Showing posts with label Aktiviti. Show all posts
Showing posts with label Aktiviti. Show all posts

Thursday, April 4, 2019

Cara mudah tukar video youtube ke mp3


Sejak menonton Upin Ipin Keris Siamang Tunggal tu saya dah jatuh cinta dengan lagu ni. Lagu keris sakti dendangan Fakrul Rozi. Meneruskan keminatan saya kepada lagu ini, pastinya saya nak buat lagu ringtone.

Namun bila dibuat carian, lagu ni tiada yang berbentuk mp3. jadi cara nak convert lagu video dari youtube ke mp3 sangatlah senang.

boleh klik link https://www.onlinevideoconverter.com/ ni. dan anda boleh download mp3 yang dah siap tak sampai seminit pon. 

Lepas ni boleh la layan lagu ni bila buat caller ringtone.. jangan bebudak sekolah gelak sudah...  hee

lepas tu kalau nak potong lagu tu utk buat ringtone guna yang ni https://audiotrimmer.com/


Friday, September 15, 2017

Resepi donut gebus




Anak anak saya memang suka kan donut. Lama dah tak buat donut untuk depa. Jadi sempena hari rajin ni, saya pon menggogle la resepi. Seperti biasa rujukan utama saya mestilah daripada blog azie.. ni page asalnya.

Resepi ni saya tempek sini supaya saya senang nak rujuk. Kat sini resepi asal http://www.aziekitchen.com/2012/07/resepi-ii-donut-yang-gebu-gebana.html


Tuesday, September 12, 2017

Buat video EE challenge 2017


Tahun ni sekolah kami masuk lagi pertandingan EE Challenge 2017 anjuran suruhanjaya tenaga. tugas saya seperti biasa sebagai kulikang bahagian IT nih, ditugaskan buat video la.


harapnya dapat la menang video paling kreatif ka video paling tular ka.. (berangan) sebab yang masuk ni satu Malaysia. rasanya dekat 500 buah sekolah juga yang menyertai.


guna power director 14. nasib baik la dah pre install dalam laptop hp ni. kalau tak meraba juga nak buat video. sangat senang nak buat ni. tambahan lagi saya guna magic motion, siap ada transition dah. tak leh upload sini sebelum abis pertandingan. tunggulah yer.

my favourite picture


rupanya penat penat buat video, hanya ada satu nih aja gambar saya dalam video tu. sebab saya tak terlibat secara langsung dalam program ni. Lagipun kalau depa p lawatan ke mana2 asyik muka yang sama aja yang p.. haha..


Friday, December 2, 2016

Download and print anak patung kertas






Sempena cuti sekolah ni, hasil daripada blogwalking ke blog intanberlian, dapatla link anak patung ni. Dengan kadar segera saya print, gunting, laminate dan gunting semula. Huhu berpeluh juga la,

Wednesday, November 16, 2016

Beauty regime


Sebelum ni pakai pencuci dan krim siang saja. Ni tambah toner dan krim malam.

Review : toner rasanya biasa saja. Krim malam tak berminyak dan cepat meresap ke dalam kulit.


Ni hasil menggoogle drp laman blog. Katanya ni sunscreen yang bagus. Daripada jenama Cathy Doll. Boleh didapati di Guardian. Banyak lagi rangkaian produk dia.



Review : cam pekat, perlu disapu rata rata untuk mengelakkan daripada bercapuk. Kalau kulit gelap, memang kulit akan jadi kelabu. Keberkesanan, tak pasti lagi.


saya bukan pakai make up sangat. Cuma lipstik dan bedak saja. Eyeliner dan eyeshadow kadang2 saja. Tapi beli ni juga.

Review : macam lap ngan air saja. Haa...


Facial cotton ni tengah sale. Harga rm9.99 untuk3 bungkus.

Entah la berapa lama bertahan ni......
posted from Bloggeroid

Thursday, September 15, 2016

Diy rak almari kabinet

Salam sejahtera. Cuti raya aidiladha kali ni serentak dengan cuti swkolah, jadi sepankang minggu berada di kampung kecuali pada hari rabu dan khamis kerana suami kerja.

Jadi ada masa 2 hari digunakan untuk melaksanakan projek diy yang terancang sejak sekian lama. Kabinet dapur rumah kami tak ada rak tu. Entah kenapa waktu buat dulu pun tak teringat nak request rak tu, jadi sekrang ruang jadi terhad untuk aimpan barang.

Jadi kita diy sajalah. Beli batang kayu di kedai hardware, balik gergaji ikut saiz yang dikehendaki, bertukang sikit dan siap.. hee..





Kan dan boleh menggunakan ruang dengan semaksimum yang mungkin.

Friday, September 2, 2016

Idea baju hari merdeka/kebangsaan kanak-kanak

Semua gambar ni diambil daripada fb. Ada juga timbul isu tidak hormatkan bendera Malaysia kerana terpaksa dipotong-potong untuk dijadikan baju.















UPDATED :

boleh klik di sini untuk lihat banyak lagi idea pakaian hari kebangsaan kanak kanak
http://bintangzue.blogspot.my/2017/08/idea-baju-kebangsaanbaju-bendera-kanak.html

Wednesday, August 31, 2016

Lamanku




Ni la gambaq sebelum dan selepas pokok bunga kertasku. Gila daun saja dan naiknya ntah apa2. Konon nak dibonsai cam x jadi ja.






Hasil tanaman kucai, cili super hot dan daun bawang bawa p sek utk dikongsi dengan kawan2.
posted from Bloggeroid

Wednesday, August 17, 2016

Jadi penyambut tetamu pula

Minggu ni busy dengan ujian lisan pt3 bahasa inggeris. Pagi ni ujian mendengar b. Inggeris. Oleh kerana tak jadi pengawas peperiksaan, ingatkan dapat settlekan keja pss yang bertimbun tu.

Tapi dapat pula tugas jadi penyambut tetamu utk program dialog prestasi bimbingan kaunseling, unit disiplin dkbb. Orang jpn n kpm pon turun mai.










Monday, July 11, 2016

Arnab - pet baru

Suami pergi beraya di rumah kawan dia dan belikan arnab yang sangat comel ni. Sepasang rm40.

Kami dah namakan yang coklat tu HAZELNUT dan yang putih tu QU PUTEH. Badan rabbit ni sangat gebus, mungkin baka angora.

Entahlah saya tak pernah membela rabbit. Rabbit ni kata husband dah berusia 2 bulan. Yang putih tu aktif dan asyik meneroka persekitaran. Yang coklat tu pasif sikit. Sekarang depa just duduk dalam sangkar kucing tu dulu. Makan dengan lahapnya pallet yang diberi terutamanya qu puteh.


Saturday, July 2, 2016

Testing baju raya nurin n naufal




Ni baju testing aja.. first time wat kurta utk naufal memang terbesar leher dan papan bahu terbesar.

Baju nurin pula ukuran bahu besar n kain singkat. Mulanya kain pakai ketat. Tp lepas tu yang tambah godet. Jadi kembang skirt la.. kena alter la baju2 depa nih.





Ni testing baju raya. Tema kali ni emerald green, dipadankan dengan pink belacan.Baju lom gosok lagi. Alhamdulillah, sebab ada baju testing, jadi tak perlu banyak alteration kena buat utk baju nurin. Baju naufal sebab first time wat leher cekak musang, dua tiga kali juga buat.

Sunday, June 19, 2016

Review menginap di Kemunting Beach Resort Melaka

Tempahan dibuat melalui telefon sahaja. Bayaran deposit hanya rm100 untuk tempahan 3 bilik.


Kadsr tarif bilik. Km ambil family. Hanya dicaj rm130 walaupun semasa cuti sekolah.




Katil di bilik family. Satu queen n satu single bed.


Dewan makan. Tapi kami makan luar aja semua.


Ada kolam mandi..


Bangunan kbr.

Review :
3/5 bintang.

Hari check in terpaksa tunggu lama. Pukul 4 baru boleh masuk bilik sebab housekeeping belum siap kemas bilik.

Bilik kami tiada kain lap kaki di luar pintu bilik air. Jadi keadaan basah dan licin. Bilik air adik ipar tiada lampu dan tiada almari menyimpan pakaian.

Tapi yang bestnya pantai sangat berdekatan. Jadi boleh mandi sepuasnya. Pantai bersih tapi kekurangan pokok besar utk mengelakkan panas.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...