Wednesday, January 7, 2015

DIY papan lipat baju

tiba -tiba teruja nak buat papan lipat baju. kononnya nak memudahkan kerja sebab dua tiga gunung baju yang perlu dilipat. berusaha dengan gigih mencari dan memotong kotak mengikut spesifikasi yang digoogle.


 

Saturday, January 3, 2015

Basikal baru Nurin



Abah Nurin belikan basikal baru bila kami dok bincang apa aktiviti yang dapat meletihkan dia, supaya dia dapat tidur dengan lebih cepat di malam hari.

Basikal beli di Kelang Lama Kulim. harga RM65. Tayar plastik.


Adik Naufal dah 7 bulan. sambil tunggu kakak Nurin main basikal, Naufal makan moi.

Friday, January 2, 2015

Tutorial jahit sembat menggunakan mesin portable


Pertama sekali kena pastikan mesin anda ada jenis jahitan ni. Mesin portable brother saya jenis jahitan no 11.


kedua tapak R yang memang disertakan sekali bila kita beli mesin.


ni display kat mesin, tapak R, mata jahitan no 11, jarak jahitan 2.0 dan saiz jahitan. boleh ubah sesuka hati.


mula - mula lipat pelipat baju kurung kita macam biasa. lagi bagus iron dan pinkan supaya semuanya terletak dan tak lari. seperti biasa bahagian depan baju kena labuhkan ya.




kemudian lipat ke dalam pula lipatan tu dan pastikan hujung kain yang dijahit tepi berada di luar macam dalam gambar. step ni penting sebab kalau salah lipat, salah la jahit nanti.


ketiga, petuanya mudah saja, guna kaki pembahagi di tapak tu di tempat lipatan dan pastikan bahagian kain yang dijahit tepi berada di sebelah KANAN  ya.

nanti mata jahitan akan cubit sikit kain yang sebelah kiri tu.



  1. ni hasilnya di sebelah luar. satu gambar guna flash dan satu tak guna flash.



ni pula sebelah dalam.

Thursday, January 1, 2015

Melabel dan mop Daiso



saya suka label ni. sebab dia dah preset saiz dan warna. kkalau nak ambil kat sini. personalized-labels




akhirnya dapat juga mop daiso yang digembar gemburkan di dalam group kami suka susun atur tu. Harganya rm5. tapi batang kena beli asing dan wipes dia pon beli asing.

review : memang best untuk mengemop lantaiku yang banyak habuk dan rambut yang bertaburan merata. sangat ringan sampaikan Nurin pon selalu tolong mop.

Friday, December 26, 2014

Nurin's new dress

This is Nurin favourite fabric - ice creams!!

She really love the fabric and when I showed her the first time, she squeled with delight and later I spotted her stashing the fabric in her bag and played with it.

Let see her antics when I asked her to try the dress.









Terukkan kualiti camera kat hp ni.. nak beli hp baru.. huhuu..
















Thursday, December 25, 2014

What People Do?

Form 2 What People Do?

lesson materials




Vids

previous entry here

conversation and questions here

 debate lesson plan here

Who R u? career assessment test here

find more info http://www.mynextmove.org/

Review pressure cooker noxxa

Dah lama teringin nak beli pressure cooker ni. Sibuk aja nak post padahal dah buat entry 1st time cuba PC ni waktu masak bihun goreng dulu tu.

REVIEW :
 Memang tersangat best and memang saya recommended kepada sesapa yang berangan nak beli. Terutamanya kalau anda peminat tegar sup tulang macam suami saya.

Macam-macam masakan boleh dibuat dengan masa yang cepat. Kalau famili saya datang, saya masak nasi dalam ni saja, hanya High pressure 7 minit utk 6 pot beras . saya rasa boleh isi sampai 8 pot beras kot.

but yang penting bagi saya, kena ada buku resepi or panduan nak guna. sebab nak guna berapa minit dan menu mana yang sesuai tu yang penting.

alhamdulillah saya dapat buku resepi yang dikompail oleh chef ritz dan saya juga join 2 group Fb - Resepi Periuk Noxxa dan Geng Masak Kasih KITC yang banyak share resepi dan cara guna.

Secara kesimpulannya MEMANG TERBAIK!!!

ni masa pertama kali keluar dari kotak



latest sup tulang.. hanya 30 minit

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...