Thursday, December 28, 2017

DOWNLOAD CEFR SOW FOR FORM 1, 2,3,4,5


I have took a peek at the most waited CEFR SOW which was released in mid December.
The conclusion - it was thick.. heee

Form 1
Sow 184 pages
Syllabus 18 pages
Dskp 76 pages

Form 2
Sow 184 pages
Syllabus 16 pages
Dskp 74 pages

to download :
which will direct you to google drive

UPDATED : They uploaded the new sow cefr form 3,4,5 as well using the same link.

CEFR Lesson Plan for Form 1 and Form 2 with drop down menu

I am sharing my lesson plan. Of course it is already embedded with drop down menu which I found the most convenient way to quicken our lesson plan writing.

The original LP is from CEFR Malaysia telegram group and I already made some adaptation to suit my panel lesson plan. It is standardize to all our members.


To download here
updated july 2021 I enclosed the latest 2021 drop down lesson plan. please check it out too.

If you want to make some adjustment to the LP, please refer to my previous post here. http://bintangzue.blogspot.my/2015/12/perkongsian-rph-template-tapak-rph.html

Wednesday, December 13, 2017

Satu petang di taman permainan



Juat nak share bawa anak2 pergi playground. Mereka nampak sungguh gembira. Sebab hari ni hari Isnin, jadi tak ramai sangat budak2...

Naufal dah pandai naik papan gelongsor secara duduk,sebelum ni tiap kali dia naik secara berbaring (kaki turun dulu). Malah, dia juga dah berani naik gelongsor yang dalam terowong. Panjat palang juga.. satu perkembangan yang positif. Tapi dia selalu hilang sense of direction, dua kali dia berhenti dan tercari2 saya, padahal saya duk di tempat yang sama aja.

Kakak nurin seperti biasa, dapat kawan baru.

Angin bertiup sepoi2 bahasa petang ni. Udara nyaman. Jadi mommy pon turut sama boleh enjoy.

Resepi kuih kacang hijau

Sejak memgandung dan kena pula time cuti sekolah, selera makan memang bertambah. Tiba-tiba teringin nak makan kuih kacang hijau. Sanggup buat sendiri tu walaupun tak pernah buat sebelum ni.

Ni la hasilnya...


Nampak dak tepung ranggup tu... sedap sangat.



Apapun resepi ni ambil dari google. Dari blog akak ni.. klik sini. Hasilnya sangat rangup dan marvellous. Tapi sukatan gula tu saya guna setengah cawan aja.




Kacang pula saya rendam 1/2 jam dan hp dalam noxxa aja 20minit. Elok kembangnya.

Alhamdulillah, resepi ni menjadi. Jadi sebab tu saya simpan dalam blog ni utk rujukan masa hadapan.

Wednesday, September 20, 2017

Dapat produk Safi Rania Gold percuma

>



Rezeki saya bila dapat jdi hometester produk Safi Rania kali ni.  Complete set pembersih, penyegar, eliksir dan krim malam dan siang. Sememangnya saya memang pengguna safi Rania namun saya tak beli eliksir tu sebab saya pakai SKii essense dan tambah krim jerawat lidah buaya yang safi rania juga.

Saya dah lama join home tester ni. dulu pernah dapat ubat gigi dan pampers juga. Best dapat barang free tapi kena complete soal selidik yang dia bagi. Kejap aja buat tu. Untuk sesiapa yang berminat, boleh try di laman web ni. https://hometesterclub.com/my/en

excited dapat parcel.. 

Ni email mengatakan saya terpilih. Lepas tu dia pos barang ke alamat yang kita daftar dalam laman web home tester tu.

Lepas 10 hari dia suruh isi survey kesan penggunaannya.

Tuesday, September 19, 2017

Puzzle book

Lama tak update tentang anak2.. biarlah catatan blog ni jadi diari dan kenangan sewaktu mereka masih kecil.

Buku ni nurin yang pilih di Hasani Bookstore tadi. Balik terus dikerjakan oleh mereka berdua.

Bagusnya ia melatih koordinasi mata dan tangan dengan penggunaan gunting dan gam.

Well, they enjot it very much..










Hasil yang dah siap

Saturday, September 16, 2017

Diet atkins part 1


Kan kita kata nak diet kan... meh kita tampal gambar menu dan cerita kita

Day 1

breakfast makan telur dadar 2 biji, tiada langsung stok sayur di rumah


Marinate ayam. Cuma letak garam, lada hitam kasar dan serbuk cayenne.


Lunch : Bakar ayam guna pemanggang ajaib aja.


Dinner : bunga kobis dihiris halus. Letak dalam pemanggang ajaib n letak sekeping keju cheesedale.


Ni la gambar mealnya. Bunga kobis berkeju dan ayam bakar. Nyum nyum.

Kursus Penyebaran DSKP Pendidikan Seni Visual Tingkatan 2 2018


saya menghadiri kursus ini di Dewan transformasi PPD minggu ini selama 2 hari. Bila dah kena p kursus ni dah sah sah la tahun depan wajib mengajar PSV tingkatan 2.

Ada banhyak perubahan yang berlaku. Antara benda baru ada seni sulaman, seni rekabentuk dan seni foto yang kontroversi sikit iaitu kena buat pinhole. Saya baru tau istilah pinhole ni, paling senang nak faham, dia kamera lubang jarum. Ada hyang mempersoalkan kenapa ia termasuk di dalam silibus seni.





Muka ngantukks

Ada presentation kumpulan di mana setiap kumpulan kena murnikan RPH dan siapkan aktiviti di dalam kelas mengikut  topik yang diberikan.


untuk mendownload dskp psv tingkatan 2 2018 klik sini.  dokumen ini dalam google drive berbentuk pdf.

Friday, September 15, 2017

Resepi donut gebus




Anak anak saya memang suka kan donut. Lama dah tak buat donut untuk depa. Jadi sempena hari rajin ni, saya pon menggogle la resepi. Seperti biasa rujukan utama saya mestilah daripada blog azie.. ni page asalnya.

Resepi ni saya tempek sini supaya saya senang nak rujuk. Kat sini resepi asal http://www.aziekitchen.com/2012/07/resepi-ii-donut-yang-gebu-gebana.html


Tuesday, September 12, 2017

Buat video EE challenge 2017


Tahun ni sekolah kami masuk lagi pertandingan EE Challenge 2017 anjuran suruhanjaya tenaga. tugas saya seperti biasa sebagai kulikang bahagian IT nih, ditugaskan buat video la.


harapnya dapat la menang video paling kreatif ka video paling tular ka.. (berangan) sebab yang masuk ni satu Malaysia. rasanya dekat 500 buah sekolah juga yang menyertai.


guna power director 14. nasib baik la dah pre install dalam laptop hp ni. kalau tak meraba juga nak buat video. sangat senang nak buat ni. tambahan lagi saya guna magic motion, siap ada transition dah. tak leh upload sini sebelum abis pertandingan. tunggulah yer.

my favourite picture


rupanya penat penat buat video, hanya ada satu nih aja gambar saya dalam video tu. sebab saya tak terlibat secara langsung dalam program ni. Lagipun kalau depa p lawatan ke mana2 asyik muka yang sama aja yang p.. haha..


Wednesday, September 6, 2017

Kemas tudung dan shawl

Gara-gara dah dua tiga hari mencari shawl kegemaran yang entah hilang kemana, saya ambil keputusan untuk mengemaskan rak gantung tudung dan shawl saya ni.

Hari tu tengok di happy home mart, rak gantung bulat ni sekarang dah berharga rm10. Dulu rasanya rm5 aja.


Penuh bila ditebarkan macam ni.


Dah gantung dan susun ikut warna.. baru perasan saya takda shawl warna coklat dan kuning.

Sekian dulu laporan susun atur kali ni.

Tuesday, September 5, 2017

My new Honda





Alhamdulillah, segala syukur kepada
Allah kerana akhirnya saya dapat kereta idaman.

My new HONDA JAZZ.

Settle semua pada 15/8/2017 hari tu. Saya dapat rebate sempena hari raya Aidilfitri sebanyak rm3000. Interest rate 2.42 drp RHB. Maybank cepat call saya dan tawarkan dapat 2.80 interest rate.

Loan 9 tahun. Installment bulanan rm824. Pheww.. agak banyak juga pada saya yang sebelum ni x ada komitmen kereta.. dah x leh online shopping.huu

Saya mmg suka kereta kompak, senang nak bawa n of course senang nak parking. Jazz ni jimat minyak dan stereng dia sangat ringan.

Paling canggih sekali, perlu tekan butang aja utk start kereta sambil tekan break. N lagi satu kunci boleh simpan dalam handbag sepanjang masa sebab dia boleh detect dan unlock kereta kurang dr 5 saat.

Anyway, I am very grateful and happy to have it...

Wednesday, August 30, 2017

weight gain

Alhamdullillah, saya dalam keadaan yang sangat happy sekarang. Famili bahagia, di sekolah bahagia, saya ada kawan-kawan yang sangat supportive dan hebat, dan sihat walafiat. Namun, bila bahagia sangat, maka berat badan pon mencanak naik.





Monday, August 28, 2017

Selasa cuti

Minggu ni cuti seminggu. Sampai hari Selasa saya masih menanda kertas..



Dalam planning banyak sungguh aktiviti yang kononnya nak buat gubah bunga la, tanam pokok la.. tapi yang paling penting nak menjahit.. huu.. langsung tak pegang mesin jahit.

Semua ni sebab banyak masa dihabiskan dengan membaca buku novel yang saya beli tu. Bila letih menanda setengah jam, p baca novel sejam 45 minit. Haha.. essey budak tak sebest novel..

Thursday, August 24, 2017

Idea baju kebangsaan/baju bendera kanak kanak : part 2

Saya suka simpan design ni untuk rujukan masa hadapan dan sebagai perkongsian.

Namun, saya amat menyokong supaya tailor di luar sana dan ibu bapa memilih untuk menggunakan bendera malaysia sebagai inspirasi sahaja. Bukannya dipotong sesuka hati untuk dijadikan pakaian.

Pilihan di tangan anda.





Friday, August 18, 2017

Gigih melakar pola baju


Pola baju terbaru.. saya buat baju memang ada pola. Supaya senang lepas lepas ni kalau nak potong kain lagi dan ada contoh.

Malam ni, saya buat pola
1. Pola tulip labuh. Sebab kain como crepe tu color peach, jadi macam jarang aja. So bila tulip kn dia silang. Jadi x yah lining. Belakang macam kurung moden aja.

2. Pola instant ruby kalau ikut nama asal pemberi pola. Tudung instant dia sambungan dia kat tepi telinga. Ada juga yang panggil tudung scallop.

3. Pola baju kurung moden. Saiz masih sama. Tapi sebab yang lama tu dah lunyai.

4. Pola awning biasa baru. Sebelum ni ukuran awning saya 13.5 x 5. Rasa cam pendek jadi saya panjangkan ke 15 tengok la nak jadi cam mana. Lama dah x berawning ni.



Ni la pola kurung moden yang lama tu. Ni merangkap la pola jubah, pola blouse. All in 1. Banyak berjasa ni. Sampai lunyai saya kerjakan. Saya buat sekeping aja untuk depan belakang.

Jahit baju - mood kelabu

Saya memang perasan yang saya beli kain untuk dijahit memang ikut mood. Sekarang mood nak color grey aja. Ni dah siap jahit 2 pasang.. ada lagi 2 pasang color kelabu juga...


Jubah kelabu ni hasil daripada kain yang beli waktu clearance sale nagoya tu. Rm3 x 3 meter. Baru rm9.00. Tambah lace tu rm 9.80 semeter x 1.5m = rm14.80. Lis leher sedia ada. Jadi kos lebih kurang rm24 aja utk sehelai jubah.

Rupanya waktu saya pergi jahitan dan jual brg hantaran w.s kat s.petani tu, lace tu boleh dapat harga rm7.90. Jauh lebih murah. Tapi jauh la pula nak p.



Ni pula jahit baju. Beli dari nagoya juga. Bila kain berkaki macam ni memang saya suka terbalikkan baju dia. Supaya yang plain tu berada di tengah. Baru tak serabut dan penuh sangat.

Banyak lagi kain pasang yang saya beli masih belum berjahit. Tapi sekarang tengah puasa kain knit.. corak2 wow, tapi berazam nak habiskan yang mana ada dulu.

Monday, August 14, 2017

PSV : Hasil arca Tingkatan 2

berikut merupakan hasil daripada aktiviti psv seni bertajuk arca yang menggunakan acuan dan plaster of paris. Pada minggu berikutnya murid mewarnakan arca meraka. Ini merupakan sebahagian daripada hasil mereka.





Friday, August 4, 2017

Ujian Kemasukan tahun 1 SRINPEK : Nurin Batrisyia


Sekejap sahaja masa berlalu, anak mama, Nurin Batrisya dah berusia 6 tahun. Pada 8 Julai lalu Nurin ada ujian kemasukan ke Tahun 1, sekolah rendah Nurul Hidayah Penghulu Elang Kulim aka SRINPEK, nama glamournya.

Ada ujian kemasukan bertulis dan saingan sangat sengit. Sekolah ni menjadi pilihan kerana ia satu-satunya sekolah  rendah Islam bantuan kerajaan. Murid yang hendak diambil hanya 120 orang, tapi saya difahamkan hampir 400 calon hadir untuk ujian kemasukan. Mama hanya bertawakal dan berdoa semoga Nurin diterima masuk.