu nak beli masa on air tu, saya terbaca review tentang morgan digital ni. Lebih senang sebab dia ada preset masa dan suhu. Satu lagi sebab kapasiti dia lebih besar. Morgan 3.2L, yang haier tu cuma 2.6L.

Jadi akhirnya ambil keputusan beli kat shopee. Rm267. Penghantaran cuma ambil masa 2 hari aja selepas order.



Poslaju yang hantar. Waktu dia hantar saya pergi ambil anak2 dari sekolah. Nasib baik dia call. Saya minta dia tinggalkan dalam kawasan rumah tepi pagar tu aja. Tapi dia siap letak dalam balkoni rumah lagi. Betul2 depan pintu. Terima kasihlah pos laju.

Pos laju memang akan call saya kalau saya tak ada di rumah. Hari tu ninjavan pon call. Yang tak call ialah skynet. 2 kali delivery saya memang tak ada di rumah sebab pergi ambil anak. Malasnya rasa nak kena pergi hub dia di pekan tu sebab beli plastik sampah aja pon.

Review nak guna nantilah. Kita try tengok beberapa resepi dulu.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...