Monday, July 4, 2016

Biskut raya tahun ini

Seperti biasa. Biskut yang wajib ada adalah samperit. Baru buat satu adunan, dah habis sebekas. Dihabiskan oleh sang suami dan anak anak. Terpaksa buat dua adunan lagi huhu..











Sambil tu tahun ni first time buat popia nestum. Simpan sini resepi ni. Tahun depan boleh buat lagi.

Ketupat raya siap


Pejam celik dah dekat nak raya. Sehari aja lagi bulan ramadhan. Sangat cepat masa berlalu tahun ni.

Apapun, ketupat dah dibalut pagi ni.

Ketupat pulut daun palas versi jantan.. hee

Saturday, July 2, 2016

Testing baju raya nurin n naufal




Ni baju testing aja.. first time wat kurta utk naufal memang terbesar leher dan papan bahu terbesar.

Baju nurin pula ukuran bahu besar n kain singkat. Mulanya kain pakai ketat. Tp lepas tu yang tambah godet. Jadi kembang skirt la.. kena alter la baju2 depa nih.





Ni testing baju raya. Tema kali ni emerald green, dipadankan dengan pink belacan.Baju lom gosok lagi. Alhamdulillah, sebab ada baju testing, jadi tak perlu banyak alteration kena buat utk baju nurin. Baju naufal sebab first time wat leher cekak musang, dua tiga kali juga buat.

Wednesday, June 29, 2016

Menu berbuka petang ni





Petang ni kami buat mee kuah dengan buah melaka aja. Nurin tolong wat bebulat.

Sunday, June 19, 2016

Review menginap di Kemunting Beach Resort Melaka

Tempahan dibuat melalui telefon sahaja. Bayaran deposit hanya rm100 untuk tempahan 3 bilik.


Kadsr tarif bilik. Km ambil family. Hanya dicaj rm130 walaupun semasa cuti sekolah.




Katil di bilik family. Satu queen n satu single bed.


Dewan makan. Tapi kami makan luar aja semua.


Ada kolam mandi..


Bangunan kbr.

Review :
3/5 bintang.

Hari check in terpaksa tunggu lama. Pukul 4 baru boleh masuk bilik sebab housekeeping belum siap kemas bilik.

Bilik kami tiada kain lap kaki di luar pintu bilik air. Jadi keadaan basah dan licin. Bilik air adik ipar tiada lampu dan tiada almari menyimpan pakaian.

Tapi yang bestnya pantai sangat berdekatan. Jadi boleh mandi sepuasnya. Pantai bersih tapi kekurangan pokok besar utk mengelakkan panas.

Trip melaka-muar-bangi

Family trip. So much fun..



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...