Showing posts with label Jahitan. Show all posts
Showing posts with label Jahitan. Show all posts

Sunday, August 26, 2018

Tukang jahit / tailor baju bendera / baju sambutan kemerdekaan

Menghampiri bulan Ogos, pasti entry saya yang terdahulu tentang idea baju sambutan kemerdekaan menjadi popular.

Malah ada pembaca yang meninggalkan komen mencari baju untuk disewa atau mencari tailor untuk menjahit baju ni.

Pada pandangan saya mana mana tukang jahit pon boleh menjahit baju ni. Tetapi untuk pembaca saya dah screenshot beberapa fb tukang jahit n rekaan baju merdekanya. Kalau nak tempah, sila buat carian nama mereka di fb ya.
















posted from Bloggeroid

Thursday, July 26, 2018

Jahit knit tshirt

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Minggu ni dihabiskan masa dengan menjahit baju tshirt.. material yang digunakan ialah kain knit. Dua tiga tahun lepas kain knit ni mahal harganya sebab tak ramai seller yang jual. Sekarang dah banyak seller yang jual dengan harga mampu milik.

Kain knit yang saya beli biasanya pada waktu sale aja. Jadi range harga untuk kain2 macam yang saya jahit ni dalam rm20-rm25 aja. Biasanya kalau kain design baru boleh mencecah rm30. Jadi nampak kan penjimatan yang ketara di situ.

Lagipun kalau nak buat tshirt paras bawah punggung macam ni guna 1meter pon dah cukup. Kalau nak mix dengan plain pon cantik.

Ni antara hasil tshirt yang saya jahit. Saya x buat nursing pon sebab baju ni pendek saja. Walaupun ada pola beli, saya just guna pola baju kurung moden saja.



Thursday, August 24, 2017

Idea baju kebangsaan/baju bendera kanak kanak : part 2

Saya suka simpan design ni untuk rujukan masa hadapan dan sebagai perkongsian.

Namun, saya amat menyokong supaya tailor di luar sana dan ibu bapa memilih untuk menggunakan bendera malaysia sebagai inspirasi sahaja. Bukannya dipotong sesuka hati untuk dijadikan pakaian.

Pilihan di tangan anda.





Friday, August 18, 2017

Gigih melakar pola baju


Pola baju terbaru.. saya buat baju memang ada pola. Supaya senang lepas lepas ni kalau nak potong kain lagi dan ada contoh.

Malam ni, saya buat pola
1. Pola tulip labuh. Sebab kain como crepe tu color peach, jadi macam jarang aja. So bila tulip kn dia silang. Jadi x yah lining. Belakang macam kurung moden aja.

2. Pola instant ruby kalau ikut nama asal pemberi pola. Tudung instant dia sambungan dia kat tepi telinga. Ada juga yang panggil tudung scallop.

3. Pola baju kurung moden. Saiz masih sama. Tapi sebab yang lama tu dah lunyai.

4. Pola awning biasa baru. Sebelum ni ukuran awning saya 13.5 x 5. Rasa cam pendek jadi saya panjangkan ke 15 tengok la nak jadi cam mana. Lama dah x berawning ni.



Ni la pola kurung moden yang lama tu. Ni merangkap la pola jubah, pola blouse. All in 1. Banyak berjasa ni. Sampai lunyai saya kerjakan. Saya buat sekeping aja untuk depan belakang.

Jahit baju - mood kelabu

Saya memang perasan yang saya beli kain untuk dijahit memang ikut mood. Sekarang mood nak color grey aja. Ni dah siap jahit 2 pasang.. ada lagi 2 pasang color kelabu juga...


Jubah kelabu ni hasil daripada kain yang beli waktu clearance sale nagoya tu. Rm3 x 3 meter. Baru rm9.00. Tambah lace tu rm 9.80 semeter x 1.5m = rm14.80. Lis leher sedia ada. Jadi kos lebih kurang rm24 aja utk sehelai jubah.

Rupanya waktu saya pergi jahitan dan jual brg hantaran w.s kat s.petani tu, lace tu boleh dapat harga rm7.90. Jauh lebih murah. Tapi jauh la pula nak p.



Ni pula jahit baju. Beli dari nagoya juga. Bila kain berkaki macam ni memang saya suka terbalikkan baju dia. Supaya yang plain tu berada di tengah. Baru tak serabut dan penuh sangat.

Banyak lagi kain pasang yang saya beli masih belum berjahit. Tapi sekarang tengah puasa kain knit.. corak2 wow, tapi berazam nak habiskan yang mana ada dulu.

Friday, September 2, 2016

Idea baju hari merdeka/kebangsaan kanak-kanak

Semua gambar ni diambil daripada fb. Ada juga timbul isu tidak hormatkan bendera Malaysia kerana terpaksa dipotong-potong untuk dijadikan baju.















UPDATED :

boleh klik di sini untuk lihat banyak lagi idea pakaian hari kebangsaan kanak kanak
http://bintangzue.blogspot.my/2017/08/idea-baju-kebangsaanbaju-bendera-kanak.html

Thursday, August 11, 2016

Diy sarung iron board amway

Sarung iron board amway yang asal dah kotor, kelabu m lasam. Dah tu spannya pula sudah dikutil oleh anak2 sampai robek2..


Dah siap. Guna heavy cotton lebihan buat beg dulu. Guna fiber 1/2 inci dan jahit keliling guna getah.






Span asal. Cam kena gigit ngan cik ti. Padahal anak2 no duk kutil sikit2..

Saturday, July 2, 2016

Testing baju raya nurin n naufal




Ni baju testing aja.. first time wat kurta utk naufal memang terbesar leher dan papan bahu terbesar.

Baju nurin pula ukuran bahu besar n kain singkat. Mulanya kain pakai ketat. Tp lepas tu yang tambah godet. Jadi kembang skirt la.. kena alter la baju2 depa nih.





Ni testing baju raya. Tema kali ni emerald green, dipadankan dengan pink belacan.Baju lom gosok lagi. Alhamdulillah, sebab ada baju testing, jadi tak perlu banyak alteration kena buat utk baju nurin. Baju naufal sebab first time wat leher cekak musang, dua tiga kali juga buat.

Tuesday, May 3, 2016

Label shawl bintangzue dah siap



Alhamdulillah, setelah 3 minggu menempah, label brand saya dah siap. Sangat gembira sebab selepas dapat tempahan shawl rakan sekolah tu, ramai kawan kawan yang beri galakan untuk wat label sendiri. Malah depa juga request soh wat label besi cam neelofar tu..

Setelah disurvey. Maka saya pilih wat label di ez tex. Ni saya pilih straight cut.Ejen yang saya deal tu sangat sporting melayan setiap pertanyaan saya.

Harga label ni rm310 termasuk design rm30.

Monday, February 1, 2016

Setting mesin jahit tepi halus Juki





Lama sudah tak menjahit tepi sejak frust jahitan sudah porak peranda akibat tombol yang dipulas oleh Naufal dan Nurin. Jadinya jahitan jahit tepi halus memang out. Konon saya godeklah mesin tu sendiri dengan harapan akan okay. Lagi frust sebab sampai ke sudah tak cantik langsung jahitannya.

Gambar tombol sebelum panggil technician datang.

Wednesday, December 30, 2015

Baju abaya fishtail n circle skirt nurin

Ni ada extra kain dari baju princess cut yang dulu tu. Jadi kita buatkan lah baju satu untuk anak Dara mama ni.


Skirt buat half circle aja. Tu pon dah leh pusing2 cam kipas dah. Pinggang pon guna dari kain yang sama


Baju abaya n dipotong secara fishtail sebab nak bg nampak menarik sikit. Paling cepat buat baju nih sebab tak perlu potong dan cantum lengan.


Dah siap. Finishing jahit halus aja.


Tuan badan dah pakai. Bila pakai nampak cam org dewasa pulak. Tapi boleh la nak pakai buat makan kenduri. Mungkin sebab skirt tu labuh kot.
posted from Bloggeroid

Sunday, October 4, 2015

Baju raya haji 2015

inilah baju raya haji saya dan anak


posted from Bloggeroid

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...