Saturday, December 19, 2015

main buih sabun

Wujud fenomena buih sabun ni, saya pon try la resepi ni

1 botol sabun joy
6 cawan air
1/2 cawan tepung jagung
1 sb baking powder
1 sb gliserin

mula-mula, walaupun telah dibiarkan sejam lebih bancuhan tu, buih yang terhasil tu cepat pecah. kesian anak sedara yang dah excited nak main.

bila google semula, ada resepi yang menggunakan bahan yang sama cuma tukar baking powder ke soda bikarbonat. x tau la yang mana yang sebenarnya. tapi bila guna soda bikarbonat ni, buih tu kurang la pecahnya. tapi masih x setahan yang dibeli punya. apa rahsianya ya...






Friday, December 18, 2015

Naufal dah pandai makan sendiri

Bulan ni naufal 1 ta
hun 7 bulan dan berminat nak makan sendiri. Walaupun bersepah dan banyak yang tumpang, dia macam seronok sangat dapat siap sendiri.

Takda babyseat utk makan, jadi cuma lapik bantal aja di kerusi supaya lebih tinggi.


Kami makan tengah hari simple aja. Sayur pon takda. Hehe
posted from Bloggeroid

Tuesday, December 8, 2015

Dapat free


Yang ni paling best sebab first time dapat sample susu yang besaq camni. 600g tu. Jimat seminggu susu.

Satu anak boleh apply sekali aja.


Ni pula redeem dr drypers. Utk yang baru register saja. Saya register atas nama suami pula sebab nama sendiri dah register, semata2 sebab nak dapatkan beg ladybird yang cute ni. Hee..
posted from Bloggeroid

Air detox

My first attempt to make and drink detox water.

My verdict ; delicious and of course I visited toilet more regularly. Not losing my kg though..



posted from Bloggeroid

aktiviti untuk anak-anak : blog inspirasi

Bila dok online Fb ada member-member dok share tentang idea aktiviti untuk anak-anak. Well, saya pon ikut bersemnagat kembali nak sediakan bahan-bahan untuk Nurin dan Naufal ni. Sejak cuti sekolah ni makin menjadi jadi pula tengok astro ceria dan kalau tak ada program best merengek nak tengok youtube di tv. takpon senyap-senyap ambik telefon dan tengok youtube di smartphone pula.

saja nak share dan simpan di sini, dua blog ibu yang hebat ni.


di blog ni, ibu ini tunjuk step by step cara nak buat buku aktiviti ni. banyak juga tools yang dia guna. dia lebih kepada compile dalam bentuk buku dan buku tu senang nak dibawa ke mana-mana.



di blog ni pula ada banyak aktiviti dan setiap aktiviti dimasukkan ke dalam ziplock bag. yang bestnya diblog ni turut disertakan link asal aktiviti tu, jadi kita boleh la download sendiri.





Thursday, December 3, 2015

Main tiup buih

Petang ni main buih..



posted from Bloggeroid

Thursday, November 19, 2015

Homemade playdoh lagi

Walaupun sehari baru start cuti sekolah, aku dah rasa lama cuti sebab p jaga spm, so tak la berkomitmen macam p sekolah. P jaga spm pun just edar kertas soalan, tunggu n berangan n kutip kertas jawapan. Ha-ha..

Jadinya, bila start cuti sekolah dah bosan. Mula2nya kepala planning nak buat macam-macam. Paling pening lagi macam mana nak entertain dua beradik ni. Nurin tu kalau nak melangut depan tv dia OK aja. Tapi aku tak mau la 24 jam dia tengok kartun.

So paling senang, mama buat playdoh homemade la. Tanya warna apa yg dia nak. Dan tadaa.. Dah siap...


Dulu pernah juga beli playdoh kat diy aja. Ada 7 colors kot ngan sekali tools dia. Tapi lama2 dia punya playdoh tu keras. Ni aku dah kutip2 semalam n buang aja.


Awal tu boleh aja main elok2 dua beradik ni, last2 berebut pula bila Kak dia kawal x bagi adik main, adik marah tarik rambut akak, last2 dua2 kena marah.. Hurmmm... Malamnya akak sambung main. Adik dah x layan...


posted from Bloggeroid

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...