Saturday, May 28, 2011

Aktiviti cikgu masa cuti sekolah


Salam. Cuti sekolah dah bermula. Tapi aku tak rasa cam cuti pon. Dah dua hari aku asyik buat macam-macam keja. Maklumlah, tumpang bersemangat dan rajin. Hari pertama cuti, Jumaat, sibuk menolong mak cik buat persiapan kenduri arwah. Sabtu, clearkan dokumen dalam komputer dan pendrive yang dah berserabut dan bertimbun. Di samping, menanda kertas. tanda karangan bebudak ni wat aku sakit kepala. Padahnya, tanda 2 pelajar, terpaksa pegi buat kerja len, kemudian baru tanda pulak, 2-3 orang. Bila nak abis camni ekk. Selain tu, banyak lagi plan aku pada cuti sekolah ni. Semuanya terbahagi kepada 3 bahagian utama.

Saturday, May 21, 2011

Tarikh Peperiksaan UPSR, PMR, SPM, STPM 2011


Makluman tarikh peperiksaan awam 2011.

UPSR 13-15 Sept 2011 (3 hari)
PMR 4-6 Okt 2011, 10-11 Okt 2011 (5 hari)
STAM 12-13 Okt, 17-19 Okt 2011 (5 hari)
SPM 14 Nov - 14 Dis 2011 (16 hari)

Sumber : Majalah NUTP Mac 2011

Saturday, May 14, 2011

Fast 5 movie review



Sumber gambar : fast-and-furious-5-movie-trailer.blogspot.com

Aku dan suami amat meminati Fast and Furious sejak yang pertama lagi. Tarikh 5 Mei memang dinantikan oleh kami sebab filem terbaru Fast 5 ditayangkan di Malaysia. Suami siap berangan nak make up keta cam lam filem tu. Hasil terpengaruh daripada filem tu la yang menyebabkan en Suami berhabis duit pakai enjin Mivec sekarang.

Kami bercadang nak pi tayangan hari pertama, ada ka patut tiket untuk tayangan pukul 9.30 malam dah abis kat Sunway Carnival. Siap ada 56 reservation lagi. hah... Buat keputusan untuk balik saja, sebab orang memang ramai dan tayangan seterusnya pukul 12.20 pagi. Tu pun tiket, sudah banyak yang dijual.

PC Fair - Never Again



Mak dan abah mentua datang minggu lepas. Katanya nak beli laptop. Mak aku tu dah lama dok nyebut nak beli laptop. Siap enroll kelas komputer lagi kat Kolej Komuniti dengan gang dia. Way to go Mum!

Thursday, March 3, 2011

3 Idiots (2009). Thumbs Up!

Sumber gambar : allvideofiles.blogspot.com

Aku baru aja menonton cerita ni. VCD Pinjam. Thanks Kak Pia. Memang menarik dan menghiburkan. Nampaknya cerita hidustan makin beralih arah daripada adegan menyanyi dalam hujan mahupun kisah cinta terhalang.

Monday, February 14, 2011

Cermin Kereta Pecah


Kejadian ni berlaku bulan Julai tahun lepas. Tapi yang menyebabkan aku tulis hari ni adalah kerana kat luar tu tengah ada orang majlis perbandaran sedang......

Snowy Hedwig


Gambar dan cerita ni sekadar memenuhi permintaan seorang teman baik..

Namanya Snowy Hedwig - sempena nama burung hantu milik Harry Potter tu.
Alkisahnya ada 2 orang gang aku kat sekolah ni suka bagi nama pada keta diorang dan sebab banyak masa sangat, siap bagi nama kat keta aku sekali. Nama Snowy Hedwig tu dipilih sebab aku minat gila dengan Harry Potter dan kereta kecilku itu berwarna putih gading .


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...