Wednesday, August 30, 2017

weight gain

Alhamdullillah, saya dalam keadaan yang sangat happy sekarang. Famili bahagia, di sekolah bahagia, saya ada kawan-kawan yang sangat supportive dan hebat, dan sihat walafiat. Namun, bila bahagia sangat, maka berat badan pon mencanak naik.







Biasanya berat saya sekitar 49-51 kg aja, hari raya aidilfitri  hari tu berat saya dah 53 kg namun bila saya timbang hari ni berat dah mencecah 56kg. Patutla, paha kiri dan kanan dah bergesel, perut buncit macam mengandung 2 bulan dan seluar slack kesayangan saya selama ni dah ketat. Semalam, saya jahit sehelai baju mini kurung menggunakan pola sedia ada. Tapi bila dah siap cantum dan try pakai, masya Allah, ketat cam sarung nangka. sangat frust, jadi hari ni walaupun ada masa saya dah tak ada mood nak teruskan jahit lagi. 

hari tu waktu dah cecah 53 kg lepas raya tu kononnya memang nak diet. Tiap-tiap hari follow la  page diet atkins tu, tapi tak try sikit-sikit aja menu dia tu.  bersenam juga ikut earobik youtube dengan anak-anak.sekejap aja.. lepas tu ke laut. huhhu...

punca-puncanya pon telah saya kenal pasti
i. makan lewat. kadang kami pukul 10 baru makan. tunggu suami balik
ii. minum air manis. tiap-tiap hari saya wajib beli nescafe di sekolah. dan bila keluar makan di luar wajib minum air teh tarik ais.
iii. petang/ malam minum nescafe 3 in 1 secawan
iv. balik sekolah mestu singgah beli keropok lekor / bihun goreng / kuih muih
v. tidur petang (jarang-jarang)
vii. x makan sayur banyak, jadi sistem pencernaan memang liat sikit.
viii. kami memang keluar jalan2 setiap hujung minggu dan bila dah keluar memang makan di kedai, dan bila makan di kedai memang makan banyak sebab kita makan yang kita teringin nak makan kan

tujuan saya menulis ni sebab tadi malas kan nak jahit baju(kecian saya ngan anak2, xda baju raya kali ni), jadi sambil dok key in markah ni saya tulis dalam blog supaya jadi semangat kat saya nak turunkan badan.

p/s tapi saya start lepas raya aidiladha na.. buley??? hahaha... (cam tau dah nak tangguh lagi)

No comments:

Post a Comment