Friday, April 4, 2014

Tutorial cara jahit cadar fitted

Sebelum ini, semua cadar di rumah di beli di pasar raya. Tak suka dengan kualitinya, kain jarang dan bila pakai lama-lama akan jadi berbulu.

Sempena dengan kehadiran katil single baru untuk Nurin, mamanya super excited la nak buat cadar fitted baru.Terlebih rajin pula snap gambar untuk buat tutorial. Jadi sama-sama kita kongsikan.


Mula-mula kena beli kain. Seeloknya beli kain cotton bidang 93 inci tu.

Bahan-bahan dan alat :
  • 1.25 m untuk cadar single sahaja. (kalau nak bantal tidur dua biji dan sebiji bantal peluk kena beli 1.5m lagi)
  • getah cadar 1.2 m/ 47'  lebar 1 inci 
  • mesin jahit
  • tali ukur
Langkah 1:
Basuh kain dan keringkan. Ini adalah kerana kebanyakkan cotton akan mengecut.

Langkah 2 :
  • Ambil ukuran tilam, iaitu ukuran panjang, lebar dan tebal tilam.
  • Ukuran saya panjang -74', lebar 36' dan tebal 4'.
  • Potong kain panjang dan lebar di setiap sisi dengan penambahan tebal tilam + 1' . Contohnya
  • panjang (74' + 5' atas + 5' bawah ) =84'
  • lebar (36' + 5' kiri + 5' kanan) = 46'
Langkah 3 :
  • potong 5' berbentuk kotak segiempat sama di setiap penjuru kain.

Langkah 4 :
  • jahit pepenjuru kotak segiempat sama tu, kemudian jahit tepi atau kelim. Buat di semua penjuru kain.
  • kelim keseluruhan kain. Saya guna tapak kelim, Ia sangat mudah dan menyeronokkan.










Langkah 5 : 
  • potong 4 keping getah cadar berukuran 12' sekeping
Langkah 6 :
  • Lipat dua getah, dan pinkan ditengah-tengah jahitan pepenjuru tadi.
  • Ukur 11' di sebelah kanan dan 11' di sebelah kiri dan pinkan hujung getah.


Langkah 7 :
  • menggunakan jahitan zig zag (lebar jahitan 4/5), jahit getah dengan meregangkan getah dan kain dan nanti kain akan berkerut dengan sendirinya.
  • ulang di setiap penjuru.




DAH SIAP!!! Sangat senangkan??



Tips :


  • Kalau nak buat untuk katil queen atau king pulak, caranya adalah sama seperti di atas. Tapi kena buat ukuran dan pengiraan sendiri sebab ketebalan tilam adalah berbeza.
  • ukuran lebar getah yang lebih besar boleh digunakan.


UPDATE :







22 comments:

  1. Thx zue.x sabo nk cuba nih.;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semudah ABC...t kasih banyak² selama ni pening kepala fikir mcmna nk cadar fitted.x sampai 1 jam siap pasang.guna cadar lama.الحمد الله.t kasih sekali lg.semoga panjang umur murah rezeki

      Delete
  2. Thx zue.x sabo nk cuba nih.;-)

    ReplyDelete
  3. Gud luck.. Jangan lupa post kat blog.. Boleh tgok hasilnya...

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. boleh beli di kedai mesin jahit. saya selalu beli di kedai mesin brother atau singer.

      Delete
  5. terima kasih sis kongsi tutorial..boleh try buat nanti..hihi

    ReplyDelete
  6. Kt mane sis beli kain hello kitty tu? Cantik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Beli di kedai kain di Kulim. Harga RM16 kot. Bidang 90.

      Delete
  7. Salam sis.. mcm mana rupa tapak kelim tu ye.. saya dah.beli mesin jahit brother serta pakej footers tp tak tahu guna tapak2 tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya dah post gambar tapak kelim di sini. Yumna Keyan boleh rujuk di sana ya.

      http://bintangzue.blogspot.com/2014/12/tapak-kelim.html

      Delete
  8. cantiknya cadar..

    excited nk jahit cadar sendiri...tq ilmu

    sy dr grup geng minat menjahit

    ReplyDelete
  9. Terima kasih. Sekadar perkongsian. Saya pon budak baru pelajar..

    ReplyDelete
  10. Terimakasih atas perkongsian ilmu tersebut. Selama ni keliru untuk menjahit dibahagian sudut tepi penjuru. Skrng dah faham, bolehlah cuba menjahit sendiri.

    ReplyDelete
  11. Thanks for the tips.
    IN SYAA ALLAH nak cuba buat.

    ReplyDelete
  12. Boleh tau sis guna mesin jahit apa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pakai mesin jahit portable brother. Nv30 aja

      Delete
  13. Terbaik penerangan, jelas...nak cuba buat cadar untuk tilam baby 🥰🥰🥰 moga terus mengalir pahala dan bahgia dunia akhirat

    ReplyDelete
  14. Terima kasih kerana sampaikan ilmunya.Saya pun dah berjaya jahit dengan penerangan di atas yg sangat jelas.Semoga terus murah rezeki.

    ReplyDelete