Daripada banyak biji yang semai, yang naik pokok hanyalah 3
batang. Dulu tanam dah roselle ni, tembun pokoknya. Masa mengandung malas nak
jaga, terus mati habis.
Sekarang, minta anak benih roselle di taman sains sekolah,
bersemangat nak menanam semula.
Cumanya, ada 3 pokok saja. Alhamdulillah berbuah dan dah
dijadikan jus dan jem roselle. Tak sempat nak snap gambar jus, dah habis
diminum.
Pertama kali pokok pisang jari kura ni berbuah, tapi apakan
daya. Disebabkan musim kering sekarang, batang pisang menjadi kering dan rapuh,
patahla setandan pisang ni.. huuu
Ni lah keadaan rumput di kawasan rumah. Dah ada kawasan tanah lapang ni pon penat juga kena dok jaga. Sekarang musim hujan cepat sungguh rumput naik panjang. Masalahnya bukan rumput cowgrass tu yang panjang, malah pokok rumpai ntah apa2 tu yang tumpang naik subur.
Mahal ooo upah potong rumput. Dulu sebelum extend rumah kami bayar rm50 kot untuk potong n sapu sekali. Sekarang rm40. Tu pon sebulan sekali. Kalau tunggu lama sikit memang berbulu la mata menengok rumput tu.
Jadi wish list seterusnya adalah untuk mendapatkan sebuah mesin rumput. En husband dah bagitau dia tak mahu tolong potong rumput guna yang galas tu. Jadinya terpaksalah cari alternatif yang lain.
Hasil daripada blogwalking (tak banyak info yang dapat, orang yang minat potong rumput bukan blogger kot) maka dapat shortlisted gadget di bawah...
ni model lama. tapi kakak ni bagi review cam ok .mesin rumput
ni semua daripada laman web bosch malaysia. bila buka lazada lagi murah dalam RM 10-20.
Priority adalah ringan, mudah dan guna elektrik. Sebab nak buatnya aku kan...
Ni la paket benih sunflower yg aku tanam. Dr kedai Eco 2ringgit. Drp 10 biji benih edible sunflower tu 8 tumbuh. Yg cut flowers tu aku semai sebelum raya lagi. Cuti raya balik kg 5 hari, mai dah kecut, nasib baik bila disiram dah segar kembali.
Aku teringin makan kangkung goreng belacan hari tu. Kat kedai runcit tu, siap jual kangkung sekali ngan akar dia. Aku bercadang nak tanam bila hujung minggu. Jadi aku pon letak la akar tu dalam cawan kertas dan masukkan sikit air. Then letak bawah sinki.
Aku dah lupa, sekali aku tengok tumbuh pulak kangkung dalam cawan tu. Ni la gambarnya.. Ala-ala tanam hidroponik pulak.